Petua mengatasi demam kuning atau jaundice pada bayi.

Hai apa khabar semua :) ,

Pada minggu lepas, semasa newsletter bulan January di hantar pada subscriber mailing list, saya menerima banyak respon mengenai demam kuning pada bayi yang baru di lahirkan.

Demam kuning memang banyak menyerang bayi yang baru lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya.

Malah ia juga sedikit sebanyak mengganggu disiplin ibu-ibu yang sedang menjalani rawatan berpantang.Ini kerana jika si anak terpaksa di masukkan ke hospital, ibu pula terpaksa berulang alik untuk menjengok dan menyusukan bayi mereka.

Sebenarnya semasa saya menulis newsletter saya itu, saya tidak sempat untuk memberikan beberapa petua yang boleh di cuba jika bayi anda terkena demam kuning .

 Bagaimanapun dalam banyak respon yang saya terima, ada satu email dari subscriber saya yang menulis mengenai pengalaman beliau semasa merawat bayi beliau yang terkena demam kuning sewaktu itu.

Zurinawaty Mohamad to Rahimah
show details 22 Jan (5 days ago) Reply
Terima kasih puan di atas newsletter tu… mmg betul, kalau bayi kena kuning, si ibu mmg tak boleh nak berpantang dengan sempurna… pengalaman saya pada anak sulung, sekarang dah 6 tahun, hari ke lima dia dikejarkan ke hospital kerana bacaan kuningnya tinggi, Alhamdulillah dalam masa 2 hari bacaannya dah mulai turun dan boleh pulang ke rumah.

Saya nak berkongsi petua nie… masa kat dalam wad, saye ni menangis tak henti2… maklumlah anak pertama, kita taka de pengalaman lagi… datanglah seorang makcik cleaner berbangsa india… dia suruh saya minum air glugos ori bebanyak dan pas tu kita susukan baby (susu badan)… petang tu gak saya minta husband belikan dan terus minum… saya ulang beberapa kali… Alhamdulillah, doctor pun kata anak saya cepat bertindak balas dengan baik… menurut makcik tu lagi… semasa usia kandungan dah masuk sembilan bulan, boleh amalkan minum air glugos bagi elakkan anak kuning….

Anak yang kedua, saya ambil glugos masa kandungan dah masuk 9 bulan… Alhamdulillah anak perempuan saya tak kena kuning dan sihat…

Saya nak beri jaminan yang petua ni betul-betul berkesan pun tak berani… nnti apa kata orang kebetulan ke ape ke kan… tapi untuk anak yang ketiga ni, saya akan tetap minum glugos seperti yang makcik tu cakap… saya berdoa sesangat agar bayi yang bakal lahir pada 20 Februari 2008 ini dilahirkan dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan… insyaallah…

 

Terima kasih saya ucapkan pada Puan Zurinawaty yang telah sudi untuk berkongsi petua dengan kita. Pada hari ini juga saya tuliskan di sini beberapa petua lain yang mungkin serasi dengan bayi anda .

Manalah tau, sekurang-kurangnya kita boleh mencuba berbagi petua supaya rawatan berpantang kita tidak terganggu.

Antara petua lain :

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan. 

Jika anda juga ada tips-tips yang lain, boleh ke hantar pada saya? Amat di alu-alukan.Bagaimana?

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

99 Comments on Petua mengatasi demam kuning atau jaundice pada bayi.

  1. mama iman
    March 3, 2009 at 4:30 am (6 years ago)

    Maaf ye…tumpang lalu jap. Di hospital,doktor atau nurse mmg x bagi kita beri apa2 minuman walaupun air suam pada bayi yang kena jaundis kecuali kerapkan menyusu susu ibu sahaja. Ia mmg berkesan.

    Reply
  2. ruby
    March 25, 2009 at 5:45 am (6 years ago)

    mane nak beli air glugos tu…anak pertama so blur sket…

    Reply
  3. rahimah
    March 28, 2009 at 5:46 pm (6 years ago)

    Mama Imran,

    Kadangkala ada juga yang kurang berkesan samalah seperti petua orang tua-tua juga. Cuma kalau di biarkan sakit kuning ni berpanjangan atau terpaksa di tahan di wad,ramai ibu yang baru bersalin tak dapat berpantang dengan betul .

    Ruby,

    Air glukos ni ada jual kat kedai..kedai runcit puna ada.Selalunya kalau budak muntah dan sakit perut, badan dah panas dan kekurangan air, doktor akan suruh minum air glukos juga untuk bekalkan tenaga.

    Carilah kat kedai biasa..farmasi pun ada.

    Reply
    • Nizam
      December 15, 2010 at 4:26 am (4 years ago)

      Puan Rahimah,

      Saya nak kepastian, air glukos tu yang dlm tin biru tu ke?

      Reply
    • siti
      September 25, 2011 at 8:35 am (3 years ago)

      glukos tu mnum ms mgandung ker?

      Reply
    • sue samsudi
      May 14, 2014 at 2:28 am (6 months ago)

      Sy mngdung ank ke-2 dan plng isau ttg jaundis ni sbb ank 1st mmg kn jaundis y truk sbb xda pnglmn n brmcm2 petua ttp x brkurgngn akhrnya msuk wad..lbh dr 2 weeks bru brkurgn…utk ke-2 ni sy ingn mncuba glukos akn tetapi nk tau saranan camca tkut brtukar mnjd diabetes y truk plak…mohon d bntu…

      Reply
      • rahimah
        May 14, 2014 at 7:05 am (6 months ago)

        Sue, ada banyak petua yang boleh di cuba. Kita hanya berikhtiar kerana jaundice yang panjang menyukarkan kedua-dua ibu dan anak. Glukos hanyalah minuman pemberi tenaga yang selalu di beri bila makanan tak boleh masuk kepada pesakit supaya pesakit tetap bertenaga.

        Reply
  4. mummy lynn
    September 2, 2009 at 6:39 pm (5 years ago)

    senang je kalau bayi anda mendapat demam kuning jangan makan jamu,jemur matahari pun x bagus zaman sekarang ni.hanya susukan bayi anda dengan susu ibu.jika susu ibu x mcukupi tambah dengan susu formula sementara waktu.kerana jika bayi tidak dapat susu yang secukupnya jugak bayi akan mendapat kuning yang lagi teruk.percayalah

    Reply
  5. papa
    March 8, 2010 at 2:45 am (5 years ago)

    pada 22/2/10 baby sulung saya…baby saya dah kena juandis dah nak masuk 2 minggu dah…dah macam2 petua saya amalkan, masih tidak hilang lagi juandis… doktor bgthu anak saya terkena juandis berpanjangan, doktor ambil darah dan sampel air kencing 2 minggu lagi akan thu keputusannya… adakah baby saya dalam keadaan bahaya? tolonglah saya…saya amat takut dengan keadaan baby saya

    papa rungsing

    Reply
  6. rahimah
    March 11, 2010 at 8:47 pm (5 years ago)

    Papa, Jaundis adalah biasa pada bayi yang baru lahir. Cuma kalau berpanjangan, kena di perhatikan keadaannya. Susu ibu adalah penawar terbaik dan jangan hentikan penyusuan untuk mempercepatkan proses pemulihan.

    Boleh refer beberapa tajuk artikel di sebelah kanan dan tyoe ‘demam kuning’ untuk rujukan.

    Bagaimanapaun refer balik dengan doktor sebaiknya kerana mereka boleh memantau keadaan anak tuan dan ikuti saranan doktor dengan teratur.

    Reply
  7. ila
    March 16, 2010 at 4:53 pm (5 years ago)

    ank sulung sy dulu kena jaundise teruk jg 399 bcaan dia.sekarang ank ke2 pun kena jaundise jg 251 bacaannya.ms ank pertama sy bg dia serbuk mutiara mnjdi turun dgn cpt tp kali ni x trn pula n kat wad skrg.ibu yg kump darah o mmg cpt bayi dpt jaundise , susu ibu mmg berkesan tp ank sy krg nak mnm susu wlupun telah diberi dgn kerap. dia.suka tidur.risau sgt smpai ibu pula tdur x cukup.

    Reply
  8. nur
    April 26, 2010 at 8:48 am (5 years ago)

    anak saya 1 mggu jga kene sakit kuning tp ada cina n kawan2 suruh amalkan air sengkuang cina bg pd baby n kita juga minum..bg bayi anggur hitam pn boleh

    Reply
  9. hasni
    May 25, 2010 at 12:31 pm (4 years ago)

    akum… sekadar berkongsi.. jiran saya 7 org anaknya tak kena kuning.. akak tu bg petua elak anak kuning. Dia ckp semasa mengandung amal makan kismis , kurma. bila perut dah masuk 7 bulan amalkan minum soya dan makan anggur hitam.. anggur len jgn. bila kandungan masuk 9 bulan tiap2 hr makan anggur hitam, kismis dan soya. amalkan tiap2 hari jgn tinggal langsung. Alhamdulillah saya pun try anak saya 2 org x kena kuning langsung.. anak pertama mula2 cek kuning dpt 7 hari kedua turun 6. Anak ke2 pertama kali cek kuning dia 4. hari ke2 cek kuning turun kepada 2.7… saja la nak kongsi tp yg penting doa kpd Allah mintak anak jauh pada kuning… satu g dlm pantang jgn makan jeruk.. klu tingin benda2 masam baik cari buah2 fresh…

    Reply
  10. hasni
    May 25, 2010 at 12:34 pm (4 years ago)

    sori.. masa ngandung jgn makan jeruk…tambah2 lagi jeruk yang airnya kaler kuning tuh… kdg2 penyebab kuning..entah la ramai kwn2 g tau mcm tuh

    Reply
  11. papa imanina
    June 18, 2010 at 4:21 pm (4 years ago)

    salam…

    saya baca cerita kat atas memg sama dgn kisah saya..anak pertama tak de pengalaman..baby lak kena kuning teruk.sampai kena tuka darah..duduk wad seminggu lebih.mama dia nangis hari2.dah la dalam pantang.memg tak leh tido..doktor cakap baby kami mengalami kuning berpanjangan.masa lepas tukar darah still kuning baby tinggi lagi.kakak saya suruh titikan air anggur hitam dalam mulut baby(2 titik je tau)memg baby kerap buang air besar warna kuning.esoknya alhamdulillah kuning baby turun.memg muka pun tak nampak kuning.bila balik rumah,mak mertua saya mandikan baby dgn merebus daun kuchai..selamat mencuba.kita ikhtiar.

    Reply
  12. papa imanina
    June 18, 2010 at 4:24 pm (4 years ago)

    peringatan….jgn mandikan baby dgn serbuk herba cina.banyak respond cakap kuning baby akan lebih tinggi.ini pengalaman saya.. :cry:

    Reply
  13. mama ammar
    June 23, 2010 at 4:50 am (4 years ago)

    anak sedara saya telah disahkan menghidap sakit kuning kelmarin dengan bacaan 12, 13 & 14.4. bacaan yang semakin meningkat & merisaukan!

    saya sekeluarga sangat risau. kami berusaha pelbagai cara termasuklah memberikan titisan air anggur hijau (rekemen oleh mak bidan, alkisahnya kena berikan anggur hitam!) :roll:

    baby kurang minum susu ibu. air masak lebih banyak dari susu ibu. kami risau lantaran susu ibu terpaksa dibuang coz baby asyik tidur. kalau dikejut, baby hanya kemam je.

    bila terbaca blog nie, saya cadangkan pada adik untuk dapatkan air glukos utk si ibu & anggur hitam utk si bayi. mudah2an berjaya kurangkan sakit kuningnyer tu. :?

    Reply
  14. mama isyraf
    June 28, 2010 at 1:21 am (4 years ago)

    just to share info…. baby saya baru lahir last 2 weeks pun dapat jaundis. bacaan 220.dalam mata pun nampak kekuningan. dr suruh admit kat wad tapi hubby x nak. so alternatif bagi baby makan ubat homeopathy. Alhamdulillah memang berkesan. dalam masa 2 hari warna kekuningan tu dah hilang

    Reply
  15. mimie
    June 28, 2010 at 8:49 am (4 years ago)

    assalamualaikum..sekiranya bayi anda masih kuning setelah minum susu kambing, cuba berikan susu kuda, tapi sedikit sahaja kerana panas, i’allah demam kuning akan hilang,

    Reply
    • mama mia
      October 7, 2011 at 10:08 am (3 years ago)

      maasallah..maner nk dptkn susu kuda tu?

      Reply
  16. dewa.badai
    June 29, 2010 at 2:41 am (4 years ago)

    Salam, air glugos ke atau air glucos? Terima kasih.

    Reply
  17. hasni
    July 3, 2010 at 1:07 pm (4 years ago)

    a’kum, saya yg bg tips diatas… cuma nak berkongsi… saya selamat bersalin anak ke 3…alhamdulillah anak yang ke 3 pun x kena kuning… petua seperti diatas… amal anggur itam dan soya.. bagi saya baik kita cuba merawat sebelum terkena.. tp jika kena kuning gak yg tu dari Allah kita cuma ikhtiar… ok :)

    Reply
  18. archine
    July 7, 2010 at 3:14 am (4 years ago)

    susu kuda??ni bukan tempat berguraulah..org nak tau tip2 mencegah dan mengubati.apa ke jadah nya susu kuda plak???

    Reply
  19. ellies
    July 18, 2010 at 7:48 am (4 years ago)

    dimana nak dapatkan ubat homeopathy yg dimaksudkan email dari mama isyraf yg bertarikh 28 June,2010..anak sy baru 2 hari dh disahkan oleh doktor mengidap jaundis dan disuruh ke hospital gov.,sy pernah m’galaminya pada anak yg sulong , ianya amat m;yeksakan pd bayi,lebih2 lg pd bayi yg baru lahir.tq

    Reply
  20. mama yusrina
    July 24, 2010 at 9:25 am (4 years ago)

    salam. bagaimana nak tahu yang baby kita betul2 dah sembuh dari demam kuning? ada yang kata, najis baby kalau warna kuning baby tu masih lg ada kuningnya. air kencingnya kalau kuning pn tandanya baby tu masih ada kuning. kalau dari segi warna kulit mgkn x dpt nak kesan kut sbb warna kulitnya mmg warna kuning langsat! sila bantu ya.

    Reply
  21. darling
    July 26, 2010 at 6:07 am (4 years ago)

    anak saya tgh demam kuning ni…nak cuba minum air glukos la…harap dia cpt sembuh… :cry:

    Reply
  22. Die herbarium
    August 3, 2010 at 8:37 am (4 years ago)

    1. Mandikan bayi dengan air rebusan pokok Dukong Anak ( Phyllantus debilis ). Amalkan 1 hari dua kali untuk dimandikan. Anak saya pun pernah kena penyakit kuing

    Reply
  23. taf
    August 11, 2010 at 4:00 pm (4 years ago)

    salam..saya dah cube banyak perkara ..bagi anggur hitam..mandi dengan daun inai ..daun cermai ..bagi susu kambing..semuanya gagal..anak saya sekarang kena tahan kat wad dan duduk d bawah lampu biru..harap2 kawan2 semua jangan cuba sesuatu yang kita tak pasti akan kesahihannya..apa yang berlaku sekarang kulit anak saya menjadi hangus mcm terbakar dan waktu yang sama matanya masih lagi kuning..kesian..buatlah atas nasihat orang yang bertauliah..dan jangan lupa berdoa kepada allah..sesungguhnya dia maha penyembuh..tq

    Reply
  24. annie
    September 9, 2010 at 3:07 pm (4 years ago)

    masa anak kedua, mmg kena tahan wad sebab demam kuning sampai 15.5. mmg selalu ikut ckp doktor bagi susu badan tapi tak juga berkurangan. last2 saya jumpa artikel di internet. salah satu cara, stop dulu susu ibu, bagi susu tin. sambil tu, saya bagi juga air rendaman kurma.. tak lama lepas tu terus turun demam kuning baby sampai dia sembuh

    Reply
  25. ibu
    September 14, 2010 at 6:37 am (4 years ago)

    sy baru melahirkn ank sulung.dia disahkn penghidap G6PD dan pd masa yg sama mengidap dmm kuning.sy dithn di wad selama 5ari.dr sehari ke sehari bacaannya kuningnya makin tinggi sehingga 300.dah dok bwh lampu pun tp masih tk berubah,makin teruk.sy sedih sgt tgk keadaan ank sy yg tpaksa dok bwh lampu sambil menangis sepjg dbwh lampu.sy ingin tau mcmana nk mngatasi masalah ni.ada mana2 ibu yg pnh mengalami nsb sama cm sy hrp dpt kongsi sama2.

    Reply
    • nora
      August 21, 2012 at 6:08 pm (2 years ago)

      saya pun baru bersalin,tp alhamdulillah kuning ttp ada cuma tahap paling rendah,cuba ambil daun elovera letakkan atas dahi dia<mudah2an insyaalah sembuh

      Reply
  26. ibu
    September 14, 2010 at 6:51 am (4 years ago)

    dh cuba jemur bwh matahari,minum susu kambing n mandi air daun jambu tp masih tk ok mungkin sbb ank sy ada G6PD tu yg ssh nk baik kot.risau sgt…. apa patut sy lakukn lg.

    Reply
  27. mama zafri
    September 18, 2010 at 4:10 pm (4 years ago)

    salam…

    saya baru mendapat cahayamata ke 3 Feb lalu. 3 kali kena ulang hosp sbb jaundis ni..duduk bawah lampu..kuning turun..balik rumah naik balik…macam2 saya buat..nangis xberenti wlaupun anak ke 3..last bagi air halwa kundur (rendam)baru kurang..bagi saya kepada ibu bapa yang sedang mempunyai anak jaundis..berusaha lah dengan petua2 yg ada.( selagi ia x membahayakan baby).InsyALLah paling lewat hari ke 14 pasti hilang.( kalau xde apa masalah la ).kalau masih ada elok check darah n air kencing..
    unutk pengetahuan, kuning anak saya betul2 hilang selepas habis pantang..result air kencing mendapati anak saya kencing kotor..yg boleh memberi kesan kepada buah pinggang. walaupun saya menangis tau perkara tu tapi saya amat bersyukur..kerana prolong jaundis la saya tau anak saya ada masalah tu…tindakan pantas elak lebih serius dari hosp(antibiotik ) .alhamdulilah..anak saya dah 99 % hampir sembuh…kalau saya leka, xtau la apa kesan jangka panjang yg akan dihadapi..

    kepada ibu bapa lain..BERUSAHA…BERDOA..BERDOA…BERDOA DAN TAWAKAL..INSYALLAH..DIA AKAN BAGI PETUNJUK..apa puncanya…ada hikmah yg tersirat yg perlu kita lihat dia atas ujian diberikan..

    Reply
    • loving mama
      October 26, 2010 at 10:14 am (4 years ago)

      Syukurlah.. ia sangat menyentuh hati sayadan menginsafi diri ini…

      Reply
  28. Zai
    October 1, 2010 at 1:22 am (4 years ago)

    saya pun nak share la pengalaman anak yg ke dua ni ~ 6 hari saya di wad joundis, mcm2 petua saya cuba sengkuang cina, mutiara cina, buah kanda, hemopathy, mandi serai, daun hujan, belimbing buluh, kuchai, glukos, vitamin, susu kambing semua tak menjadi.turun kejap naik balik.. Last sekali saya jumpa doktor pakar kanak2 pada usia ke 12hari. Doktor suruh saya stop susu badan, bagi susu formula untuk 72jam sahaja.. Alhamdulillah masa tu SBC 249, dlm masa 2 hari dah turun ke 199 ~ Doktor kata susu ibu baik untuk anak akan tetapi masalah hormon yg berlebihan dalam kandungan susu ibu blh menyebabkan joundis anaknya tak turun2. ~

    Reply
    • niza
      October 16, 2012 at 8:22 am (2 years ago)

      betul, saya pun sama kes mcm tu. Dr pakar kanak2 siap bg baca buku yg tulis suruh stop sementara susu ibu.

      Reply
  29. mummy musalmah
    October 3, 2010 at 2:55 am (4 years ago)

    Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur sangat walaupun kelahiran kali ini yang kelima, setelah masuk dalam ruangan ini dan panduan yang saya baca melalui blog ini dapat banyak memberi panduan kepada saya untuk mencuba, tetapi juga ianya tidak dilupa dengan izin Allah semuanya.

    Baby saya deliver 25hb hari tu, then 27hb kami dimaklumkan bahawa kemungkinan baby kami akan ditahan di wad manakala kami boleh balik ke rumah tetapi kena datang semula untuk sesi penyusuan keesokkannya. Berbincang dgn suami, kami nekad untuk keluar jugak (sbb ank ke5-konon ada pengalaman nak buat cara kampung kot).

    Nah amik 30hb kena follow up jaundice baby naik ke 17, Ya Allah … Allah je yang tahu betapa risaunya kami.

    Nak tak nak kena tahan gak baby dengan condition saya yang tak berapa sihat. Sambil tu suami surf internet then terjumpala ‘ANDA SEMUA’, terima kasih sangat-sangat pada pendapat kamu semua.

    Sedikit air sengkuang dan alternatif air zam zam untuk baby dan glukos untuk saya minum berkemungkinan dengan izin Allah tersangat berkesan.

    Semalam jam 1615 mula testimonial tersebut then alhamdulillah baru sebentar tadi jam 0930 doktor terkejut dan tak sangka maklumkan pada saya yang jaundice anak dari 14.9 semalam mendadak turun ke 10.8. Allah sahaja yang tahu betapa seronoknya kami. So sekarang kami prepare untuk discharge ….

    Reply
  30. aien
    October 6, 2010 at 2:57 am (4 years ago)

    saya nya baby pun kena demam kuning…sy sendiri tak tau nak wat macamana…bila tgk laman web nie sy try minum glugos and sengkuang cina…sy paksa baby susu badan…tapi dia macam tak larat jer…kemam2…mcmana nak bg dia kuat menyusu balik yer…

    Reply
  31. Zailan
    October 15, 2010 at 2:10 am (4 years ago)

    Assalamualaikum rakan2 sekalian, mengikut petua orang-orang tua, bagi mengurangkan atau dalam sesetengan kes yang telah terbukti boleh menghilangkan terus penyakit demam kuning bayi, amalkan mandikan baby dengan mandian herba buah randa cina..buah ini boleh didapati di semua kedai ubat cina..ada kedai yang menjualnya secara paket (seperti uncang teh) dan ada yang menjualnya dalam bentuk buah (dikeringkan)..rebus dalam air panas dan guna air rebusan tersebut untuk mandikan baby..insya Allah, akan kurangkan tahap demam baby..selain usaha dan ikhtiar, iringi juga denga doa..kerana hanya Dia sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit..sekian.

    Reply
  32. loving mama
    October 26, 2010 at 10:20 am (4 years ago)

    Ank saudara saya ada jaundis 194 bacaan nya.. sekarang dia demam pula.. hari ini umur baby baru masuk hari yang ke15.. saya sangat risau.. saya dah ada 3 anak.. dan semuanya jaundis 3-5 hari sahaja.. ubatnya.. saya just on the breasfeeding nmandikan ngan air teh.. allhamdulillah….

    Reply
  33. mummy
    October 27, 2010 at 8:06 am (4 years ago)

    salam,
    saya just nak share my experience.. saya dah ada 2org anak. sorg lahir 2007 and sorg lagi 2008. Alhamdulillah 2 2anak saya tak kena demam kuning. Paling tinggi pun dlm 12 jer. pastu dlm 2 3 hari dah turu. just bawak baby pergi check up 2 3 kali jer. Apa yg saya amalkan, during last pregnancy stage tu, lebih kurang since 7months, amalkan minum air kelapa muda. tiap2 hari mesti saya minum sampai la dkt2 nak bersalin. baby yg keluar pun kepala elok jer.. takde berkerak2 kat kepala dia. then lepas bersalin n balik rumah, saya amalkan letak gel lidah buaya. ambik daun lidah buaya dr pokok tu, potong n koyak daun tu ambil gel dia, n letak kat dahi baby. bila gel tu dah kering gantikan dgn gel yg baru. gel ni boleh sejukkan badan baby n insyaallah kuning akan cpt turun. tablet homeopathy pun ader gak saya try sbb sedara yang kasik, now i’m expecting 3rd one by May 2011.

    Reply
  34. mama anie
    November 4, 2010 at 2:50 am (4 years ago)

    cuba bagi madu asli,campur dgn air mati atau letak sedikit ke dlm mulut baby.insyaAllah akan ada perubahan.

    Reply
  35. umi elly
    November 21, 2010 at 7:54 pm (4 years ago)

    semekom,
    anak saya ke 3 lahir 23 nov 2010 dan ada g6pd so kuning dia susah sket nak turun, saya try bg air anggur titis satu atau dua kat dlm mulut baby n mandikan baby dengan rebusan air belimbing.Alhamdullilah ada perubahan.

    Sesiapa ada pengalaman sendiri, family terdekat atau lain2 mengenai baby yang hidap g6pd boleh bagi info kat saya coz ni 1st time anak n family yg ada g6pd.Info blh email saya elly_suhana@hotmail.com

    TQ

    Reply
  36. ju
    December 1, 2010 at 8:23 am (4 years ago)

    salam semua …
    saya pun nak kongsi pengalaman ia nya terjadi pada my baby no.2 … kuning dia tinggi bila check di kelinik kesihatan .So kena tahan hospital… sebelum pergi GH ada nurse yg berpengalaman sempat bagi petua kat saya…
    Dia kata selalu bila baby kena kuning kebanyakkan ibu suka bagi susu badan lebih dari duduk bawah lampu .so dia sarankan biar baby duduk bawah lampu banyak berbanding menyusu….
    lepas saya amalkan petua tu demam kuning anak saya turun cepat dalam 3 hari dah boleh pulang kerumah…
    kadang-kadang baby demam kuning pasal darah ibu x sama dengan baby tu…
    tapi semasa baby kena demam kuning cuba mandikan air daun kucai dan bagi minum sengkuang cina dan elakkan dari memakan jamu ianya akan menaikkan demam kuning bayi… :roll:

    Reply
  37. needa
    December 2, 2010 at 1:35 am (4 years ago)

    salam…
    menyeksakan tengok anak kena jemur bawah lampu. Pulak asyik kena cucuk ambil darah.
    berkongsi pengalaman amat menarik di sini. Banyak yg saya pelajari tapi pengalaman dengan setiap anak amat berbeza.
    Anak yang kedua..alhamdulillah saya buat persediaan awal untuk mengelak terkena jaundis Saya telah ambil fyber sehari sebelum bersalin dan setengah jam sebelum makan selepas bersalin tetapi dengan kadar yang agak sedikit dahulu. Hasilnya memang berkesan. Tapi anak ketiga saya menghidapi tekanan darah agak tinggi. Kuning anak juga menjadi tak menentu. Semasa di wad, saya makan buah kundur sedikit demi sedikit dan menyusukan anak dengan lebih kerap. Alhamdulillah hanya semalaman di wad. Orang tua kata jangan pakaikan anak atau ibu baju berwarna kuning…betul tak betul pun saya tak tahu… :roll:

    Reply
  38. ABAH
    December 12, 2010 at 2:40 am (4 years ago)

    salam, mcm2 petua kita dengar. tak tau yg mana 1 betul. yang peliknya ada plak yg bertentangan antara 1 sama lain. masing-masing boleh bagi pendapat berdasarkan pengalaman. saya pun nak bagi pendapat gak, semuanya bergantung pada individu. kalau pada anak kita petua tu berkesan, tak smestinya pada orang lain berkesan jugak. pikir2 kan laaa…

    Reply
  39. Azlina Ina
    December 13, 2010 at 8:16 am (4 years ago)

    Salam,thanks pd semua..dgn membaca ruangan ini sy menjadi tabah..rupanya ramai yg kena duduk wad lama..mcm sy kena duduk wad 5 hari kemudian boleh keluar..rawatan susulan di klinik kesihatan kuning makin berkurangan…tapi baru2 ni ada ambil darah anak dan keputusan kuning makin tinggi….17.12.10 ni anak akan di xray untuk mengetahui masalah adakah berpunca dari usus atau hati…
    sedihnya hati ini..mmg selalu menangis bila mengenangkan anak pertama ini..banyak kali kena ambil darah..duduk bawah lampu…kecil2 lagi…kesian sgt2..
    Sy berdoa pada Allah semoga anak saya sihat dan tiada penyakit serius padanya.

    Reply
  40. ieda
    January 22, 2011 at 8:09 am (4 years ago)

    Akk nk cite pglmn akk.Akk dh ada ank 5 org n skrg tgh pregnant ank k-6.Jaundice memg menakutkan..akk jns drh O+ve…dktr ckp memg mudh ank kena kuning n sbb itulah ank ke 2(due thn 2000) n k-5 (due 2009) kuning terlalu tinggi pd hr pertama n hr k2 dh kena buat pemindahan drh.Memg sedih…ank yg lain kena jg tp hnya duk bwh lmpu je.Mgkn silp akk ambk mudh…mkn ikut dan..suka mkn maggie n jeruk.Tp dh bc dlm ruangan ni…akk nk cuba untuk minum glukos, mkn anggur hitam, kismis, kurma n soya disamping elakkan mkn mknn yg x berkhasiat. 8O

    Reply
  41. chuppakidz
    January 31, 2011 at 2:16 pm (4 years ago)

    salam, saya baru lahirkan anak kedua semalam 930 jan 2011).pagi ni dr bgtau anak saya g6pd. first time dgr & tak sure apa tu. rupenya kekurangan enzim dalam sel darah merah yang boleh buatkan sel cepat pecah daru tempoh matang. dr cakap ada jaudis sket tapi bacaan dalam “8”.But because of g6pd, kene tahan bawah lampu.sedih sgt! ni anak kedua – lelaki. yg kakaknya dulu takda papa! saya berdoa agar takda papa n boleh balik dah esok. amin!

    Reply
  42. mama aqil
    February 6, 2011 at 2:49 am (4 years ago)

    salam…masa mengandung anak pertama kena demam kuning n jangkitan dlm peparu..kena tahan hospital lebih kurang 2 minggu…mmg sedih tgk baby ari2 kena cucuk..n dok bwh lampu smpai menggelupas kulit dia..skrg tgh pregnant anak ke dua..insyaAllah due bln 3 ni..sempat lagi nk amalkan petua2 yg diberi kt sini…nk cuba minum air glukos, soya, n mkn anggur itam n kismis lah..harap2 tk kena kuning lagi..amiinn..terima kasih atas petua2 yg diberi..

    Reply
  43. Rakan Farmasi
    February 9, 2011 at 1:54 am (4 years ago)

    Akak orang Cina, jadi kami makan banyak halia sewaktu dalam pantang. Akak dengar banyak kenalan akak yang suggest jangan makan halia untuk 3-4 selepas melahirkan anak (bagi yang breastfeeding). Mereka kata halia ada elemen yang boleh dipindahkan kepada anak melalui susu ibu. Akak sudah ada anak sorang, yang kedua on the way- due April ni. Anak sulung memang tak dak masalah kuning, harap-harap Tuhan berkati anak yang kedua ni juga.
    Akak bersetuju sangat dengan saranan beberapa komentar di atas yang mengatakan bahawa kena banyakkan dan kerapkan bagi susu ibu. Memang betul tu…!
    Tapi bagi yang nak cuba petua minum glukos, akak sarankan amalkanlah dengan berpatutan kerana jangan pula sampai diabetes waktu mengandung. Nanti anak jadi terlalu besar kerana kandungan gula yang terlalu tinggi dalam badan ibu.
    Selamat mencuba..

    Reply
  44. ibu Danish
    February 9, 2011 at 1:41 pm (4 years ago)

    salam..

    saya pun nak kongsi pengalaman..pada mac 2010 saya melahirkan anak sulung..masa hari pertama ke klinik jururawat mengesahkan baby ada kuning 159 bacaanya..ada kawan syorkan bagi baby minum susu formula INFALAC..saya pun bagi baby minum..selang 2 hari, saya dtg perikasa ke klinik Alhamdulillah Kuning anak turun..dan tdk perlu pemeriksaan lagi..

    Reply
    • Mummy amani
      August 6, 2011 at 6:53 am (3 years ago)

      Susu enfalac?

      Reply
  45. shedah
    February 26, 2011 at 4:51 am (4 years ago)

    tq pd semua yang bagi petua….i will deliver on this april 2011……..Insya’allah…..dan akan cuba apa2 petua yang patut……kuning mmg menghantui semua kaum ibu……tp Insya’allah dengan usaha…….doa dan tawakal pada ALLAH penyakit ni akan hilang (sebenarnya menghantui diri saya jugak), my 1st baby dulu pun kena kuning…..saya menangis je…..xtau nak buat apa……susu xnak…air xnak….asyik tidur je…….byk jugak yang saya cuba…susu kambing….halwa kundur…..dan berakhir dengan air sengkuang cina….alhamdulillah……….berhasil…………

    Reply
  46. dramkah
    March 2, 2011 at 9:57 am (4 years ago)

    ECPI Boleh Mengubati ? BAYI SAKIT KUNING

    Rawatan penyembuhan. Dengan mengunakan PERUBATAN ELEKTRONIK dan ECPI dapat mencepatkan pemulihan hati dan seterusnya Bilirubin berwarna kuning iaitu bahan kumuhan bayi dibuang melalui pembuangan najis (kencing, pembuangan air besar, dan tahi mata)
    boleh tel saya 0123883660 dengan semurah rm20 untuk mengubati bayi sakit kuning

    Reply
  47. rovlizaru
    March 22, 2011 at 8:15 pm (4 years ago)

    Anak ptama sy kene kuning pd hari ke3 kelahiran.hari ke4 kene tahan di NICU dgn bcaan 292.slepas mamanye bg susu bdn dgn kerap,n sdikit susu kmbing,bcaan kuning baby drop kpd 262.tp sy msh blum mcuba ptua n cdgn d ats.mgkin cube titiskan anggur itam esk.hrp2 baby sy akn sht n cmel slps ni n discharge cpt dr NICU.tq.

    Reply
  48. damia syafiyah
    March 23, 2011 at 8:48 am (4 years ago)

    assalamualaikum..
    Saya nak berkongsi cerita ckit.. Saya baru melahirkan baby sulong saya 11mac2011..
    12mac bayi saya muntah2.. Terus kene thn wad..
    13mac bayi saya kene kuning lak.. Saye x smpt nak bw baby saye blk umah..
    14mac doktor kate, baby saye mengalami mslh jantung berlubang..
    Bayi saye kene thn kat hsptl sampai 16mac..
    Mase balik umah nmpk cam kuning lg.. Saye x berani nak bg ape2 sbb babyi saye ade mslh jantung.
    19mac kene masuk wad blk sbb kuningnye naik blk..
    20mac boleh balik .. Tapi kuningnye mcm ade lg.. Saye sedih sgt2..
    Mlm tu suami saye bg bayi saye minum spirulina. Sbb org kate, spirulina baik utk bayi yg ade mslh jantung..
    Esoknye kuning anak saye dah ilang.. Alhamdulillah.. saye x taula sbb spirulina atau sbb lain..
    Tp cubala ye.. Manela tau berkesan..

    Reply
  49. eda
    April 9, 2011 at 2:11 am (4 years ago)

    salam..
    anak ptama n anak ke2 saya pn tkena demam kuning.mcm2 cara yg saya buat.ape je org srh buat kami buat.anak ptama 2x msk wad krn kuning.risau sgt rsnya nasib xlh tinggi sgt bacaan smpi kna tukar drh.anak ke 2 pn mcm 2 jugak.org kata anak lelaki kuning ssh nk trun ckit bbanding anak pmpualn tpi ntahlah.anak saya dua2 lelaki.anak2 saya btul2 hbs kuning bla saya hbs pntg.kesian..selalu kna amik darah…
    kadang2 petua ni bkn semuanya serasi dia bgantung gak pd baby tu…
    ade kwn bg petua…bg anak mnum air gula ( gula bncuh ngan air ).tpi jgn bncuh mnis sgt.
    bncuh sebaik rs mnis je…lbh kurang rs air glukos je…ank kwn hmpr2 tukar drh tpi setlh dia bg air gula tu..trus bacaan turun n x jd tukar drh…
    saya jg pnh cube.kuning anak dr 15.3 trun ke 10.blhlh mncuba

    Reply
  50. nadea
    July 23, 2011 at 4:28 pm (3 years ago)

    saya pon nk kongsi pengalaman ..anak pertama ari ke-4 check up tgok2 ade kuning ..reading 10.1..sebelum tu, sya x dpt nk bfeed pasal xde susu..so saya bg susu formula dibanuh dgn air zam zam, ari ke -5 bcaan kuning turun ldgik 9.8, pastu 7.3 dh last skli 3.8..alhamdulillah syukur sangat pasal x kena tahan wad..air zam zam mmg air terbaik di dunia n penyembuh penyakit… ;)

    Reply
  51. rahimah
    July 24, 2011 at 8:31 pm (3 years ago)

    Nadea,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi petua. Petua mengatasi jaundice mm ramai yg cari. So sape-sape yang nak share post aje kat sini supaya ramai orang boleh baca dan sebarkan.

    Reply
  52. yati
    August 4, 2011 at 3:58 am (3 years ago)

    salam…petua yang boleh dicuba untuk mengubati kuning di kalangan bayi yang baru lahir :
    1. ibu minum susu anmum lacta dan susukan bayi sebanyak mungkin. petua ni nurse yang bagi masa anak kedua saya kena kuning. alhamdulillah hari kelima dah sembuh…
    2. mandikan baby dengan air rebusan kacang bendi dan daunnya setiap hari…insyaallah…

    Reply
  53. hannah
    August 9, 2011 at 6:29 pm (3 years ago)

    ank pertama saya kena jaundice..sy bg minum air tebu hitam..hujung2 sudu je…alhamdulilah esoknya da blh kuar wad..bacaan agak tggi jugak masa admit sbb saya darah o-ve..

    ank ke-2 plak sampai tukar darah masa hari ke-3…..lepas tukar darah pon still x turun jugak..saya bg susu kambing..sikit je dlm 1ml…lepas tu agaknya baby panas kot minum susu kambing..so dia nak minum bf je…tu yg kuning terus turun..p/s pada pendapat saya susu kambing tu hanya nk merangsang bayi minum susu ibu je..sbb dia jadi dahaga kot..bila dia byk menyusu..dia akan kerap kencing dan berak..secara tak lgsg menyingkirkan bilirubin dalam darah..

    Reply
  54. nikhalid
    August 12, 2011 at 8:56 pm (3 years ago)

    :( cam mn eh?nes kt ank sy kunig sy xtau pe nk buat….tp sy nk cba cr brubat can yg semua ckap tol ker td ni…?

    Reply
    • rahimah
      August 12, 2011 at 11:43 pm (3 years ago)

      Try aje mana yang boleh, kalau serasi tak payah nak masuk hospital sebab sedikit sebanyak bila baby kena kuning proses ibu yang berpantang sedikit terjejas.

      Reply
  55. angel
    August 15, 2011 at 4:44 am (3 years ago)

    dah masuk 1 bulan anak sy demam kuning, mula2 bacaan kuningnya 13.3,pas2 11.7,9.7 tiba2 naik 11.3 turun plak 8.7 & 7.8,sampel darah & air kencing dah diambil dan keputusnnya ok. g6pd ok..sy risau sgt..x tau nak bt apa2.sesiapa yg adda pglaman,kongsikanlah….

    Reply
  56. Zareckh
    August 15, 2011 at 12:33 pm (3 years ago)

    Bayi saya 3 minggu yang lalu telah lahir,
    Di Rumah Sakit Bersalin dinyatakan kena Sakit Kuning, penglihatan saya memang warnanya bayiku kuning, dan setelah 2 hari proses kelahiran itu dan keluar rumah skt bersalin tsbt, lalu merujuk ke Dokter Spesialis anak, dan aku bawa ke dokter spesialis itu, malah hanya dilihat saja dan dinyatakan PENYAKIT KUNING AKUT…kata dokter tsbt, ( masa’ cuma dilihat dan bilang PENYAKIT KUNING AKUT… gitu aja ongkosnya Rp.100.000,-.) ..dan diputuskan untuk di rujuk ke suatu RS..yg peralatannya lengkap ( ada sinar birunya )…, ahhhhh…. bayiku tidak aku bawa ke rmh sakit yg dirujuk tsbt,
    yaaaa….biasa saja disusi ibunya, dengan aku pantau kencing dan beraknya… normal2 saja, dan kalau pagi antara jam 7 – jam 9… bayiku aku jemur di sinar matahari dengan tanpa pakaian, … tapi tetep kita awasi… takut nanti dibawa kucing…, dan usia 5 hari sudah dikasih makan pisang Gajih ( pisang KEPOK merah ) yaaa alhamdulillah… kuningnya tambah hari tambah hilang… dan di minggu ke 3… ALHAMDULILLAH….. warna kuningnya…benar2 hilang dan bayiku gemuk montok… tanpa harus kost di Rumah Sakit…., inilah pengalamanku tentang bayiku…. yang kuberi Nama ” Aqeela Rofi’ah Safa Yusrina ” 27 – JUli – 2011 ”

    gak usah panik klau bayi Anda berwarna Kuning…. itu emang kadang wajar2 saja kok….
    aku mulai kecil sdh sering mengawasi kondisi bayi… walau aku bukan ahlinya… tapi kalau urusan warna kuning pada bayi..gak usah dirisaukan… Salam.

    Reply
  57. ct_niz
    August 25, 2011 at 1:09 pm (3 years ago)

    salam,
    bby sy pn kne kuning gak
    mcm2 dh cuba
    air sengkuang cina, daun belimbing buluh, jemur pg2, air herba cina
    tp bacaannye ttp xtrn
    ms discharge ward after 3 days kt c2 bacaannye 150
    soknye naik177
    next day naik lg 214
    n then naik lg 228
    tp arini dh turun 210
    even xbyk tp dh cukup wat sy lega
    pe yg sy wat is back 2 basic, bagi susu ibu byk2
    sy perah susu n paksa die mnum pki sudu
    bg setiap setengah jam
    klu bg direct bfeed, mmg die xmau isap
    alhamdulillah, susu ibu mmg terbaik…

    Reply
  58. rahimah
    August 25, 2011 at 10:28 pm (3 years ago)

    ct,

    Susu ibu memang yang terbaekkkk :)

    Reply
  59. lyn
    September 5, 2011 at 9:04 am (3 years ago)

    saya bakal bersalin mac tahun 2012. takutnya bila fikirkan kuning. tambahan pula saya di luar negara, jauh dari orang tua…saya dan suami muda dan xtahu apa2 ttg bayi..ini anak kami yang pertama. Terima kasih atas semua petua…mana yang rasanya makanan segar, boleh la cuba.. kalau saya yang makan, saya berani..tp kalau nak bg baby makan, isap2..rasa takut pulak… kalau mandikan juga saya takut, sebab saya ada eczema, takut baby yang bakal lahir pun ada, so, org eczema ni kulitnya sensitif…

    Reply
  60. amrazd90
    September 6, 2011 at 7:05 am (3 years ago)

    alhamdulillah cahaya mata ke-4 telah selamat dilahirkan dan masalah Demam Kuning tetap ada…walaupun masih sudah tau cara yang amat berkesan mengurangkan masalah ini tapi untuk cahaya mata ke-4 nie kami dapat petua dari abang long saya…iaitu “Perahan Buah Anggur Hijau”

    Reply
  61. Nora
    September 14, 2011 at 2:30 am (3 years ago)

    salam…
    saya konfius skit la…anggur hijau @ anggur hitam yang berkesan?insyaAllah,saya jangka lahirkan baby Mac 2012…takut gak pasal demam kuning ni…

    Reply
  62. aisy
    September 15, 2011 at 3:34 pm (3 years ago)

    pengalamn kakak sy plak, pd siang hari jgn pakaikn baby pampers…pakaikn lampin kain sj..so klu dia buang air besar @ kecil dia akan bangun n myusu bdn..so baby xla tido sj…kbayakn baby mgalami kuning sbb tido n xmahu myusu….

    Reply
  63. rahimah
    September 15, 2011 at 3:45 pm (3 years ago)

    Aisy,

    Pampers sebenarnya kurang mesra baby.Faham aje la sb ada bahan kimia kan :)

    Reply
  64. wawa apeer
    September 17, 2011 at 11:00 am (3 years ago)

    anak sulung lahir pada10/09/11…last thursday nurse cakap baby ade kuning…risau sgt coz anak sulung..1st pg spital bacaan 236,pgtadi naek lagi 245…macam mane ..risau sgt..xsmpai hati tgk baby yg kecik mcm tu kene cucuk amik darah… :cry:

    Reply
  65. macherz
    September 19, 2011 at 1:19 pm (3 years ago)

    saya baru bersalin 1st baby mse bulan pose ritu…skang baby da sbulan tp jaundice die still xok..mule2 readg die 253..mse kua spital 130…n last cekup 97..baby sy g6pd n sy drah O+VE ..esk nie cekup lg tuk jaundice die…hrp2 trun bnykla.. some petua da try tp xok lg…huhu…

    Reply
  66. rahimah
    September 20, 2011 at 1:29 pm (3 years ago)

    Macherz,

    Kena bersabar banyak-banyak

    Reply
  67. siti
    September 25, 2011 at 8:50 am (3 years ago)

    salam..sy pn just nk kongsi jg pgalaman ank ptama kna jaundis..teruk admit wad 3hari.bayi xnak susu ibu.sedih sgt..kluar wad terus amalkn mandi ank dgn air tea bag.tu je sy amalkan.memandangkan sy kekurangan susu badan..dh mcm petua nk tambahkn susu,tp xmjadi..ni sy nk cri petua elakkn ank jaudis lg coz thn depan ank ke2 coming soon..alhamdulillah

    Reply
  68. rahimah
    September 25, 2011 at 3:43 pm (3 years ago)

    Terima kasih Siti .Rasenya ramai pembaca yg telah mencuba tips-tips yg ada kat dalam post ni..alhamdulillah sesiapa saja yg rasa ia boleh di kongsi silakan bagi komen anda

    Reply
  69. ruby
    September 27, 2011 at 4:56 am (3 years ago)

    salam..
    saya nk tny ank sy kena jaundice tp bacaan 6.8 ari ke 14.dr ckp kuning dh takde sgt.anggur itam tu nak bg bape kali sehari?risau sy dibuatnye..tolongla sy..

    Reply
  70. amrazd90
    October 6, 2011 at 4:19 am (3 years ago)

    ruby: kalau kuning dah kurang tu baik terus bagi baby minum susu ibu dengan banyak…tu yang terbaik dan tak payah le nak guna anggur hijau @ itam… sbb yang guna perahan anggur nie bila bacaan kuning semakin naik tinggi…

    Reply
  71. abah jame
    October 20, 2011 at 6:40 pm (3 years ago)

    abah jeme,

    anaik kami ketiga ini kena masuk wad pasl kuning,kasian baby kena ambik darah2k sehar

    Reply
  72. ita84
    October 24, 2011 at 4:23 am (3 years ago)

    anak sy still ada kuning lg kat mata..tp xbyk..risau dibuat nye..sbb dh nak sebln dah..kuning still ada lg..sy telah cuba petua bg susu kambing,mandi teh herba cina dan minum air halwa kundur..tp kat mata still ada kuning lg..wpun anak saya fully breastfeed tp kuning kat mata xnak hilang gak..ni anak pertama..so sy mitak kalo2 ada petua lain dan merbahaya ke kalo kuning ada lg kat mata?

    Reply
  73. amrazd90
    November 11, 2011 at 4:53 am (3 years ago)

    Buat ibu-ibu yang masih risau akan masalah demam kuning ini saya sekali lagi syorkan menguna kaedah yang saya guna untuk akan ke-3 dan ke-4 sebab anak saya semua darah jenis “0” dan masalah kekuningan ini dah jadi satu kebiasaan sebab semua anak saya akan mengalaminya..

    saya berkongsi link ini semoga ibu-ibu diluar sana usah risau lagi…insyallah ada ubatnya…
    http://amrazd90.blogspot.com/2011/09/alhamdulillah-awang-muhammad-izzat.html

    cara pengunaannya:
    http://amrazd90.blogspot.com/2010/04/berkongsi-rahsia-mengurangkan-demam.html

    Reply
  74. mama amirul
    November 16, 2011 at 8:44 am (3 years ago)

    anak sulung saya dilahirkan pada 03.02.2010 dengan berat hanya 2.36kg sahaja.hari ketiga hubby bawa baby ke klinik untuk diambil darah utk kesan samada ada demam kuning atau tak.result yang diperolehi 177 UMOI/L.maknanya mmg ada kuning so kena repeat hari keempat.Result hari keempat 181 UMOI/L.nurse minta repeat semula untuk hari kelima.hari kelima demam kuning anak saya makin naik mencecah 325 UMOI/L.terus baby kena refer ke hospital untuk mendapatkan rawatan.hati ibu mana yang sanggup tgk anak yang baru 5 hari dilahirkan di tempatkan di hospital semula.meraung juga saya pada saat hubby balik minta saya packing barang baby untuk dihantar ke hospital.di hospital saya dimaklumkan terdapat juga wad untuk ibu-ibu yang bayi ditahan kerana jaundis tp saya dinasihati oleh nurse yag bertugas supaya tinggal jer baby di hospital dan saya balik berpantang dirumah kerana kebanyakan ibu-ibu yang tinggal di wad semasa baby mereka mendapatkan rawatan akan mengganggu rawatan jaundis tersebut.berat juga hati saya untuk meninggalkan baby yang baru berusia 5 hari.setiap hari saya akan ke hospital tersebut untuk menyusukan baby.saya juga akan membekalkan susu yang telah diperah untuk bekalan baby pada waktu yang saya ttidak dapat ke hospital.semasa saya ke hospital tersebut saya curi2 untuk memberikan baby air perahan sengkuang cina yang di campur air zam-zam.alhamdulillah dengan keizinan Allah,selepas 3 hari 2 mlm baby ditempatkan di hospital akhirnya baby dibenarkan pulang.doktor yang merawat baby pun agak hairan dengan keputusan bilirubin baby cepat menurun dari 325 UMOI/L ke 152 UMOI/L.apa pun ikhtiar yang kita lakukan,tak salah sekiranya kita mencuba rawatan hospital ataupun traditional.saya amat memahami perasaan ibu-ibu yang baby mengalami jaundis.

    Reply
  75. mama afi danish
    November 22, 2011 at 12:45 am (3 years ago)

    assalamualaikum… baby saya pun ade demam kuning ni.. kelmarin (baby hari ke 9) bacaan naik lagi (202 -> 221)..smlm ade bagi sengkuang cina..pagi ni nak bt sengkuang cina + air zam-zam pula ikut petua mama amirul ni.

    Reply
    • mama amirul
      December 6, 2011 at 4:03 am (3 years ago)

      assalamualikum

      mama afi danish,

      saya doakan baby mama sihat? apa perkembangan baby sekarang?mcm amirul dulu doktor pakar yang merawat dia masa jaundis kata kalau berat bwh 2.5 kg mmg mudah kena jaundis….saya fhm perasaan mama afi danish….amirul dulu pun hampir2 di tukar darah d sbbkan jaundis yang tinggi…Alhamdulillah keizinanNya mengatasi segalanya….

      Reply
  76. papa risau
    December 2, 2011 at 3:29 pm (3 years ago)

    Salam..bby sya berumur 17hari n bacaan kuningnye 3hr lps 182..tp yg merisaukan saya kuningnye turun sikit sgt..hari ke4 163,selang 2hari turun 150 n then naik mnddak 203 pastu turun 193 tu pn dlm mse 3 hari..ape yg perlu say buat?

    Reply
  77. lady za
    December 9, 2011 at 3:53 am (3 years ago)

    assalamualaikum….
    saya terpanggil untuk berkonsi pengalaman.saya br selamat melahirkan anak yg ke2.kedua-dua ank tidak mengalami penyakit kuning.nasihat saya,kurangkan atau elakkan terus makan-makanan yg kurang berkhasiat seperti keropok segeraatau baut sendiri seperti kerepek pisang,ubi kayu @keledek.,banyakkan makan sayur-sayur dan buah-buahan.kalau pun teringin,ambil dalam kuantiti yang sedikit.cuba pujuk rasa teringin untuk makan dengan ingat akibat yang akn diterima oleh anak.jangan kerana kita,anak yang menanggung kesannya.

    Reply
  78. ibu
    December 17, 2011 at 4:38 pm (3 years ago)

    anak2 saya smua lahir ada kuning yg agak tinggi dan saya berikan rendaman ubat homoepati doktor azizan keluaran era edar. memg khas untuk baby demam kuning. .kuning anak2 sy akan turun dgn mendadak setlh minum air rendaman tersbt. InsyaAllah berkesan diiringi dgn doa.

    Reply
  79. rahimah
    December 23, 2011 at 11:27 pm (3 years ago)

    ibu, terima kasih sudi berkongsi.boleh cuba

    Reply
  80. wanstan
    December 28, 2011 at 8:58 am (3 years ago)

    salam..cer cuba mandikan dengan air rebusan buah bunga..leh beli kat kedai ubat cina..InsyaAllah berkesan

    Reply
    • mama arissa
      August 9, 2012 at 6:36 am (2 years ago)

      :( sy dah bsalin ank ke 5 …darah o +ve. semua ank sy ada mslh kuning tp x smpi msk wad…. akn turun hari ke 7-8. mslhnya ank ke 5 ni semkn hari semkn naik . pelbagai petua dah cuba, ubt hmpty, mndi limau nipis, titis anggur, mndi daun belmbg… ss bg 2 jam skali walau ank tido perah ss ms dlm btl bb hsp jgk, brk kerap sampi skt hati bila nurse kt ank x ckp ss… last2 hr ke 8 msk wad jgk sbb dah 290. sodisnya… so rumusannya petua tu blh cuba tp bgntg pd bb kita. sesuai ke tak….. tq

      Reply
      • azreen
        August 11, 2012 at 12:44 pm (2 years ago)

        salam…anak saya dah 22 hari…still kuning,.mmg menyusu susu ibu jer…hari ke 19 baru ni cek 176…ntah bila nak turun…tension sy

        Reply
  81. nora
    August 21, 2012 at 6:30 pm (2 years ago)

    askum selamat hari raya dari abah aliff senior & junior naufal dan nufail terbaru aliff…..!,saya ber mcm2 kwn bg petua,mari kita kongsi bersama..
    1.rebus air daun pokok hujan,biasanya byk terdapat di kaw rumah jiran2 kita org cina.buat mandi pada baby.
    2.lumatkan sengkuang cina yg buahnya kecil mcm bawang rebus buat mandian baby.
    3.daun bunga raya dan biji selasih ramas dan mandi pada waktu tgah hari sahaja,
    4.selepas baru sahaja lahir terus suapkan madu lebah du tiga titik ke dalam mulut baby.
    5.buah kurma yg direndam dlm air zam dibagi mkn baki buahnya dan air dibut sebagai celum di badan dan kepala ubun2 baby.
    6.ibu yg memasuki 9 bulan kalau boleh xyah la mkn apa jua makanan yg bersamakan dengan kunyit,ia mempengaruhi bayi tersebut dlm kandungan.
    7.selepas saja bersalin minta lah sibapa membaca al-fatihah sebanyak 7 kali dan dihembuskan pada badan baby selepas azan dan qamat.
    8.jgn biarkan baby tidur berpanjangan yg terlalu lama,biarkan dia menangis,dan susukan kerna ia akan membuang toksid atau kekotoran dlm badan baby.
    9.semasa dirumah lebih baik baby tidur bersam ibu menghadap ke kiblat,itu kan sunat,jika sunat kita amalkan maka ada hikmah dan faedahnya.
    selamat mencuba untuk kebaikan baby kita semua

    Reply
    • Eda
      August 27, 2012 at 4:03 pm (2 years ago)

      Saya baru 20 hari melahirkan anak ke-4. Mmg semua anak saya Kene tahan wad sebab kuning. Sampai Skrg baby saya masih kuning dan Dr minta sampel kencing baby
      esok. Katanya Kalau lebih 2 minggu kuning baby ada masalah kencing kotor. Di sini saya nak tahu apakah kesan kencing kotor kepada baby? Tq.

      Reply
  82. Siti
    October 3, 2012 at 9:33 am (2 years ago)

    Salam
    Saudari, glugos tu ape? Dah search xjmpa. Is it glucose yang bekas kaler biru tu? Yang manis tu?

    Reply
  83. Aldina
    November 2, 2012 at 6:32 am (2 years ago)

    semasa kandungan masuk 8 bulan amalkan minum air barli kosong tanpa gula..jadikan air barli sebagai minuman harian anda…anak mmg x kena jaundis.petua keluarga mentua.saya amalkan semasa mengandung..kelima-lima nak saya tak kena jaundis langsung.

    Reply
  84. Jue Fadlee
    May 12, 2014 at 3:17 pm (6 months ago)

    Ibu afina..Salam..sy nk tnye mcm mna kte nk tau bby kte dh xde kuning..sy dlm pntang dh 26hri tp muke bby msh lg nmpk kuning..skrg nie sy ngh tgu keputusan drah prolong jaundice ank sy dr dktor 23hb nti br tau..tlg bntu sy ibu2 semua..

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender