Rahsia IQ kanak-kanak bijak
Beberapa minggu lepas, saya ada terbaca email mengenai mengapa kajian seorang lecturer ( tak silap saya la ) kenapa orang yahudi bijak-bijak belaka . Ia mengenai cara orang yahudi melatih bayi mereka sejak dari janin lagi.
Mengikut email tu yang saya ingat ada beberapa sebab.Pada pandangan saya apa yang di amalkan oleh orang yahudi sebenarnya ada di sarankan dalam ugama kita sendiri. Tapi kita yang mungkin tidak mengamalkannya.
Saya antara ingat-ingat dan lupa cuba turunkan di sini. Kalau ada sapa-sapa yang terima email tu boleh tambah ye
1.Ibu-ibu mengandung sering menyanyi dan bermain piano.Si bapa pula akan membeli buku matematik untuk di selesaikan bersama si ibu tadi. Tujuannya untuk meransang otak janin supaya menjadi genius.
2.Dari kecil lagi anak-anak yahudi di ajar makan kacang badam dan korma bersama susu.Zat besi dan kalsium dalam kurma menggalakan pertambahan susu ibu . Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi mereka …..bukan susu formula ye
3.Mereka juga tidak makan kepala ikan cuma dagingnya sahaja sebab isi daging ikan baik untuk perkembangan otak. Kepala ikan pula mengandungi bahan kimia yang merencatkan perkembangan otak sejak dari kandungan.
4.Sebelum hidangan utama, mereka akan makan buah-buahan dulu bukan makanan mengandungi karbohidrat (seperti nasi dan roti) sebab makanan ini akan menyebabkan cepat mengantuk.Oleh itu tumpuan pada pelajaran terutama sekali kanak-kanak lemah dan payah untuk mengingati pelajaran.
5.Anda tidak di benarkan merokok dan akan di minta keluar kerana asap rokok boleh mencacatkan janin dalam kandungan.
6.Sejak dari awal persekolahan kanak-kanak yahudi akan di tekankan matematik berkonsep perniagaan dan subjek sains di beri keutamaan.
7. Dai segi sukan acara memanah, menembak, berlari . Memanah dan menembak melatih otak fokus pada sesuatu. Ia juga mempersiapkan generasi mereka untuk perkidmatan negara.
Yang lain-lainya saya tak ingat tapi insyaallah saya kan sambung jika berkesempatan. Saya rasa ramai yang dapat email pasal iq bijak ni.
Kesimpulannya untuk mendapat bayi anak yang bijak mestilah di lakukan dari awal, seawal dalam kandungan. Jadi pada anda masih mengandung eloklah amalan ini di lakukan mulai dari sekarang. Ambil yang baik saja dari mereka ( mereka yang tiru sebenarnya ).
Saya sedang mencuba sejenis makanan tambahan yang mengandungi bahan-bahan yang merangsang otak anak-anak. Insyaallah akan saya umumkan nanti kebaikannya untuk anda semua.
Kak Rahimah



