Cara mudah bertangas dengan asam jawa
Hai, kita berjumpa kembali. Sekarang ni time puasa dan waktu lunch. Di sebabkan kita tak makan , lebih baiklah saya post satu tips hari ini. Curi masa 15 minit.
Tips hari ini sangat mudah! Jika anda tinggal di bandar atau di kawasan pekan tentu agak sukar untuk mencari daun herba untuk di buat bertangas.
Biar saya tunjukkan satu cara mudah bertangas dengan hanya menggunakan perahan air asam jawa. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyediakan asam jawa yang biasa digunakan dalam masakan untuk dibuat bahan bertangas.
Bahan yang diperlukan:
- Asam jawa ( dalam 2 genggam)
- Kain batik
- Tudung periuk yang tidak digunakan
- Batu sungai
- Air untuk perahan
Caranya :
Panaskan batu sungai dalam 20 minit.Asam jawa dicampur air dengan pekat.Jangan dibuang bijinya.
Letakkan tudung periuk di lantai bilik mandi dan anda berdiri dengan membuka kaki di antara tudung periuk tadi.
Tutup badan anda dengan kain batik seakan berkemban dan tiada lubang di bahagian ikatan di bahagian dada.
Biarkan kain batik tadi mencecah kaki anda supaya wap tidak keluar.Curahkan air dan biji asam jawa tadi keatas batu sungai tadi.
Anda akan berasa wap air asam jawa tadi meresap masuk ke bahagian peranakkan dan badan anda akan berpeluh.Anda boleh ulangi proses tadi sebulan sekali untuk menjaga kesihatan dalaman badan. Jadi selepas ni jangan kata tak tau macam mana nak buat ya.
Selamat mencuba!



