Perlukah berpantang lepas bersalin?
Hello, selamat pagi. Post hari ini adalah satu soalan yang sering di tanya oleh ramai wanita yang bakal bersalin. Tak semua tapi ramai juga. Kadang-kadang kita sering tertanya-tanya perlukah berpantang? Kalau tak buat apa jadi pulak lepas ni?
Senang saja. Pada pendapat saya itu terpulang pada diri masing-masing. Kita percaya kita buat. Tak percaya tak payah berpantang. Tetapi mengikut pengalaman saya yang dah biasa berpantang selepas bersalin, banyak bezanya ibu yang berpantang dengan yang tidak.
Apa yang selalu saya perhatikan perbezaan ketara ialah dari segi kesihatan diri. Saya sering mendapat email pembaca laman web saya yang merasa kesal kerana kurang penjagaan sewaktu berpantang. Mungkin kerana ketiadaan pembantu atau orang tua yang selalunya menguruskan hal makan minum dan penjagaan diri ibu yang baru bersalin.
Antara yang sering di luahkan :
1. Badan selalu rasa sengal-sengal
2.Bentuk badan kurang menarik
3.Cepat rasa letih
Sememangnya kesannya tidak kelihatan dengan cepat dan masalah selalu mula timbul selepas beberapa lama. Sebenarnya dari segi kesihatan, berpantang adalah waktu paling baik untuk merawat diri kita semula.
Bayangkan 9 bulan perubahan emosi dan fizikal terjadi, kita perlukan masa untuk membetulkannya semula. Yang sering di rungutkan ialah makan macam-macam tak boleh , asyik kena pakai bengkung, kena pakai stokin dan baju panas.
Jom kita tengok antara contoh kenapa kita elok berpantang :
1. Makanan di jaga - Maksudnya kita makan makanan yang di masak secara lebih sihat seperti rebus dan panggang. Kurang menggunakan minyak yang boleh menggemukkan badan dan mengurangkan punca kolestrol( kolestrol kan bahaya!)
2.Bentuk badan- Berbengkung perlu untuk mendapatkan kembali bentuk asal kita. Mungkin tidak 100% seperti sediakala tetapi jika kita tak menggunakannya , alamak tak berbentuk lah. Itu baru anak pertama. Masuk anak ke 2, 3 dan seterusnya? Jangan bazir duit untuk beli baju pelangsing atau sebagainya jika dari awal kita boleh mengawalnya.
3. Badan lebih cergas dan bertenaga–Waktu berpantang badan akan di urut . Barulah badan terasa segar sebab melahirkan baby ni kita dah guna 100% tenaga. Habis lesu satu badan. Sama juga jika kita pergi menebang pokok , seluruh tenaga kita gunakan betul tak?
Jadi kalau kebaikannya lebih banyak dari tidak melakukannya, kenapa tidak mahu berpantang? Semuanya terserah pada diri kita sendiri. Kalau nak langsing lepas bersalin kenalah selalu dengar lagu Sheila Majid “Pandanglah lihatlah tiru macam saya”
Kita jumpa lagi!
Kak Rahimah




