5 Langkah Bijak Meringankan Kos Bersalin Pada Tahun 2009

Apa khabar dan selamat bertemu kembali. Dah beberapa hari saya balik ke kampung dan baru hari ni saya dapat tengok-tengok blog ni semula.

Terima kasih kepada pembaca setia dan juga pelanggan yang telah menempah set bersalin semasa saya sedang bercuti.Kesemua order telah pun saya courrierkan ye :)

2 hari lepas ketika saya mengemas rumah saya ada terdengar tentang bual bicara pengacara tv yang sedang interview panel jemputan tentang pentingnya perancangan kewangan terutama sekali ketika ekonomi sedang merosot ni.

Di US sedang teruk, di negara kita di anggarkan beribu pekerja bakal kehilangan pekerjaan tahun 2009 ni.Jadi sewajarnyalah kita merancang perbelanjaan kita dari awal.

Tips saya hari ini adalah untuk mengajak anda semua merancang dari awal sebaik sahaja kita di sahkan mengandung :).Jadi bila tiba saat kelahiran baby nanti tak la terbeban sangat rasanya.

Tips ini elok kita semua praktikkan sebaik sahaja kita di confirmkan positif..he he..

  • Bersedia mengumpul wang untuk membeli pakaian mengandung. Mungkin nampak remeh tapi jika tak bersedia dari awal, sepasang baju mengandung pun dah mencecah RM 89 ke RM 100 ( dulu kira murah lagi ). 

 

  • Elok jika kita biasa memakai seluar untuk melebihkan baju atau blouse. Seluar boleh beli warna gelap    dalam 3-4 pasang. Jadi boleh la tukar selalu dengan blause ye.

 

  • Mula buat simpanan untuk check up bulanan dan kos bersalin bila cukup 9 bulan nanti. Jika kita bekerja , kurang sikit beban jika pihak syarikat ada sediakan klinik panel. Jadi duit selebihnya boleh di simpan untuk perbelanjaan yang lain pula.

 

  • Mula menabung untuk membeli kelengkapan bersalin yang lain seperti keperluan bayi. Walaupun barangan bayi ni nampak kecik-kecik je, bila di campur tolak silap-silap cecah beratus juga :)

 

  • Ketepikan sedkit wang simpanan anda untuk persiapan untuk diri kita sendiri pula. Waktu dalam pantang kita perlukan pemakanan yang lebih cerewet seperti set bersalin ,jamu/herba, bengkung, tungku, mandian herba atau segala macam jenis minyak untuk di sapu atau di urut pada badan.

 

  • Kos urutan dan penjagaan sewaktu dalam pantang juga anda kena kira. Almaklum la sekarang ni kos mengurut pun sehari dah cecah RM 50-80 sehari ( dulu masa saya bersalin 3 tahun lepas dalam RM 40 je, termasuk bertungku, berbengkung dan mandikan bayi).

Seeloknya kita tuliskan budget kita dalam sebuah planner dan bila setiap kali kita membeli belah, tandakan mana-mana yang telah di beli supaya kita tak terlebih shopping!

Kesimpulannya, bersedialah dari awal . Bila kita bersedia dari awal , kita rasa lebih tenang . Pasangan kita juga akan rasa lebih lega sebab wang perbelanjaan yang lain bolehlah di simpan untuk buat kecemasan.

Pada post yang akan datang saya akan post tips membeli kelengkapan bersalin dan tips barangan yang tak perlu di beli. Bukan semua barang perlu di beli ye :)

Saya sudahi hari ini dengan ucapan Selamat menyambut Tahun Baru 2009.

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

6 Comments on 5 Langkah Bijak Meringankan Kos Bersalin Pada Tahun 2009

  1. Lynn
    January 2, 2009 at 5:34 am (6 years ago)

    TQ atas tips2 menarik ni.

    Reply
  2. rahimah
    January 2, 2009 at 5:04 pm (6 years ago)

    Lynn,

    Tahun 2009 di ramalkan tahun yang sukar.Dahulukan mana yang penting supaya kita tak terlebih belanja:)

    Reply
  3. maira
    January 7, 2009 at 10:17 am (6 years ago)

    Saya dan suami memang tengah planning nak beli barangan baby ni, nak beli yang asas2 je dulu, tapi kalau ade tips lagi bagus.

    Reply
  4. aleya
    October 6, 2009 at 6:53 am (5 years ago)

    bez la tips ni..lbh2 lg ni my 1st baby..tp sy nk tny la,cmne nk dapatkan maklumat ttg kelas antenatal..sy tringin sgt nk g tp xde info pasal tu..hrp sudi membantu..tq.

    Reply
  5. rahimah
    October 6, 2009 at 9:49 pm (5 years ago)

    Aleya,

    Kalau nak tau kelas antenatal tanya je pada hospital yg bakal aleya bersalin nanti.biasanya mereka akan adakan ke;as ni pada hari sabtu atau ahad dan ada sedikti bayaran di kenakan ( dlm RM 50 lebih kurang )

    Pasangan juga boleh turut serta. Banyak manafaat pergi ke kelas antenatal ni sb mereka akan berikan kita tips-tips sewaktu mengandung, sewaktu bersalin dan selepas.

    Atau cuba rujuk pada suratkhabar pada hari minggu, ada hospital yg sediakan ruangan serta nombor talipon .

    Reply
  6. aqilah
    July 21, 2010 at 8:53 am (4 years ago)

    bgs tips ni…ti blh sy gnekn tok anak ke2…sy br bsalin…beli brg2 sume telbh bajet…pning…

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender