RSS
 

Archive for January, 2009

Petua mengatasi demam kuning atau jaundice pada bayi.

27 Jan

Hai apa khabar semua :) ,

Pada minggu lepas, semasa newsletter bulan January di hantar pada subscriber mailing list, saya menerima banyak respon mengenai demam kuning pada bayi yang baru di lahirkan.

Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.

Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok dan menyusukan bayi mereka.

Sebenarnya semasa saya menulis newsletter saya itu, saya tidak sempat untuk memberikan beberapa petua yang boleh di cuba jika bayi anda terkena demam kuning .

 Bagaimanapun dalam banyak respon yang saya terima, ada satu email dari subscriber saya yang menulis mengenai pengalaman beliau semasa merawat bayi beliau yang terkena demam kuning sewaktu itu.

Zurinawaty Mohamad to Rahimah
show details 22 Jan (5 days ago) Reply
Terima kasih puan di atas newsletter tu… mmg betul, kalau bayi kena kuning, si ibu mmg tak boleh nak berpantang dengan sempurna… pengalaman saya pada anak sulung, sekarang dah 6 tahun, hari ke lima dia dikejarkan ke hospital kerana bacaan kuningnya tinggi, Alhamdulillah dalam masa 2 hari bacaannya dah mulai turun dan boleh pulang ke rumah.

Saya nak berkongsi petua nie… masa kat dalam wad, saye ni menangis tak henti2… maklumlah anak pertama, kita taka de pengalaman lagi… datanglah seorang makcik cleaner berbangsa india… dia suruh saya minum air glugos ori bebanyak dan pas tu kita susukan baby (susu badan)… petang tu gak saya minta husband belikan dan terus minum… saya ulang beberapa kali… Alhamdulillah, doctor pun kata anak saya cepat bertindak balas dengan baik… menurut makcik tu lagi… semasa usia kandungan dah masuk sembilan bulan, boleh amalkan minum air glugos bagi elakkan anak kuning….

Anak yang kedua, saya ambil glugos masa kandungan dah masuk 9 bulan… Alhamdulillah anak perempuan saya tak kena kuning dan sihat…

Saya nak beri jaminan yang petua ni betul-betul berkesan pun tak berani… nnti apa kata orang kebetulan ke ape ke kan… tapi untuk anak yang ketiga ni, saya akan tetap minum glugos seperti yang makcik tu cakap… saya berdoa sesangat agar bayi yang bakal lahir pada 20 Februari 2008 ini dilahirkan dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan… insyaallah…

 

Terima kasih saya ucapkan pada Puan Zurinawaty yang telah sudi untuk berkongsi petua dengan kita. Pada hari ini juga saya tuliskan di sini beberapa petua lain yang mungkin serasi dengan bayi anda .

Manalah tau, sekurang-kurangnya kita boleh mencuba berbagi petua supaya rawatan berpantang kita tidak terganggu.

Antara petua lain :

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 

Jika anda juga ada tips-tips yang lain, boleh ke hantar pada saya? Amat di alu-alukan.Bagaimana?

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Lagi photo baby di fotopages mysetbersalin.com

24 Jan

Ini gambar baby terbaru dari seorang lagi pelanggan mysetbersalin .com yang telah telah sudi menghantar foto bayi beliau untuk di masukkan di galeri foto. Terima kasih pada Puan Wati.

Comelnya :) la baby ni, senyum tengok kamerakan?

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama bayi : Sharifah Norkhairunisa Bt Syed Khaidzir
Nama ibu   : Norlydawati Salori

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Fotopages bayi mysetbersalin.com

23 Jan

Hai :) ,

Saya kini membuka ruangan khas untuk album bayi mysetbersalin.com. Album ini khas untuk semua pelanggan saya yang telah selamat melahirkan cahaya mata untuk merakamkan gambar bayi mereka.

Jika anda ingin menghantar gambar bayi anda yang cute tu jangan malu-malu email pada saya :) . Ini gambar bayi pertama di ruangan ini. Cute tak?

Nama bayi : Nurul Khairunnisya Fitriah
Nama ibu  : Wan Noorul Aini

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Testimoni Terbaru !

21 Jan

Hai :) ,

Baru-baru ini saya ada menerima komen seorang bekas pelanggan mysetbersalin.com yang telah menerima kesan positif semasa menggunakan set bersalin nona roguy sewaktu dalam pantang. Saya siarkan komen beliau untuk di kongsi bersama :

zir shahar

 to me

show details 12 Jan (8 days ago)
Reply
 
malulah kak ;)
 
yg pastinya mmg best guna produk ni.
husband puji saya lebih kurus dari lepas mengandung yg pertama, ye lah masa tu tak tau cara penjagaan yg betul. sbb tu kali kedua bersalin ni pilih untuk pakai produk nona roguy. Tukang urut saya juga puji krim barut tu. Sbb rahim cepat kecut.
Anyway, thanks ye kak.

Atas kesudian Puan Fila berkongsi sedkit pengalaman beliau bersama kita, saya telah menghadiahkan beliau sehelai Alif Blanket bernilai RM 45!  Nak tengok bagaimana rupanya Alif Blanket ni..saya siarkan di sini sekeping gambar yang kawan saya ambil semasa memakaikannya kepada bayi beliau baru-baru ini.

 

Yang pastinya membeli di mysetbersalin.com anda tak kan menyesal  : ) .  Jadi kepada  pelanggan mysetbersalin.com yang ingin memberikan testimoni ikhlas komen anda adalah amat saya alu-alukan.

Oh ya, Alif Blanket ni sebenarnya merupakan produk baru dan hanya boleh di dapati di mysetbersalin.com . Ia amat sesuai sekali untuk di pakaikan pada bayi anda ketika anda bawa mereka pergi bershopping…terutama sekali kalau dalam shopping complex yang sejuk.Alif Blanket ni pun  belum pun di lancarkan lagi :) .

Saya hanya mempunyai 3 helai stok sahaja lagi sebagai free gift untuk di hadiahkan. 
Kepada bekas pelanggan mysetbersalin.com dapatkan ia sementara ia masih percuma ! :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Promosi E-Kupon EXTRA BONUS mulai 19 January 2009

18 Jan

Hai  :) ,

Pada kali ini, saya ingin menawarkan extra bonus menggunakan e-kupon yang hanya boleh di dapati melalui blog ini sahaja.Caranya amat mudah, untuk mendapatkan kupon ini, anda hanya perlu menyatakan nombor e-kupon anda semasa membuat tempahan di laman web.

Apa Extra Bonus kali ini? Ni dia

 

Hanya 20 e-kupon di sediakan pada kali ini dan siapa yang bernasib baik mendapat kupon ini akan di berikan EXTRA BONUS bernilai RM 6.90 ini :)

Syarat-syaratnya :

1.Anda mestilah ambil nombor e-kupon anda di sini.Contohnya anda orang pertama akan mendapat nombor kupon 01, orang nombor 2 kuponnya bernombor 02 begitulah seterusnya sehingga nombor 15.

2.Nombor E-kupon mesti di sertakan dalam borang tempahan anda. Siapa yang tak sertakan nombornya di anggap bukan pemilik kupon tersebut

3.E-kupon ini hanya sah di gunakan sehingga 31/1/2009.Pembelian selepas tarikh 31/1/2009 tidak akan mendapat EXTRA BONUS.

4.E-kupon tidak boleh di tukar dengan wang.

Itu saja syarat-syaratnya.Anda boleh mula dapatkan e-kupon ini sekarang.

 

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website