Salam ceria,
Hari ni saya bercuti 3 hari , dapatlah saya buat kerja mana yang patut.Banyak yang perlu saya lakukan sehingga penghujung bulan December 2008 ini. Insyaallah saya sedang merancang untuk membuka sebuah online store tidak lama lagi. Di online store baru saya tu nanti akan ada berbagai barang-barang keperluan ibu yang bakal bersalin dan juga barangan bayi.
Saya tahu jika di laman web mysetbersalin.com dan bengkung bersalin.com, pilihan barangan adalah terhad.Nanti akan saya umumkan di dalam blog ini bila dah siap ya. Ok, bercakap barangan bayi tu, saya masih teringat semasa waktu makan tengah hari di pejabat.
Seorang rakan saya memberitahu yang emak beliau pernah berkata , baby mesti di bedung . Jika tak di bedung nanti ‘ rentak ‘ jalannya jadi kurang cantik..tak ada ‘catwalk’ lah maknanya tu. Saya sendiri pun kurang pasti dengan kepercayaan tu.Cuma saya memang biasa membedungkan bayi selepas bersalin dulu.
Pada pendapat saya yang dah ada 4 orang anak ni lah kan, lebih mudah menjaga bayi yang di bedung sewaktu dalam pantang.Bukan apa , waktu lepas bersalin ni kita amat memerlukan waktu berehat yang cukup.Adakalanya bayi kita meragam dan terpaksa berjaga siang dan malam melayan kerenah mereka.
Kalau mereka tidak meragam sekali pun, kadangkala waktu tidur mereka terganggu dengan bunyi bising di luar dan dalam rumah. Cara terbaik ialah dengan membedung baby supaya mereka tidak terkejut dengan bunyi bising.
Jika mereka terjaga, kita pulak tak boleh berehat.Membedung bayi pun janganlah ketat sangat kain bedung tu ( dapatlah juga mereka menggerakkan sedikit badan dalam kain bedung ).
Jadi itulah sebenarnya kebaikan membedung bayi dan bukan saja-saja nak ‘wrap’ badan mereka .Bayi pun , kalau baru lahir tidur dan hisap susu je kerjanya…( seronoknya jadi baby ! ).
Oklah, hari pun dah petang,saya nak menjamu selera dengan goreng pisang panas ni.
Kita jumpa lagi!
Kak Rahimah.





