Saya ke udara lagi hari ini…hi hi hi macam dj radio pulak ye
. Saya sebenarnya agak sibuk beberapa hari ni.
Mood nak kerja pun tak ada ( syyyyy…kerja di pejabat ).Jadi saya rasa agak boring sedikit!
Sekarang ni, kalau di tv atau surat khabar penuh dengan berita di Gaza. Saya tak lalu nak baca sebab tak sanggup tengok saudara sesama kita di di tindas!
Semuga kita dapat membantu apa yang patut dan mendoakan agar segala pertumpahan darah ni di hentikan segera.
Bila menyebut perkataan tumpah darah, saya teringat sewaktu bersalin anak yang ke dua dahulu. Sebaik saje saya sampai di rumah ( baru saja keluar dari hospital ), ketika saya sedang berjalan ( slow motion je ) mengangkat air dalam cerek yang ringan,tiba-tiba darah mencurah-curah keluar. Bukan sedikit!
Nasib baik saya tak panik dan dapat bertenang. Ikut anggaran saya, darah yang keluar lebih kurang 1/4 baldi…banyak..Kenapa ia berlaku? Ini yang saya ingin kongsi dengan anda hari ini. Antara puncanya :
1.Sisa uri yang masih tertinggal kerana tak habis keluar. Keadaan ini di panggil ‘placenta accreta ‘.Uri yang tertinggal boleh menyebabkan anda akan rasa tidak selesa dan senak.
2.Kelahiran tak cukup bulan termasuklah juga sakit bersalin yang terlalu panjang.
3.Wanita yang ada sejarah uri melekat pada kelahiran sebelumnya. Risiko untuk terjadinya pendarahan sekali lagi pada kelahiran akan datang adalah tinggi.
4.Wanita yang pernah melakukan pembedahan fibroid atau ketumbuhan. Pada mereka yang pernah melahirkan secara caeserian juga berisiko untuk mengalaminya masalah terjadinya uri melekat semula.
5.Wanita yang kerap melahirkan anak kerana otot-otot rahim tidak berada dalam kedaan yang kuat.
6.Kedudukan uri yang berada di bawah sebelum bersalin iaitu ‘ placenta previa’.
Pertumpahan darah boleh menyebabkan ibu berada di tahap bahaya kerana ia juga boleh membawa maut.
Pada sesetengan keadaan, rahim ibu perlu di buang untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi itu sendiri. Pada wanita yang mengalami placenta previa pula, selalunya bersalin secara pembedahan terpaksa di lakukan.
Jadi ini saja dari saya untuk hari ini. Mungkin anda ada pendapat atau pengalaman untuk di ceritakan?
Yang mendoakan kesejahteraan Palestine,
Kak Rahimah






