Kes penceraian Roslin Hashim…kenapa jadi begini ?

 

Pada Jumaat lepas ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada membaca tentang kes penceraian pemian badminton negara, Roslin Hasyim.

Membaca apa yang di laporkan oleh akhbar menyebabkan saya menggelengkan kepala.

Menurut Roslin, walaupun beliau tidak mahu menyatakan sebab sebenar tetapi dalam pada itu Roslin mengatakan yang beliau tidak di layan sebagai seorang suami.

Malah walaupun beliau telah memberikan peluang kepada bekas isterinya selama seminggu , tetapi tiada perubahan berlaku.

Akhirnya Roslin mengambil keputusan untuk berpisah setelah berkahwin selama tak sampai sebulan.

Kenapa jadi begini? Mungkin Roslin ada sebabnya tersendiri tetapi pada pandangan peribadi saya…kes seperti ini tidak seharusnya berlaku.

 Sekarang semacam menjadi trend( selebriti la sebab mereka ni orang kenal ) bercinta 10 tahun, kahwin 9 hari. Kahwin sebulan lepas tu bercerai.Nampak seperti berumahtangga itu seperti perkara main-main.

Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum lagi mengenali pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah dengannya. Masa itulah bari kita boleh tahu apa sikap dan sifat sebenar, buruk dan baik perangainya. Itulah sebabnya kita perlu sikap bertolak ansur.

Memang akan ada perkara yang kita tidak suka pada pasangan kita tetapi anggaplah bahawa ada juga sikap kita yang tidak di senangi oleh pasangan . Jadi adjustlah . Orang yang pendiam selalu dapat pasangan yang kuat berceloteh begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah jika saya membaca akhbar dan interview artis yang mengatakan mereka telah mengenali pasangan mereka  dan rasa bahagia tapi belum duduk serumah saya selalu tersenyum.

Jadi salah satu dari petua untuk hidup bahagia dalam rumahtangga ialah dapat bertolak ansur dan menganggap pasangan anda adalah yang terbaik buat diri anda sendiri. Kita sendiri yang memilih dan kita sendiri yang mencorakkan rumahtangga kita.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari kes ini.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , | Trackback
  1. RKC says:

    As’kum Puan Rahimah,

    Saya setuju dengan Puan Rahimah, apabila kita berkahwin , pasangan kita adalah rakan kongsi kita so kita kena “kongsi” semua dengan menerima kelemahan dan kebaikan dia seadanya. Tiada manusia yang sempurna…

  2. rahimah says:

    Betul tu RKC,…Terimalah dia seadanya…perkara yg tak boleh di selesaikan, jumpa dgn saudara kita ke (pihak ke tiga yg pasangan kita respect supaya boleh di bawa berbincang).

    Insyaallah..

  3. LINDA says:

    12 hari terlalu awal untuk menilai seseorang…bagilah masa untuk sesuaikan diri..penceraian bukan jalan terbaik…walaupun halal, tapi dibenci Allah…kita pun bukan la perfect sangat sehingga kita perlu dapat suami/isteri yg perfect….

  4. hivu says:

    roslin darai

  5. candos says:

    tempoh seminggu adalah terlalu awal untuk menilai seseorang….nak pulak jodoh yang diaturkan oleh orang lain….

  6. zeti says:

    Petang semalam dalam perjalanan pulang ke rumah dari ofis, suami saya buka siaran radio BERNAMA segmen Kerpan (Kerusi Panas). Tetamunya Roslin Hashim. Topiknya pasal kes dia la ni..kahwin 12 hari pas tu bercerai. Dalam temuramah tu, dia ada menyatakan dia seorang yang penyabar. Pas tu dia ckp 10 hari adalah masa yang cukup buat dia bersabar dlm hidup berumahtangga. emm…pelik bunyinya. Nampak sgtlah dia tu bukan org yang penyabar. Hidup berumahtangga adalah kehidupan yang sebenarnya dan ia lain dari kehidupan masa bercinta.

  7. adwan says:

    Apa ni ?….Usia dah separuh abad..masih belum mengerti lagikah.?..Kawin dia buat main main… baik jangan kawin. Buat malu ja..Macam mana nak mewakili negara ,nak selesai masalah sendiri pun tak boleh.

  8. kassim selamat says:

    apo kono ne jang janganlae terburu fikir dolo kawin jgn buat main moh,segala perbuatan kite ne akan diperhitungan didepan Allah kena ingat ,kena fikir jangenlah ikut hati

  9. lela says:

    saya bersetuju dengan pendapat diatas..ikatan perkahwinan bukan sesuatu ikatan ygn main2.jgn buat keputusan yg tergesa2.fikir dulu sebelum buat tindakan.

  10. cengkree says:

    sy rasa x yah becinta lama lbh baik… sbb masa becinta pasangan tunjuk yg baik jer, tp bile dah kawin nampak yg buruk plak. tu yg pasangan x dpt terima…terkezuttttt beb

  11. ayu says:

    tak patut langsung roslin ni.
    berbincang lah dulu baru buat keputusan. saya setuju ngan forumer kat atas dalam masa 10 hari atau 12 hari belum cukup untuk kita menilai org…

  12. yahya arif says:

    Siapa Raja Azmi? Lawyer, mejestrit Awal awal dah mempunyai bukti luar dan dalam pengantin?.Hal suami isteri orang lain tak payahlah sebok-sebok.
    Keputusan dah dibuat.Tunggu sajalah akibatnya.Hal cerai ini bukan boleh dibuat main-maain.Sendirilah mau ingat

  13. ana says:

    saya cukup terkejut bila kenyataan Raja Azmi, siapa dia untuk menceritakan aib pasangan itu..dan roslin pula cukup dayus bila menceritakan kisah dalam kain dengan orang yang dianggap kakak. tolonnglah en. Roslin awak bukannnya malaikat untuk melihat dan menilai kelemahan orang dalam usia perkahwinan yang hanya berusia 12 hari, adakah anda sudah cukup sempurna dari pandangan ALLAH swt.. segala kekurangan itu adalah dari kita sendiri, dan yang sempurna itu adalah datangnya dari Allah.. Ingat balasan bagi yang menginaya orang amat lah berat.

  14. jenna says:

    memana btol raja azmi tu mengalahkan ibu mertua yg jahat..cara bercakap pun dah tahu orgnye jenis mcm mana..awat dia ingt semua pompuan macam dia kot.. mlm pertama dah boleh kona lipat…x cek oi…

  15. nm says:

    tadi dgr radio 24, jalani sidek n raja azmi kat studio.. ada ke patut si raja azmi ckp dia mmg rapat ngan roslin, penah makan sepinggan n anggap cam boifren gantikan jalani.. konon nk selamba jer la tu..

  16. sonic says:

    Bukan ke Roslin pernah cakap dia ada 1001 sebab kenapa dia ceraikan wife dia. ahahaha.. kelakar gila statement tu. kawen baru 12 hari dah boleh adakan 1001 satu sebab. satu hari dia menghabiskan berapa jam ek nak dapatkan 83 sebab.. tak matang tul. kalu ye pun dah tak ske, bagi la alasan yg membina minda sket. orang kawen 10 tahun pun masih banyak yg tak kena dlm rumahtangga and kena bersabar hari2.. ini kan pulak kawen 12 hari. adoii!

  17. shade says:

    Soal hidup berumah tangga sebagai suami isteri memerlukan banyak kesabaran, rasa hormat menghormati antara pasangan lebih-lebih lagi isteri kepada suami sebagai Ketua Keluarga. Dalam kes Roslin, saya dapat mencium bau bahawa bekas isteri bersikap besar kepala dan tidak menghormati Roslin sebagai suaminya, ini turut dilakukan oleh ahli keluarga bekas isteri. Siapa yang tak rasa sakit hati bila tidak dihormati. Telah beri nasihat dan amaran tetapi masih tidak dipedulikan. Haruskah mesti ditunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk ambil tindakan? Haruskah Roslin terus berkorban dengan hidup dalam sakit hati dan sengsara ? Kalau anda yang kena anda pun tak mahu.

  18. shade says:

    Pendapat yang diberikan oleh cengkree amat betul, tapi lela, zeti dan ayu nampaknya kurang masak dan mentah dengan hidup berumah tangga. Berumah tangga adalah perkongsian perasaan, apakah maknanya sekiranya perasaan dipermainkan dan diperbodohkan. Adakah kita masih ada selera untuk duduk bermanja-manja sekiranya pasangan kita mempunyai sikap dan tabiat yang menyakitkan hati kita. Bukan tak larang, bukan tak cakap tapi sudah dasar besar kepala tak nak ikut cakap suami. Dayus menyimpan isteri yang berperangai begitu. Lagi cepat dibuang lagi selamat rumah tangga tersebut. Bungan bukan sekuntum tetapi kumbang kini dan berkurangan. Biarlah bungan itu berkulat dan gugur sendiri akibat perangainya yang megah dan sombong. Wa caya lu Roslin.

  19. edwin says:

    penyebabnya ialah keegoan. tu je. serupa juga ngan britney dan yusry. masing2 nak tegakkan keegoan dan tiada tolak ansur. cabar-mencabar pula tu nak bercerai…

  20. Abdul Wahub says:

    Takkan main badminton 12 hari terus jadi terel.. Kena la berlatih bertahun2 untuk muncul juara.

    Kahwin pun camtu jugak. Setiap hari ada benda baru yang kita akan pelajari walaupun rasanya dah kenal pasangan kita 100%.

    Mungkin Roslin ada alasan sendiri, dan memang kaum lelaki melayu bukan jenis buka pekung di dada. Wallahu’alam, moga jadi pengajaran pada yang terlibat, dan pada kita semua.

    Janganlah mengata kalau kita bukan ahli pada sesuatu perkara.

  21. irfan says:

    tiada sesiapa yang tahu apa sebab sebenar kecuali yang maha esa dan empunya diri.maka lebih baik kita diam.

  22. kajal says:

    pasal kes nie lah aku rasa tak yah lah sampai naik mahkamah takkan baru 12 hari kawin dah bercerai dan tak malu ker menceritakan hal2 dalam bilik kepada semua orang. roslin kata tak pernah bersetubuh dgn isteri dia, please lah bro profesional ler sikit mungkin ada sbb lain yang roslin tak tau, takkan tak dapat bersama terus bercerai dah lah tu bawak sampai ke mahkamah yang aku marah sangat tu yang Raja Azmi masuk campur apa pasal, you siapa nak amik tahu hal suami isteri. jadi roslin fikirlah yang terbaik kenapa Hafiz ok jer.

  23. pesot76 says:

    aku sebagai pemerhati luar dan mengikuti kes ni secara xsengaja berpendapat memang Ex wife roslin ada kekurangan dan mungkin juga blh kita katakan penyebab keruntuhan umah tangga dia org, munggkin ex dia xberterus terang sblm kawin atau pun sebaliknya, cuma kita sebagai lelaki xblh menganiaya kaum hawa, jgn lah 12 hari cerai, klu betul2 sayang cinta segala kekurangan dpt diterima tapi klu memang dah xsuka taik lalat dibibir pun kata daki.. harap masalah mereka selesai , roslin yg sudah tu sudah lah xpayah lah saman ex u kesian dia…..

  24. jbk says:

    nk slahkan isteri? bak kate org sekeras2 kerak nasi bila disimbah air lembut juga…mcm tu lah perempuan ni…kita kan ada cara untuk didik isteri…ikut lah step2 yang telah ditetapkan…
    nk salahkan suami pula?sabar….xrugi pun…warna rumahtangga yang corak adalah suami…jd suami kene lah kreatif…

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1