Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang saya sayangi,

Hari ini saya akan balik ke kampung suami saya di Perak. Jadi hari ini saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika selama saya berinteraksi dengan anda terdapat kekasaran dan kesilapan yang mungkin tidak saya sedari.

Saya juga masih berhutang dengan pelawat yang melanggan mailing list saya kerana bulan ini saya masih belum hantar tips-tips lansing dan newsletter seperti yang di janjikan. Sebenarnya saya sedang berusaha untuk mempercepatkan proses penghantaran tips dan newsletter dengan menggunakan perisian yang sedang saya uji dan dalam tempoh percubaan.

Insyaallah selepas bercuti hari raya , saya akan terus mengemaskinikan dan menghantar info tersebut dengan lebih teratur. Kesabaran anda semua amat saya hargai!

Kepada pelanggan saya yang baru saja bersalin, saya ucapkan congratulation dan anda boleh sms/hubungi saya jika ada apa-apa yang anda kurang faham dengan cara penggunaan set bersalin yang telah anda miliki.

Dan kepada pelanggan yang baru saja menempah set bersalin pada hari terakhir dan semasa cuti raya, saya akan courrier kepada anda sebaik sahaja saya kembali ke Kuala Lumpur. Maaflah sangat-sangat sebab tengah sibuk packing barang-barang untuk balik ke kampung.

Akhir kata Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Yang sedang seronok untuk berhari raya!

Kak Rahimah

Kenapa gagal langsing selepas bersalin?

Hello selamat malam kepada pembaca blog yang di hormati,

Saya sering mendengar rungutan dari ramai wanita yang telah berkahwin betapa sukarnya mereka  untuk slim semula selepas bersalin. Kata mereka , mereka berpantang selepas melahirkan cahaya mata tapi masih macam tu jugak! Kenapa agaknya?

Soalan ini sebenarnya ada banyak jawapan dan antara sebabnya adalah seperti berikut :

1.Berbengkung lebih kurang

Ini maksudnya mereka berbengkung tapi serupa macam tak berbengkung !  Apa yang saya selalu saya dapat bila bertanya lebih lanjut ialah walaupun mereka berbengkung, ia tidak di lakukan sepenuhnya. Ada yang memakai bengkung 1/2 hari , ada yang waktu pagi sahaja dan macam-macam lagi.Untuk mendapat hasil yang memuaskan, anda sebenarnya harus berbengkung sepanjang masa sewaktu dalam tempoh berpantang.

Bengkung perlu di pakai dengan betul dan kejab di badan. Sebelum memakai bengkung, sapu dulu sekeliling perut dan pinggul dengan ubat barut.Ubat barut  berfungsi untuk mempercepatkan proses pemecahan lemak .Gabungan ubat barut yang berkesan, ikatan bengkung yang kejab dan kesungguhan pemilik tubuh untuk terus memakai bengkung sewaktu tempoh 44 hari akan membantu proses pelangsingan dan pembentukan tubuh dengan lebih cepat.

2.Tidak menjaga pemakanan

Memang agak sukar untuk menelan makanan yang hanya di rebus dan di panggang jika selama ini makanan anda berminyak dan bersantan.Jika kita faham kenapa makanan berminyak dan bersantan tidak di galakkan sewaktu berpantang tentu kita akan berhati-hati. Sewaktu mengandung terutama sekali yang berselera tinggi , berat badan mungkin bertambah lebih dari pertambahan normal( 8-10 kg ) iaitu antara 20kg.

Jika anda tambah lagi makanan yang berminyak ( sudah tentu kolestrol pun bertambah ) sudah tentu memang susah untuk kurus semula.Sebab itulah sajian makanan yang sihat ialah makanan yang di masak dengan cara memanggang, merebus, stim atau kukus.Cara sajian ini jugalah yang akan anda nikmati jika anda pernah bermalam di hospital!

 

3. Rawatan dalaman dan luaran yang kurang berkesan,

Ramai yang agak berkira untuk mencari rawatan bersalin atau set bersalin yang murah dan bukan yang berkesan .Ada set bersalin yang berharga murah tetapi adakah ia benar-benar berkesan untuk menurunkan berat badan anda? Pelawasan semasa tempoh berpantang adalah amat penting kerana lemak dan air yang berlebihan mesti di singkirkan dengan konsistent. Jika set bersalin ( atau loose product-anda beli bukan dalam set ) tidak membantu proses pelawasan bagaimana berat anda mahu turun ?

Satu lagi anda juga mungkin terpaksa menjadi penunggu bilik air kerana luka jahitan anda belum sembuh ( paling ramai menghadapi masalah sembelit selepas bersalin).Bukan sahaja anda jadi penunggu, anda juga boleh terasa tension dengan kesakitan dan rasa tertekan dengan keadaan anda yang kurang memuaskan di samping terpaksa memikul tanggungjawab baru sebagai seorang ibu!

Kesimpulannya peluang untuk mendapatkan kembali kelangsingan tubuh selepas bersalin sebenarnya terbuka luas. Anda hanya perlu  pilih samada untuk melakukannya atau tidak? Jika anda pilih untuk sambil lewa , maka separuh jugalah apa yang anda akan dapat. Dan jika anda pilih untuk melakukannya bersungguh-sungguh , tak ada sebab kenapa anda gagal!

Yang prihatin!

Kak Rahimah

6 Petua mengempiskan perut dan melangsingkan badan.

Hello dan selamat tengahari kepada anda semua.

Tengah hari ni saya nak postkan tips mengempiskan perut. Pada mereka yang baru bersalin waktu berpantang adalah waktu terbaik untuk mengempiskan perut. Pakai saja bengkung bersalin tu sehingga 44 hari. Juga hanya tanggal waktu nak mandi sahaja. Selepas mandi pakai bengkung semula.

Cara ini lebih berkesan kerana jika kita tidak memakai bengkung, kita mempunyai potensi untuk makan lebih dari yang patut. Ada juga yang memakai bengkung di sebelah pagi tetapi menanggalkannya di waktu petang dan berlarutan sehingga malam. Cara ini kurang efektif kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan sudah tentu kita tidak boleh merungut jika sehabis pantang perut kita masih menggeleber!

Baiklah jom kita lihat satu persatu petua yang saya kumpul dari sebuah majalah dan buku petua. Mudah-mudahan hasilnya menggembirakan kita ya!Sangat mudah kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang murah malah boleh di pasar atau di tanam sendiri. Jadi kepada pembaca yang mahu mencuba petua-petua di bawah jangan lepaskan peluang.

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

 

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

 

3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

 

4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

 

5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

 

6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

 

Kepada pembaca yang ingin dan sedang mencuba petua ini nanti bagi tahulah kepada pembaca blog yang lain. Mungkin kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin gagal dalam usaha mereka selama ini.

Selamat mengempiskan perut!

Kak Rahimah

 

 

Set Bersalin dan Jualan Hari Raya !

Hello kepada pembaca blog saya.

Ini ada satu pengumuman. Minggu ini saya menerima banyak email dan panggilan talipon yang memnita saya membuka kembali tawaran merdeka sales khas untuk bulan Ramadahan.Kenapa saya tanya? Kata mereka , baby mereka pun nak raya juga so teringin nak dapatkan barut baby yang saya berikan percuma dahulu!

Menurut mereka yang pernah membeli pakej Mom’s Special, barut baby  ini memang lebih lebar dari yang terdapat di pusat membeli-belah ( 16 i x 6 in). Ada yang berkata mereka rugi membeli di luar kerana barut yang biasa ( banyak dalam bentuk zap on tu ) kecil .

Saya sebenarnya tidak mahu membuka semula tawaran ini kerana stok barut baby yang amat terhad ( suplier saya kata…… nak cepat sebab …..ramai yang booking untuk raya ). Bagaimana pun atas permintaan ramai ,hari ini saya membuka tawaran itu semula tetapi hanya sah sehingga 26/9/2008 ini sahaja. Stok amat terhad siapa cepat dia dapat!

barut baby

barut baby

Jadi jangan bertangguh lagi dan start booking pesanan Set Bersalin Nona Roguy ( Pakej Mom’s Special )kerana pada bila-bila masa saya akan menutupnya kembali apabila stok barut baby ini sold out!

Itu sahaja kali ini.

Selamat malam!

Kak Rahimah

Resepi dalam pantang

Hai assalamualaikum,

Hari ini hari Jumaat dan dah genap 12 hari kita berpuasa. Makanan waktu berbuka pun rasanya dah macam-macam kita rasa. Mana yang tak sempat memasak tu maknanya beli sajalah. Mana nak sempat masak kalau perjalanan balil ke rumah pun dah stuck berjam-jam. Traffic pun makin teruk bulan puasa ni. Sabar je lah.

Pada ibu-ibu yang sedang dalam pantang masa bulan puasa ni, mesti tak tahan tengok meja penuh dengan macam-macam hidangan. Oops…kena tahan selera tau..Tapi tak apalah hari ni saya post kan 3  menu yang paling mudah untuk jamu selera ibu yang baru lepas bersalin. Menu saya ambil dari majalah sajian sihat. Pada sesiapa yang tak ada majalah tu bolehlah salin di sini.

1.Ikan tenggiri goreng halia

Bahan-bahannya :

  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4ch halia di hiris dan di goreng
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

2.Ayam masak bijan

Bahan-bahannya

  • 1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
  • 4cm halia tua - di hiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara membuatnya

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

 

3.Sup Ikan haruan

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah - di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - di tumbuk
  • 2 cm halia - di tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara membuatnya

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.

Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Siapa kata masa dalam pantang tak boleh makan sedap-sedap. Kesemua resepi di atas amat menyelerakan. Terutama waktu sejuk-sejuk hujan ni.

Jadi sesiapa yang dah mencuba resepi di atas bolehlah  bagi tahu saya apa rasanya.

* Pada sesiapa yang ada laman atau tanah di rumah, ada satu tips untuk anda. Elok sediakan pasu dan tanam bahan-bahan yang selalu di gunakan sewaktu berpantang seperti daun bawang, daun sup dan halia. Lada hitam boleh di tumbuk atau di blend. Jadi bila tiba waktu memasak taklah tension sangat nak sediakan makanan sendiri. Lebih - lebih lagi pada yang berpantang sendiri.

Ok cukup dulu sampai di sini hari ini. Waktu bekerja pun dah start semula.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

Petua mengelakkan bengkak buah dada selepas bersalin

Assalamualaikum.
Hari ini saya agak sibuk di pejabat . Semalam saya cuti bawa anak saya berjalan-jalan sambil shopping beli baju raya. Raya tinggal 20 hari lagi lebih kurang. Kalau lambat-lambat nanti tak lalu tengok ramai sangat orang que time nak bayar dekat counter.

Tips hari ini adalah mengenai cara bagaimana menghindar atau mengurangkan sakit bengkak buah dada selepas bersalin. Lazimnya terutama sekali bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu akan mengalami masalah bengkak dengan takungan susu. Mengikut pengalaman saya kadangkala pada hari pertama bersalin, susu ibu susah sikit nak keluar. Nak menyusukan bayi pun tak pandai.

Sekarang keadaan adalah lebih baik kerana pihak hospital menyediakan jururawat untuk mengajar ibu baru untuk menyusukan bayi mereka. Baiklah untuk tidak membuang masa lagi saya berikan tipsnya kepada anda untuk di kongsi bersama. Anda boleh cuba mana yang sesuai .

1.Menggunakan daun kubis
Sangat mudah ! Ambil daun kubis dan tekap pada buah dada . Tukar daun kubis yang lain bila daun telah bertukar menjadi layu.

2. Menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

3. Petua menggunakan cuka makan
Campurkan sedikit cuka makan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi. Petua ini di ajar oleh bidan yang mengurut saya masa bersalin anak yang pertama.

Seeloknya anda berurut dengan bidan selepas beberapa hari bersalin kerana bidan akan mengurut seluruh badan kita supaya lebih rasa lega dari rasa sengal-sengal selepas melahirkan bayi.

Nantikan pos saya pada masa akan datang tentang kebaikan berurut. Kita jumpa lagi

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

Kenapa wanita mengandung tidak di galakkan makan coklat

 Hai , selamat pagi. Hari ni hari Ahad dan genap 7 hari kita berpuasa. Saya memang tak boleh tidur kalau dah bersahur. Takut terus tak bangun. Inilah masanya saya boleh meluangkan masa menulis di blog saya ni.

Hari ini saya nak menulis satu info mengenai masalah gemuk akibat makan coklat untuk wanita mengandung.Untuk pengetahuan anda , berat badan wanita mengandung secara purata akan bertambah antara 8-10 kg di sepanjang kehamilan. Itu yang normallah. Seseparuh wanita mungkin mengalami masalah kenaikan berat bdan yang lebih.Jika selera anda naik berat anda mungkin bertambah lebih dari pertambahan biasa. Coklat pula merupakan makanan yang tinggi kadar lemak dan gula dan tidak boleh diambil berlebihan.

Apabila kandungan gula terlalu tinggi semasa mengandung, ia akan menyukarkan proses kelahiran bayi.Bayi cenderung menjadi lebih besar menyebabkan bahunya tersangkut ketika kelahiran.

Ia juga menjadi penyebab bayi lahir tidak cukup bulan kerana air ketuban dalam rahim tak dapat menampungnya lagi.

Oleh itu kawallah pengambilan coklat dan makanan manis semasa anda mengandung . Bukan saja ia memberi risiko sewaktu kelahiran malah nanti susah nak kurus!

Cuba-cuba ya.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

 

 

 

 

Cara mudah bertangas dengan asam jawa

Hai, kita berjumpa kembali. Sekarang ni time puasa dan waktu lunch. Di sebabkan kita tak makan , lebih baiklah saya post satu tips hari ini. Curi masa 15 minit.

Tips hari ini sangat mudah! Jika anda tinggal di bandar atau di kawasan pekan tentu agak sukar untuk mencari daun herba untuk di buat bertangas.

Biar saya tunjukkan satu cara mudah bertangas dengan hanya menggunakan perahan air asam jawa. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyediakan asam jawa yang biasa digunakan dalam masakan untuk dibuat bahan bertangas.

Bahan yang diperlukan:

 

 

  • Asam jawa ( dalam 2 genggam)
  • Kain batik
  • Tudung periuk yang tidak digunakan
  • Batu sungai
  • Air untuk perahan

Caranya :

Panaskan batu sungai dalam 20 minit.Asam jawa dicampur air dengan pekat.Jangan dibuang bijinya.

Letakkan tudung periuk di lantai bilik mandi dan anda berdiri dengan membuka kaki di antara tudung periuk tadi.

Tutup badan anda dengan kain batik seakan berkemban dan tiada lubang di bahagian ikatan di bahagian dada.

Biarkan kain batik tadi mencecah kaki anda supaya wap tidak keluar.Curahkan air dan biji asam jawa tadi keatas batu sungai tadi.

Anda akan berasa wap air asam jawa tadi meresap masuk ke bahagian peranakkan dan badan anda akan berpeluh.Anda boleh ulangi proses tadi sebulan sekali untuk menjaga kesihatan dalaman badan. Jadi selepas ni jangan kata tak tau macam mana nak buat ya.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

 

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes