Apa yang selalu di lakukan oleh ibu kita selepas saja kita bersalin?

Rata-rata ramai bakal ibu yang tidak tahu apa yang selalu di lakukan oleh ibu kita sebaik sahaja kita selesai bersalin. Sebagai panduan, hari ini saya selitkan sedikit info berguna untuk anda.

Kebiasaannya, sejurus selepas kita balik dari hospital ( selalunya pada hari ke 3 ) kita akan hanya di suruh berbaring dan tidak banyak bergerak. Barang-barang berat ( kadangkala sangat ringan) pun tidak di beri untuk di pegang ).Pada waktu ini, luka bersalin masih baru dan tukang urut atau bidan hanya akan di panggil untuk mengurut pada hari ke 4 atau 5. Di takuti ibu yang baru bersalin akan berasa sakit ketika di urut kerana urutan di lakukan ke seluruh tubuh dari kaki hingga ke kepala.

Urutan biasanya di lakukan selama 3 hari berturut-turut dan selalunya di waktu pagi. Bangun dari tidur kita akan di suruh mandi air panas ( air daun-daun yang di rebus seperti serai wangi, daun pandai, daun mengkudu ).Tujuannya untuk menambah kesegaran badan dan menghilangkan rasa sengal-sengal.

Selepas mandi badan akan di urut dari kaki hingga ke kepala untuk melancarkan peredaran darah dan mengilangkan rasa sengal-sengal di sendi-sendi badan semasa proses meneran atau menolak bayi keluar.Selesai berurut , anda akan menjalani proses bertungku pula. Bertungku juga mengambil masa yang agak lama. Cara bertungku juga harus betul supaya tujuan bertungku itu mencapai maksudnya seperti mengecutkan peranakan dan memecahkan darah beku supaya habis keluar.

Selalunnya, batu sungai akan di panaskan dalam 15-20 minit di atas tungku.Setelah itu daun mengkudu atau mungkin ada daun yang lain seperti daun pandan( ada yang menggunakannya ) akan di letakkan di atas sehelai kain sebagai alas. Keseluruhan batu tadi akan di tutup dengan daun tadi dan kemudian akan di tutup pula dengan kain untuk mengurangkan kadar kepanasan batu tungku tadi.

Selesai bertungku anda akan di pakaikan barut atau bengkung untuk mengembalikan semula bentuk tubuh. Di kampung selalunya kapur sirih di campurkan dengan perahan limau nipis dan di sapu di sekeliling perut sebelum di pakaikan barut. Tujuannya untuk mempercepatkan proses pengecilan dan menganjalkan semula perut anda. Seeloknya anda berbarut 24 jam kecuali waktu mandi.Ini kerana kesannya akan lebih cepat di lihat berbanding jika anda hanya memakai barut atau bengkung cuma beberapa jam sahaja . Jadi jangan ambil ringan soal berbengkung ya!

Setelah selesai berbengkung barulah anda di beri sarapan pagi. Dan semestinya di peringkat awal ada perahan air kunyit untuk melancar dan mencuci darah. Air kunyit ini tidaklah banyak , setakat 1cm saja dari paras cawan yang kita guna. Anda cuma boleh bersarapan dengan makanan yang ringat dan lembut dahulu seperti roti dan biskut supaya mudah di hadamkan.

Selepas itu barulah anda selesai untuk berehat dan kembali bertungku di sebelah petang. Sepanjang waktu ini anda akan di pakaikan dengan baju panas dan bersetokin sepanjang masa ( bukan senang nak kembali anggun ni )!Kalau cuaca tengah panas memanglah terasa betul seksanya tapi kalau waktu musim hujan tidaklah terasa sangat. Untuk kembali anggun kenalah bersusah payah sedikit betul tak?

Jadi cukup untuk hari ini dan saya akan sambung kembali untuk artikel seterusnya.

Selamat berpantang!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

10 Comments on Apa yang selalu di lakukan oleh ibu kita selepas saja kita bersalin?

  1. marsya
    December 5, 2008 at 8:13 am (6 years ago)

    erm… mmg betul org tua ni byk pantangnya.sampai sy pn naik rimas. ni dh masuk anak ke dua dh. air masak pun xblh mkn byk2. kn minum skit ja. kn minum kopi sampai berak pn payah.sayur pn xblh mkn.
    last2 kn buasir smpi skrtg.
    masih terpikir2 lg nk produk apa ms bersalin sb sy ni susah nk mkn ubat biji.

    Reply
  2. rahimah
    December 6, 2008 at 4:31 pm (6 years ago)

    Marsya,

    Keberkesanan tablet phyto natal amat terbukti mengurangkan masalah sembelit waktu pantang.Memang orang tua kita tak bagi makan sayur-sayur ni..nanti masam muka pulak. Telan je tablet tu, anggap gula-gula je la.

    Tak de rasa apa pun kecuali letak lama-lama kat lidah memang le terasa pahit.Kata orang yg pahit tu ubat..Insyaallah selesai masalah tu nanti.Nasib baik tau ia dalam bentuk tablet, kalau tepung atau serbuk..ho ho…akak pun tak lalu nak makan.

    Reply
  3. danlainlain
    January 17, 2009 at 5:49 am (6 years ago)

    air ibu kunyit perlu diminum 3 hari berturut-turut selapas bersalin..tapi ibu mertua saya marah minum air ibu knyit! hahaha macam2…

    Reply
  4. rahimah
    January 17, 2009 at 8:07 pm (6 years ago)

    danlain-lain,

    Tak menghairankan sebab lain tempat lain caranya. Ada sesetengah orang boleh ambil sesuatu makanan contohnya ikan tapi sesetengah tenpat pula ikan tersebut tak boleh di ambil.

    Kunyit melancar dan melarutkan darah yang bergumpal selain menambah seri wajah muka orang bersalin yang selalunya pucat kerana baru kehilangan banyak darah.

    Reply
  5. roswati
    February 23, 2009 at 2:44 am (6 years ago)

    kat mana agaknya saya nak dapatkan batu bertungku ni ye, almaklumlah zaman sekarang ni susah sikit nak cari kat sungai. Mak pulak selalu guna batu tu nak tungku bapak. kat mana ye boleh saya dapatkan batu bertungku ni..kalau ada kat kedai boleh lah saya beli…

    Reply
  6. rahimah
    February 23, 2009 at 5:33 am (6 years ago)

    Hai Ros,

    Elok akak jual batu tungku ni ye…:) rumah akak dekat dengan bukit belacan, berlambak batu sungai kat situ..

    Tak pe dik, kirim je kat kawan2 yg bila mereka pergi berkelah ke utk ambilkan adik batu sungai tu..batu tu elok yg besar tapak tangan dan tak berapa ringan dan tak berapa berat.

    Batu sungai ni lambat sejuk. tungku yg berherba ni kurang effectnya sebab ia cepat sejuk walaupun baru di panaskan.Nak menjaganya pun leceh sebab takut berkulat lepas pakai atau dh habis pantang.

    Kalau besi pulak, berat sangat ..

    Reply
  7. cendana
    July 20, 2009 at 4:25 am (5 years ago)

    Salam…nak tanya, mana nak beli tungku besi ni yek ?

    Reply
  8. akak urut
    November 13, 2009 at 11:46 am (5 years ago)

    salam,nak cantik&sihat memerlukan banyak pengorbanan…

    Reply
  9. rahimah
    November 16, 2009 at 10:10 pm (5 years ago)

    betul tu..

    Reply
  10. nana
    April 15, 2010 at 11:20 am (4 years ago)

    Kalau nak tungku besi berpemegang tu bolehla sms saya 0125514144.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender