Khasiat daun mengkudu sewaktu pantang bersalin

Salam sejahtera pembaca semua,

Saya sebenarnya dah tak sabar untuk mengambil cuti tahun yg ada lagi 8 hari. Malasnya rasa nak kerja..Tak sabar saya nak berkurung di rumah.Boleh la saya kemas -kemas rumah sikit terutama sekali kat luar sana.

Di luar rumah saya ( kat halaman ), ada pokok mengkudu, serai, serai wangi, pokok inai dan pokok belimbing.Bukan saya yg tanam ye…saya pakai je..hu hu.Teringat saya masa kami renovate rumah, habis daun pandan yg rimbun terpaksa di korbankan.

Ni rupa pokok mengkudu ya kalau ada yang tak tau rupa bentuk pokok ni ye..

 

 

Nasib baiklah pokok mengkudu dan beberapa pokok lain masih ada. Saya memang suka dengan pokok mengkudu kat rumah saya ni.Kadang-kadang ada orang yang datang minta daunnya untuk di buat ubat.Ye lah mana nak cari pokok ni kat dalam bandar ye..

Apa kata kita kenal-kenal sikit apa khasiat pokok mengkudu ni hari ini ya :

  • Pucuk daunnya elok di buat ulam untuk mencuci darah ( tak rasa pahit pun )
  • Daun yang segar elok di buat air mandian. Selalunya daun mengkudu akan di rebus dengan daun serai wangi, daun inai, sintok untuk di gunakan oleh ibu yang baru bersalin.
  • Daunnya juga elok untuk membalut batu tungku yang di gunakan untuk bertuam.Bertungku selepas bersalin memang elok untuk mengecutkan peranakan sambil memecahkan darah beku dan darah kotor supaya keluar.
  • Buah mengkudu juga boleh di buat jus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Hanya ambil buahnya dan di kisar dengan air.

Kata orang tua, kalau kita selalu amalkan makan pucuk mengkudu lambat nampak tua.Memang eloklah kalau kita amalkan makan pucuk mengkudu untuk di buat ulam .Bukan saja selepas bersalin, waktu bila-bila mengadap hidangan.

Jadi pada sesiapa yang dekat dengan rumah saya, kalau nak guna waktu dalam pantang…datanglah ya.Free je..he he.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

6 Comments

  • By Azza, June 5, 2009 @ 4:38 pm

    Anak saya merupakan pembawa G6PD dan doctor mnshtkn saya spy tidak mengambil sbrg jamu mmdgkn saya menyusu badan.bgmna saya dapat menggunakn set bersalin nona roguy sedangkan diberitahu oleh doctor begitu.

  • By rahimah, June 5, 2009 @ 8:17 pm

    Azza, Ikut nasihat doktor kerana mereka lebih pakar.

  • By hi, July 15, 2009 @ 6:51 am

    hi,

    where can i get duan mengkudu. i live at Sentul.Do you if around my area will have it?

    Regards,
    Semran

  • By rahimah, July 15, 2009 @ 9:49 pm

    Hi Semran,

    I got the tree at my house.You are welcome :)

  • By rokiah, April 16, 2010 @ 7:03 am

    sy ingin mencuba set NR…cuma kadang2 sy terbaca ada juga harga murah wlupn bukan ahli….adakah set yang murah tu original?…

  • By akbar, July 18, 2010 @ 1:26 pm

    trimakasih infonya.

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

:oops: :mrgreen: :P :( :| :? :D :cry: :arrow: ;) :twisted: :x :!: :lol: :) :evil: :idea: 8O :roll: 8) :o :?:

WordPress Themes