Cara mudah bertangas dengan asam jawa

Hai, kita berjumpa kembali. Sekarang ni time puasa dan waktu lunch. Di sebabkan kita tak makan , lebih baiklah saya post satu tips hari ini. Curi masa 15 minit.

Tips hari ini sangat mudah! Jika anda tinggal di bandar atau di kawasan pekan tentu agak sukar untuk mencari daun herba untuk di buat bertangas.

Biar saya tunjukkan satu cara mudah bertangas dengan hanya menggunakan perahan air asam jawa. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyediakan asam jawa yang biasa digunakan dalam masakan untuk dibuat bahan bertangas.

Bahan yang diperlukan:

 

 

  • Asam jawa ( dalam 2 genggam)
  • Kain batik
  • Tudung periuk yang tidak digunakan
  • Batu sungai
  • Air untuk perahan

Caranya :

Panaskan batu sungai dalam 20 minit.Asam jawa dicampur air dengan pekat.Jangan dibuang bijinya.

Letakkan tudung periuk di lantai bilik mandi dan anda berdiri dengan membuka kaki di antara tudung periuk tadi.

Tutup badan anda dengan kain batik seakan berkemban dan tiada lubang di bahagian ikatan di bahagian dada.

Biarkan kain batik tadi mencecah kaki anda supaya wap tidak keluar.Curahkan air dan biji asam jawa tadi keatas batu sungai tadi.

Anda akan berasa wap air asam jawa tadi meresap masuk ke bahagian peranakkan dan badan anda akan berpeluh.Anda boleh ulangi proses tadi sebulan sekali untuk menjaga kesihatan dalaman badan. Jadi selepas ni jangan kata tak tau macam mana nak buat ya.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

Posted by rahimah in Tips bersalin | Trackback
  1. munira says:

    kak rahimah, ‘kain batik mencecah kaki’ tu maksudnya kain batik dilabuhkan sampai ankle mcm pakai kain biasa ke?
    next, air asam jawa tu tak payah dididihkan dulu ke?tq.

  2. rahimah says:

    Hai Munira,kain batik tu biar mencecah lantai supaya tak ada ruang untuk wap keluar .Air asam jawa tak perlu di didihkan sebab batu sungai kita dah panaskan dah cukup untuk bertangas.

  3. nor says:

    Batu tu panas? Mcm mana plak batu tu panas. Panaskan batu tu dulu ke?

  4. nor says:

    Oppsss sory saya tak baca betuk2 tadi.Ye la batu tu dah dipanaskan dulu!

    Kalau kita beli alat bersauna tu boleh tak kita tambah asam jawa dalam periuk tu?

  5. nor says:

    Bertangas dgn asam jawa dan batu ni khusus utk apa ye? untuk merawat keputihan ke?

  6. rahimah says:

    Nor, mula-mula panaskan batu atas tungku dulu. sambil tu ambil asam jawa, campur dengan air.Bila batu dah panas, angkat dan letak atas tudung periuk . Curah air asam jawa atas batu panas tadi .

  7. rahimah says:

    Okay Nor, sauna selalunya ada peralatan dan bahannya sendiri. Cara penggunaannya juga berbeza. Tanya dulu dengan tempat kita beli cara penggunaannya.

    Bertangas ni elok untuk kecutkan peranakan selain menghindarkan penyakit seperti bau, gatal-gatal seperti keputihan.

    Lagi satu, bukan setakat dalam pantang je . Boleh di buat sebulan sekali untuk penjagaan dalaman wanita.

  8. julia says:

    yg saya tau boleh gak batu panas tu kita curah dengan cuka.tp yg surenye…bertangas mmg bagus…

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1