RSS
 

Archive for November, 2008

Bolehkah guna set bersalin jika bersalin secara caesar?

28 Nov

Saya banyak menerima email dari pengunjung laman web ini yang bertanya tentang penggunaan produk bersalin jika mereka terpaksa menjalani pembedahan. Pada Newsletter bulan ini (November )saya telah pun memberikan komen saya tentang perkara yang sama. Bagaimanapun saya ingin menulis di sini untuk pengetahuan kesemua pengunjung blog ini agar dapat di kongsi bersama.

Ramai yang menyangka jika bersalin secara pembedahan @caesar mereka tidak boleh menggunakan sebarang produk bersalin.Jika nak guna sekali pun selepas habis berpantang.Begitu juga amalan seperti berurut dan sebagainya.Sebenarnya jika kita merenung kembali sewaktu tiada perubatan moden, orang melayu waktu dulu hanya menggunakan akar-akar kayu untuk memulih dan merawat tubuh. Melalui akar kayu inilah tubuh mereka mendapat khasiat rawatan dan pemulihan yang secara semulajadi.Tiada pil atau sebagainya!

Jadi bolehkah produk bersalin seperti herba di gunakan jika bersalin secara caesar? .Komen saya hanyalah berpandukan kepada produk atau set bersalin Nona Roguy kerana ia lengkap dengan cara penggunaan bersalin normal dan pembedahan.Apa yang membezakannya hanyalah bila waktu ia patut di gunakan dan bagaimana pula cara penggunaannya.

 Sebagai contoh adalah penggunaan minyak herbanika sebagai minyak sapuan badan ( urut ).Salah satu fungsi minyak ini adalah untuk memanaskan semula tubuh yang telah kehilangan banyak darah.Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan kita berasa pening dan tidak bertenaga.Jika anda bersalin normal, minyak ini boleh terus di sapu keseluruh tubuh dan juga di luka jahitan episiotomi sebaik selesai bersalin.

Pada yang bersalin secara pembedahan,selepas 7 hari anda sebenarnya boleh titiskan minyak ini pada luka di perut kerana ia membantu  luka anda cepat sembuh.Selain itu ia melancarkan semula pengaliran darah kerana anda kurang bergerak berbanding mereka yang bersalin secara normal.

Begitu juga dengan penggunaan tablet phyto natal sewaktu berpantang.Jika anda bersalin secara normal , tablet ini boleh di makan pada hari ke 4 atau ke 5 untuk membantu melawaskan pembuangan air besar( masalah utama sewaktu berpantang adalah sembelit atau sukar lawas ).

Jika anda bersalin secara pembedahan, anda boleh mula mengambilnya selepas 7 hari.Di waktu itu anda telah mula cergas dan gesaan untuk ke bilik air boleh di atasi tanpa perlu terburu-buru untuk ke bilik air. Tiada isu tentang luka jahitan anda terbuka atau tetas.Jahitan terbuka atau tetas adalah di sebabkan cara penjagaan yang tidak rapi .

Saya berharap agar anda dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan di sini iaitu anda boleh menggunakan produk bersalin walaupun anda bersalin secara pembedahan.Nona Roguy mempunyai panduan atau manual yang lengkap tentang penggunaan produk bersalin tidak kira anda bersalin secara normal atau secara pembedahan.Anda juga boleh bertanya kepada saya jika anda sebarang keraguan atau mana-mana perkara yang kurang jelas agar saya dapat membantu anda mendapat rawatan yang betul sewaktu berpantang.

Semuga anda semua gembira dan sabar menjalani saat berpantang!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
7 Comments

Posted in Artikel

 

Pesanan yang di terima pada 25 & 26 November 2008

26 Nov

Assalamualaikum ..saya ingin membuat pengumuman bahawa pesanan yang di terima pada 25 & 26 November akan mula di poskan mulai 28 November.Ini kerana 2 hari lepas saya terpaksa berada di Hospital Ampang Puteri menemani anak perempuan saya yang terpaksa di masukkan ke wad akibat demam panas.

Insyaalah pada pembeli yang baru sahaja bersalin akan menerima pesanan mereka dahulu. Pesanan yang lain akan tetap menerima order mereka seperti biasa .Walaupun jika di amati tiada kelewatan panjang tetapi saya terpanggil untuk memaklumkannya di sini sebagai tanda penghargaan pada kesemua pesanan yang di terima sepanjang minggu ini.

Yang baru keluar dari hospital,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Petua menghilangkan bau nifas sewaktu berpantang.

21 Nov

Petua ini saya ambil dari sebuah buku untuk tatapan semua.Seperti yang kita semua ketahui darah nifas ada kalanya berbau kurang menyenangkan. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk menghilangkan bau tersebut.

Caranya ambil temulawak sebesar jari , di kupas dan di cuci  .Hiris nipis- nipis setelah di bersihkan dan di campurkan dengan asam jawa sebesar guli. Masukkan juga gula dua sudu dan di tuangkan air mendidih di dalam gelas. Kacau bahan tersebut dan di biarkan sejuk barulah di minum. Lakukan petua ini seminggu 2 kali sehingga darah nifas anda kering.

Selamat Mencuba!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Petua merawat ruam lampin.

13 Nov

Kulit bayi yang masih lembut adalah amat sensitif. Jika lampin tidak di tukar atau terlalu lama kemungkinan bayi akan terkena ruam lampin. Seseparuh bayi mengalami kulit yang kemerahan dan apabila tiada rawatan yang betul, ia menjadi melecet menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa .

Ini juga berlaku kepada seluruh tubuh jika cuaca di luar yang panas menyebabkan timbulnya ruam di seluruh tubuh bayi. Petua mudah untuk mengatasi ruam lampin atau ruam di bahagian seluruh badan ini ialah dengan menggunakan tepung ubi. Selepas memandikan bayi, sapukan tepung ubi di bahagian yang terkena ruam sebelum memakaikan lampin. Begitu juga di bahagian badan hanya perlu sapukan di seluruh bahagian yang terkena ruam dan insyaalah ruam akan berkurangan.

Selamat mencuba!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Apa yang selalu di lakukan oleh ibu kita selepas saja kita bersalin?

08 Nov

Rata-rata ramai bakal ibu yang tidak tahu apa yang selalu di lakukan oleh ibu kita sebaik sahaja kita selesai bersalin. Sebagai panduan, hari ini saya selitkan sedikit info berguna untuk anda.

Kebiasaannya, sejurus selepas kita balik dari hospital ( selalunya pada hari ke 3 ) kita akan hanya di suruh berbaring dan tidak banyak bergerak. Barang-barang berat ( kadangkala sangat ringan) pun tidak di beri untuk di pegang ).Pada waktu ini, luka bersalin masih baru dan tukang urut atau bidan hanya akan di panggil untuk mengurut pada hari ke 4 atau 5. Di takuti ibu yang baru bersalin akan berasa sakit ketika di urut kerana urutan di lakukan ke seluruh tubuh dari kaki hingga ke kepala.

Urutan biasanya di lakukan selama 3 hari berturut-turut dan selalunya di waktu pagi. Bangun dari tidur kita akan di suruh mandi air panas ( air daun-daun yang di rebus seperti serai wangi, daun pandai, daun mengkudu ).Tujuannya untuk menambah kesegaran badan dan menghilangkan rasa sengal-sengal.

Selepas mandi badan akan di urut dari kaki hingga ke kepala untuk melancarkan peredaran darah dan mengilangkan rasa sengal-sengal di sendi-sendi badan semasa proses meneran atau menolak bayi keluar.Selesai berurut , anda akan menjalani proses bertungku pula. Bertungku juga mengambil masa yang agak lama. Cara bertungku juga harus betul supaya tujuan bertungku itu mencapai maksudnya seperti mengecutkan peranakan dan memecahkan darah beku supaya habis keluar.

Selalunnya, batu sungai akan di panaskan dalam 15-20 minit di atas tungku.Setelah itu daun mengkudu atau mungkin ada daun yang lain seperti daun pandan( ada yang menggunakannya ) akan di letakkan di atas sehelai kain sebagai alas. Keseluruhan batu tadi akan di tutup dengan daun tadi dan kemudian akan di tutup pula dengan kain untuk mengurangkan kadar kepanasan batu tungku tadi.

Selesai bertungku anda akan di pakaikan barut atau bengkung untuk mengembalikan semula bentuk tubuh. Di kampung selalunya kapur sirih di campurkan dengan perahan limau nipis dan di sapu di sekeliling perut sebelum di pakaikan barut. Tujuannya untuk mempercepatkan proses pengecilan dan menganjalkan semula perut anda. Seeloknya anda berbarut 24 jam kecuali waktu mandi.Ini kerana kesannya akan lebih cepat di lihat berbanding jika anda hanya memakai barut atau bengkung cuma beberapa jam sahaja . Jadi jangan ambil ringan soal berbengkung ya!

Setelah selesai berbengkung barulah anda di beri sarapan pagi. Dan semestinya di peringkat awal ada perahan air kunyit untuk melancar dan mencuci darah. Air kunyit ini tidaklah banyak , setakat 1cm saja dari paras cawan yang kita guna. Anda cuma boleh bersarapan dengan makanan yang ringat dan lembut dahulu seperti roti dan biskut supaya mudah di hadamkan.

Selepas itu barulah anda selesai untuk berehat dan kembali bertungku di sebelah petang. Sepanjang waktu ini anda akan di pakaikan dengan baju panas dan bersetokin sepanjang masa ( bukan senang nak kembali anggun ni )!Kalau cuaca tengah panas memanglah terasa betul seksanya tapi kalau waktu musim hujan tidaklah terasa sangat. Untuk kembali anggun kenalah bersusah payah sedikit betul tak?

Jadi cukup untuk hari ini dan saya akan sambung kembali untuk artikel seterusnya.

Selamat berpantang!

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
10 Comments

Posted in Artikel