Petua ini saya ambil dari sebuah buku untuk tatapan semua.Seperti yang kita semua ketahui darah nifas ada kalanya berbau kurang menyenangkan. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk menghilangkan bau tersebut.
Caranya ambil temulawak sebesar jari , di kupas dan di cuci .Hiris nipis- nipis setelah di bersihkan dan di campurkan dengan asam jawa sebesar guli. Masukkan juga gula dua sudu dan di tuangkan air mendidih di dalam gelas. Kacau bahan tersebut dan di biarkan sejuk barulah di minum. Lakukan petua ini seminggu 2 kali sehingga darah nifas anda kering.
Selamat Mencuba!
Kak Rahimah





