Petua mengelakkan bengkak buah dada selepas bersalin
Assalamualaikum.
Hari ini saya agak sibuk di pejabat . Semalam saya cuti bawa anak saya berjalan-jalan sambil shopping beli baju raya. Raya tinggal 20 hari lagi lebih kurang. Kalau lambat-lambat nanti tak lalu tengok ramai sangat orang que time nak bayar dekat counter.
Tips hari ini adalah mengenai cara bagaimana menghindar atau mengurangkan sakit bengkak buah dada selepas bersalin. Lazimnya terutama sekali bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu akan mengalami masalah bengkak dengan takungan susu. Mengikut pengalaman saya kadangkala pada hari pertama bersalin, susu ibu susah sikit nak keluar. Nak menyusukan bayi pun tak pandai.
Sekarang keadaan adalah lebih baik kerana pihak hospital menyediakan jururawat untuk mengajar ibu baru untuk menyusukan bayi mereka. Baiklah untuk tidak membuang masa lagi saya berikan tipsnya kepada anda untuk di kongsi bersama. Anda boleh cuba mana yang sesuai .
1.Menggunakan daun kubis
Sangat mudah ! Ambil daun kubis dan tekap pada buah dada . Tukar daun kubis yang lain bila daun telah bertukar menjadi layu.
2. Menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
3. Petua menggunakan cuka makan
Campurkan sedikit cuka makan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi. Petua ini di ajar oleh bidan yang mengurut saya masa bersalin anak yang pertama.
Seeloknya anda berurut dengan bidan selepas beberapa hari bersalin kerana bidan akan mengurut seluruh badan kita supaya lebih rasa lega dari rasa sengal-sengal selepas melahirkan bayi.
Nantikan pos saya pada masa akan datang tentang kebaikan berurut. Kita jumpa lagi
Selamat mencuba!
Kak Rahimah





