Kes penceraian Roslin Hashim…kenapa jadi begini ?
Pada Jumaat lepas ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada membaca tentang kes penceraian pemian badminton negara, Roslin Hasyim.
Membaca apa yang di laporkan oleh akhbar menyebabkan saya menggelengkan kepala.
Menurut Roslin, walaupun beliau tidak mahu menyatakan sebab sebenar tetapi dalam pada itu Roslin mengatakan yang beliau tidak di layan sebagai seorang suami.
Malah walaupun beliau telah memberikan peluang kepada bekas isterinya selama seminggu , tetapi tiada perubahan berlaku.
Akhirnya Roslin mengambil keputusan untuk berpisah setelah berkahwin selama tak sampai sebulan.
Kenapa jadi begini? Mungkin Roslin ada sebabnya tersendiri tetapi pada pandangan peribadi saya…kes seperti ini tidak seharusnya berlaku.
Sekarang semacam menjadi trend( selebriti la sebab mereka ni orang kenal ) bercinta 10 tahun, kahwin 9 hari. Kahwin sebulan lepas tu bercerai.Nampak seperti berumahtangga itu seperti perkara main-main.
Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum lagi mengenali pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah dengannya. Masa itulah bari kita boleh tahu apa sikap dan sifat sebenar, buruk dan baik perangainya. Itulah sebabnya kita perlu sikap bertolak ansur.
Memang akan ada perkara yang kita tidak suka pada pasangan kita tetapi anggaplah bahawa ada juga sikap kita yang tidak di senangi oleh pasangan . Jadi adjustlah . Orang yang pendiam selalu dapat pasangan yang kuat berceloteh begitulah juga sebaliknya.
Sebab itulah jika saya membaca akhbar dan interview artis yang mengatakan mereka telah mengenali pasangan mereka dan rasa bahagia tapi belum duduk serumah saya selalu tersenyum.
Jadi salah satu dari petua untuk hidup bahagia dalam rumahtangga ialah dapat bertolak ansur dan menganggap pasangan anda adalah yang terbaik buat diri anda sendiri. Kita sendiri yang memilih dan kita sendiri yang mencorakkan rumahtangga kita.
Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari kes ini.
Kak Rahimah



