5 panduan memilih set rawatan lepas bersalin yang baik

Hari ini saya terpaksa bercuti kerana ada emergency. Cuaca juga agak kurang baik kebelakangan ini dan ramai yang batuk-batuk dan rasa kurang sihat termasuk saya. Sebab itulah saya tidak dapat mengupdate blog ini selama beberapa hari.

Kali ini saya ingin menulis tentang tips bagaimana mahu memilih set bersalin sebagai persedian dalam pantang.Ini sering di hadapi oleh ramai wanita mengandung yang bakal menimang cahaya mata. Bagi ibu yang telah mempunyai anak, ia tidaklah begitu sukar kerana mereka pernah mengalami sendiri dan mengetahui sesuatu set itu bagus atau tidak. Tetapi perkara ini penting untuk bakal ibu yang akan menimang cahaya mata yang pertama.

Oleh kerana banyak jenama yang berada di pasaran, mereka  kadangkala tidak tahu yang mana satu yang benar-benar bagus.Ada set rawatan lepas bersalin yang berharga murah , sederhana dan ada juga yang tidak kurang mahalnya. Dalam pada itu juga ada set rawatan lepas bersalin ini yang mengandungi produk penjagaan bayi di dalam set mereka.

Kesilapan memilih akan merugikan bakal ibu itu sendiri kerana setiap satu set ini mencecah ratusan ringgit. Tetapi adalah lebih malang lagi kerana ibu-ibu yang baru bersalin ini tidak mendapat khasiat dan rawatan yang amat diperlukan untuk tujuan pemulihan.

Untuk tidak merugikan bakal ibu itu sendiri, adalah di sarankan mereka melihat ciri-ciri berikut sebelum memilih set rawatan lepas bersalin yang akan mereka pakai.

1.Set Rawatan Lepas Bersalin yang baik mengandungi produk rawatan penjagaan luaran dan dalaman buat si ibu.

Kedua-dua rawatan ini mesti ada supaya tubuh mereka dapat di pulihkan dengan betul.Jika set rawatan lepas bersalin ini hanya bertumpu pada dalaman atau luaran semata-mata, maka jengok-jengok set rawatan lepas bersalin yang lain.

 

2.Set Rawatan Lepas Bersalin juga mestilah mengandungi ramuan herba yang benar-benar bermutu.

Faktor ini amat penting kerana kesihatan ibu yang baru bersalin telah mengalami kecederaan dari luar dan dalam. Tubuh yang telah cedera mesti di rawat dengan baik dengan menggunakan herba yang terbukti membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Jika wanita yang baru bersalin tidak dapat rawatan yang baik, di takuti mereka menghadapi risiko penyakit dalaman seperti “gila meroyan”.Selalunya produk yang bermutu tinggi akan mempamirkan anugerah atau pengiktirafan yang mereka terima di kotak set rawatan lepas bersalin mereka. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melihat label yang tertera di kotak set tersebut.

 

3.Set Rawatan Lepas Bersalin yang di pilih juga seharusnya memiliki kelulusan dari kementerian kesihatan.

Cuba lihat samada label Kementerian Kesihatan bersama nombor pendaftaran mereka tertera di botol atau di set rawatan lepas bersalin tersebut. Ini penting untuk memastikan bahan yang di gunakan adalah mengikut dos yang di benarkan. Ia juga untuk mengelakkan risiko bakal ibu mengalami kesan sampingan yang tidak seharusnya berlaku. Faktor ini juga penting di ambil kira untuk mengelakkan anda membeli produk yang palsu.

 

4.Set Rawatan Lepas Bersalin anda seeloknya sesuai dengan iklim dan suasana tempat anda tinggal.

Faktor ini juga harus di fikirkan kerana tahap penggunaan herba sesuatu masyarakat adalah berbeza.Di Malaysia penggunaan jamu adalah masih rendah di bandingkan dengan negara jiran seperti di Indonesia.Kerana itulah sesetengah produk kecantikan luar negara mengkhaskan produk khas untuk orang Asia.

Jika anda sudah biasa dengan jamu atau herba semenjak remaja anda boleh membandingkan bahan yang terkandung di label kotak atau botol produk tersebut.

 

5.Harga sesuatu Set Rawatan lepas Bersalin tersebut seeloknya tidak terlalu mahal atau terlalu murah.

Walaupun ia bukanlah perkara yang terlalu penting untuk di fikirkan, harga sesebuah set rawatan lepas bersalin tersebut sepatutnya adalah setanding mutunya.Tiada gunanya anda memilih set bersalin yang murah jika kesannya tidak seberapa. Set Rawatan Lepas Bersalin yang terlalu mahal juga belum tentu menjanjikan kesan yang anda ingini.Kadangkala ada pengeluar yang sengaja memasukkan produk yang tidak berapa perlu semata-mata untuk mengaut keuntungan.

 

Kelima-lima faktor di atas harus di fikirkan sebelum anda mula memilih set rawatan lepas bersalin yang di ingini. Biarlah tempoh berpantang 44 hari itu menjadi tempoh pemulihan yang benar-benar berkualiti .Tubuh yang sihat akan terpancar dari penjagaan luaran dan dalaman yang betul. Bukan sahaja ibu-ibu yang mendapat khasiatnya, malah bayi dan seluruh kaum keluarga si ibu juga mendapat  faedahnya.

Saya harap anda semua akan dapat sedikit sebanyak panduan sekarang bagaimana set bersalin yang anda mahu.Semuga berjumpa lagi !

Yang kurang sihat hari ini,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

5 Comments on 5 panduan memilih set rawatan lepas bersalin yang baik

  1. munira
    November 22, 2008 at 7:09 am (6 years ago)

    a very informative site indeed!saya sudah menjalani d&c selama 8 hari. apa lagi cara rawatan terbaik untuk saya mepastikan yg saya benar-benar pulih luaran dan dalaman?

    Reply
  2. rahimah
    November 26, 2008 at 4:02 pm (6 years ago)

    Hai Munira,samada bersalin atau miscarriage, berpantang tetap elok di amalkan.Puan juga boleh jaga pemakanan sama seperti berpantang biasa dan mengamalkan herbanika nona roguy untuk merawat dan memulihkan semula tubuh luar dan dalam.

    Tidak perlu ambil dalam bentuk set,cukup hanya beberapa produk seperti tablet phyto natal& akar herbanika ( untuk menguat dan melancarkan peredaran darah & membuang saki-baki kekotoran )dan juga minyak herbanika ( memanaskan semula badan kerana kehilangan darah).Berurut untuk beberapa hari dan bertangas amat di galakkan.

    Reply
  3. Lina
    October 7, 2012 at 1:06 pm (2 years ago)

    Salam… nak tanya,akak ada menjual pilis secara berasingan ker…? jika ada,saya teringin untuk mendapatkannya…

    Reply
    • rahimah
      October 11, 2012 at 3:39 am (2 years ago)

      salam LIna…nr pakai minyak herbanika sebab ia multi purpose.

      Reply
  4. Lina
    October 7, 2012 at 1:07 pm (2 years ago)

    Salam… nak tanya,akak ada menjual pilis secara berasingan ker…? jika ada,saya teringin untuk mendapatkannya… terima kasih…

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender