Checklist keperluan bayi sebelum anda bersalin

Hai Assalamualaikum :) ,

Apa khabar anda semua ? Maafkan saya kerana hampir 10 hari saya tidak dapat online kerana masalah gangguan teknikal dengan maxis broadband saya.

Baru hari ni masalah saya di selesaikan. Jadi blog saya ni sunyi sepi dari towkeynya..hi hi hi.

Baiklah, pada post yang lepas saya ada bercerita tentang budget bersalin 2009. Jadi hari ni , saya rasa saya nak sambung sikit posting yang lepas dengan beberapa senarai kelengkapan bersalin yang kita patut ada dalam budget planning kita .

Tidak semestinya 100 % kena ikut tapi budget ni boleh di adjust ikut keperluan masing-masing. Saya cuma berikan beberapa senarai okay..Kita mulakan dengan senarai untuk bayi dahulu ye:

  • Baju lengan pendek 5 helai
  • Baju lengan panjang 5 helai
  • Seluar pendek 5 helai
  • Seluar Panjang 5 helai
  • Stokin bayi
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Napkin( lampin) kain 10 helai
  • Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin)
  • Diapers pakai buang
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut
  • Tuam bayi
  • Pelapik getah
  • Tilam bayi
  • Berus pencuci botol

Senarai ni hanya untuk keperluan bayi saja dahulu. Untuk ibu-ibu kita sambung pada posting akan datang ye.Mungkin senarai saya ni kurang lengkap sebab anak saya yang paling kecik pun dah 3 tahun :)

 

Oh ya, sebelum saya terlupa , seeloknya baju dan seluar bayi belilah yang untuk 6 bulan ke atas sebab bayi cepat membesar. Rugi jika kita membeli saiz yang kecik sebab nanti sekejap saja dah tak boleh pakai :)

 

Ada siapa-siapa yang nak tambah senarai di atas?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

13 Comments on Checklist keperluan bayi sebelum anda bersalin

  1. Baby cute
    February 26, 2009 at 4:59 pm (6 years ago)

    Bt0l susu baby..kalu nk bg ssu f0rmula la..pencuci btol.

    Reply
  2. Alya
    April 24, 2009 at 6:51 am (6 years ago)

    kak.. brg2 mandi baby pun kena ada kn?

    Reply
  3. rahimah
    April 24, 2009 at 9:41 pm (6 years ago)

    Alya, barang baby amndi pun kena ada macam tub, mandian, towel …boleh tambah list lagi mana yg penting la.

    Reply
  4. Atie
    November 10, 2009 at 4:51 am (5 years ago)

    aduh tak sabar nak beli peralatan baby ni.. hehe skg bru 2 bulan 2 minggu.. nti dh besar ckit bru belik brg2 ni.. msti besh..

    Reply
  5. ailin safaruddin
    December 11, 2009 at 1:20 pm (5 years ago)

    salam semua….. nak tanya mcmana nak kurangkan loya waktu awal hamil?…selera utk maklan pun takde…

    Reply
  6. rahimah
    December 18, 2009 at 9:15 pm (5 years ago)

    ailin, boleh try ambil beras dan kumam2 atau kunyah pelan-pelan..saya tengok anak saudara buat gitu kurang loya katanya.petua emak dia yg bagi.try la.

    Reply
  7. zurien
    December 23, 2009 at 6:31 am (5 years ago)

    Hi Semua, Rien dah 8bulan sekrg debaran makin terase tapi keperluan bayi rase mcm xcukup jer…sampai terlupe keperluan sendiri di hospital nanti kawan2 opis cite pasal maternity pad kelakarla nak pakai ader aper2 advice x? hihihi

    Reply
  8. zurien
    December 23, 2009 at 6:31 am (5 years ago)

    Hi Semua, Rien dah 8bulan sekrg debaran makin terase tapi keperluan bayi rase mcm xcukup jer…sampai terlupe keperluan sendiri di hospital nanti kawan2 opis cite pasal maternity pad kelakarla nak pakai ader aper2 advice x? hihihi

    Reply
  9. nanie
    May 20, 2010 at 11:27 am (4 years ago)

    hi semua nak tanya, skrg dah 6 bulan pregnant.perlukan besi set bersalin untuk ibu sekarag?

    Reply
  10. ieda
    July 6, 2010 at 5:49 am (4 years ago)

    aiii,bila waktu terbaik leh start beli barang2 baby,member2 kata x elok beli awal2. skrg dah 6 bulan x sabar la nak beli barang baby…geram je tengok…kalo nak beli set bersalin lak bila leh start beli

    Reply
  11. eida
    July 20, 2010 at 3:18 am (4 years ago)

    6bulan tu dh elok beli brg baby.. sy dh nak msuk 9bulan ni..smua dh siap.. sy beli ms 4 bln lg..sb bila dh sarat xlarat nk jalan..time rehat kan diri la plak.. bila dh msuk 7bulan..risiko utk bersalin dh tinggi.. so siap kn dr awal 5 atau 6 bulan..beli sikit2 br xterasa sgt duit mengalir..hehehe..sy beli start 4bulan..msuk 7bulan smua dh beres.. just beli yg utk pakai 2bulan pertama je..lps tu bleh beli lg..hehehe.. hope my baby n i ok slamat smuanya..amin

    Reply
  12. AiniFareeza
    August 19, 2010 at 12:19 pm (4 years ago)

    salam, kak nak tye branch kat johor xder ke…

    Reply
  13. Miranda
    February 10, 2011 at 5:41 am (4 years ago)

    Memilih keperluan bayi sebaiknya disesuaikan dengan usia bayi, karena umur pakainya tidak lama, keperluan seperti kereta dorong, boks bayi yang lumayan mahal bila dirasa tidak terlalu dibutuhkan lebih baik sewa saja.. harganya lebih murah dan tidak perlu menghabiskan tempat untuk menyimpan barang2 tersebut.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender