Petua kekalkan berat badan selepas habis pantang bersalin.

Hi :) ,

Kita berjumpa lagi hari ini. Dah 2 hari saya tak sempat update blog saya ini.  Screen laptop saya pecah !  Terpaksalah saya mengorbankan RM 750 untuk saya ‘ on the net ‘ semula. Teringat saya cerita ‘ The Net ‘ lakunan Sandra Bullock yang selalu saya tonton di Astro.Sangat menarik cerita tu sampai saya berulang kali menontonnya.

Ceritanya mengenai kes bagaimana seorang programmer yang di curi ‘ identiti’nya sehingga beliau tinggal sehelai sepinggang! Bagaimanapun akhirnya beliau berjaya mendapatkan kembali ‘identiti’ beliau yang telah di curi itu setelah menempuhi berbagai halangan.

Bayangkan ya bagaimana rasanya jika tiba-tiba anda kehilangan segalanya dalam masa sekelip mata sahaja! Jadi , itulah topik saya hari ini ….kehilangan ‘identiti’ selepas bersalin ;)

Email mengenai kehilangan ‘identiti’ ni memang selalu saya terima dari pelawat laman web saya ni .Mmmm…ramai yang berjaya menurunkan berat badan sewaktu berpantang tapi gagal selepas habis tempoh 44 hari.Kenapa agaknya ?

Tentulah sebab masa dalam pantang kita ikut dan terima saja apa-apa yang di sajikan kepada kita. Nak buat macammana kan sebab boleh katakan semuanya lauk rebus dan panggang saja ye tak  :)Habis pantang, masuk kerja badan dah naik semula.

Al maklumlah sebab bila dah mula kerja, kita terpaksa makan apa yang di sediakan di gerai-gerai makan atau di cafe.Tak ada pilihan lain..hu hu. Tapi sedar tak kita sebenarnya boleh buat pilihan jika kita mahu.

Bayangkan jika anda baru saja beranak satu, saiz semua dah lari..Masih tak berbuat apa-apa juga masuk pula 2nd baby. Lagi la semua ‘ balancing ‘ dah tak betul. Masa tu lah kelam kabut bila ramai yang dah mula menegur…hi hi.

Tak susah sebenarnya jika kita bermula menjaga dari awal. Cuma perlukan disiplin.Hanya orang yang berdisiplin mampu mendapatkan apa yang mereka mahu.Tak saya nafikan tak semua akan berjaya tapi sekurang-kurangya 95 % pasti berjaya!

Macam mana caranya ?

  • Sewaktu mengandung jaga pemakanan dan kuantiti makanan anda. Jangan makan berdua sebab terlebih makan boleh menyebabkan berat anda lebih dari kenaikan berat biasa.
  • Ikut disiplin sewaktu berpantang. Amalkan herba yang mesti di ambil setiap hari untuk memanaskan semula badan. Badan yang sejuk mudah masuk angin dan akan kelihatan sembab dan tidak berseri.
  • Jangan tinggal berbengkung( ni ramai yang ponteng sebab tak tahan panas :) ).Berbengkung la sepanjang hari kecuali waktu nak mandi.
  • Habis pantang bersalin, kawal pemakanan anda. Bukan tak boleh makan makanan berminyak tapi pandai-pandailah atur menu supaya sajian anda menyihatkan.
  • Buat exercise perlahan-lahan. Mulakan yang ringan-ringan dulu.Tak perlu paksa diri untuk lakukan exercise yang berat berat.
  • Minum lebih air masak kerana air masak mencuci kekotoran yang berada di dalam badan .
  • Jika anda terpaksa makan di luar, amalkan minum selepas habis makan.
  • Jika anda tak lalu minum air masak sahaja, elok memesan air limau nipis panas ( limau nipis bagus untuk menurunkan berat badan ).
  • Makan awal di sebelah malam supaya kalori dapat di bakar sebelum anda masuk tidur.
  • Jangan sekali-kali skip makan tengah hari kerana apabila anda terlalu lapar, anda akan makan dengan banyak untuk waktu makan yang seterusnya.

Insyaalah jika kita rajin dan berdisiplin, kita pasti dapat kekalkan berat badan dan potongan yang kita inginkan.Macam lagu Sheila Majid ‘ Pandang lah lihatlah, tiru macam saya’. Jadi kalau kita tak nak kehilangan ‘identiti’ kita sebelum ni, mulakanlah dari sekarang ye :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

4 Comments on Petua kekalkan berat badan selepas habis pantang bersalin.

  1. siti zaleha
    March 18, 2010 at 3:45 am (5 years ago)

    akak…kalau anak dah umur setahun…tapi nak turnkan berat badan…apakah cara terbaik utk turunkan berat badan???saya masih menyusu.

    Reply
  2. aqilah
    July 21, 2010 at 8:29 am (4 years ago)

    sy msh nyusukn bdn…cm ne nk kuruskn bdan?ble diet slalu lpar coz nyusukn anak.. :(

    Reply

2Pingbacks & Trackbacks on Petua kekalkan berat badan selepas habis pantang bersalin.

  1. [...] Dengan cara ini pinggang dan perut insyaalah akan cepat nampak ramping .Kalau asyik bukak dan rehat berjam-jam dari memakai bengkung memang akan nampak kurang sebab kita tidak bersungguh untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping semula selepas bersalin. [...]

  2. [...] teringat sewaktu dalam pantang badan memang terasa panas. Bukan takat sebab cuaca panas aje tapi sebab dalam panas tu kena pakai [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender