RSS
 

Archive for February, 2009

Kes penceraian Roslin Hashim…kenapa jadi begini ?

21 Feb

 

Pada Jumaat lepas ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada membaca tentang kes penceraian pemian badminton negara, Roslin Hasyim.

Membaca apa yang di laporkan oleh akhbar menyebabkan saya menggelengkan kepala.

Menurut Roslin, walaupun beliau tidak mahu menyatakan sebab sebenar tetapi dalam pada itu Roslin mengatakan yang beliau tidak di layan sebagai seorang suami.

Malah walaupun beliau telah memberikan peluang kepada bekas isterinya selama seminggu , tetapi tiada perubahan berlaku.

Akhirnya Roslin mengambil keputusan untuk berpisah setelah berkahwin selama tak sampai sebulan.

Kenapa jadi begini? Mungkin Roslin ada sebabnya tersendiri tetapi pada pandangan peribadi saya…kes seperti ini tidak seharusnya berlaku.

 Sekarang semacam menjadi trend( selebriti la sebab mereka ni orang kenal ) bercinta 10 tahun, kahwin 9 hari. Kahwin sebulan lepas tu bercerai.Nampak seperti berumahtangga itu seperti perkara main-main.

Pada pendapat saya, kita sebenarnya belum lagi mengenali pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah dengannya. Masa itulah bari kita boleh tahu apa sikap dan sifat sebenar, buruk dan baik perangainya. Itulah sebabnya kita perlu sikap bertolak ansur.

Memang akan ada perkara yang kita tidak suka pada pasangan kita tetapi anggaplah bahawa ada juga sikap kita yang tidak di senangi oleh pasangan . Jadi adjustlah . Orang yang pendiam selalu dapat pasangan yang kuat berceloteh begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah jika saya membaca akhbar dan interview artis yang mengatakan mereka telah mengenali pasangan mereka  dan rasa bahagia tapi belum duduk serumah saya selalu tersenyum.

Jadi salah satu dari petua untuk hidup bahagia dalam rumahtangga ialah dapat bertolak ansur dan menganggap pasangan anda adalah yang terbaik buat diri anda sendiri. Kita sendiri yang memilih dan kita sendiri yang mencorakkan rumahtangga kita.

Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari kes ini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
24 Comments

Posted in Artikel

 

Petua kekal muda dan bahagia selalu

19 Feb

Ada sesetengah orang yang berusia tapi tetap kekal muda. Ada pulak yang baru je dalam lingkungan 30 tahun tapi nampak macam dah 40 keatas. Apa rahsianya? Jom tengok apa yang saya jumpa lepas baca buku hari tu :

1.Minum air masak segelas setiap hari selepas bangun tidur waktu pagi.

2.Banyak makan ulam dan buah-buahan

3.Jangan tinggalkan sembahyang

4.Ramah tamah terhadap jiran dan rakan-rakan.

5.Hindarkan perasaan dengki dan iri hati.

6.Tersenyum setiap hari.

7.Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Rasa-rasanya saya sendiri pun ada yang masih belum buat lagi ni.hi hi especially petua yang nombor 7 tu. Saya ni suka makan dan bila dah sedap tu susah la nak berhenti.

 Lagi satu part jiran ni. Macam mana nak sabar kalau jiran kita  tak menghormati orang lain . Di tegur takut bermasam muka.Tak tegur pulak nanti menjadi-jadi pulak dia.

Kena banyak bersabar nampaknya, kalau tak nanti muka berkerut selalu dan cepatlah saya ni nampak tua.

Ada sesiapa yang nak tambah lagi petua-petua kat atas?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Sms pelanggan yang bersalin secara caesar!

17 Feb

Assalamualaikum,

Saya menerima sms ni dari 2 orang pelanggan saya yang tak sempat untuk saya siarkan di blog ini.

Jadi hari ni saya ada sedikit kelapangan dan kebetulan minggu ni saya terima banyak sms dari pengunjung laman web yang bertanyakan samada mereka boleh menggunakan herba atau jamu-jamu jika bersalin caesarean.

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai perkara yang sama.Tapi oleh kerana sms dari 2 orang pelanggan saya ni agak menarik, maka say ikhtiarkan untuk menyiarkannya pada posting kali ini.

Sms pertama dari Puan Khadijah yang banyak kali berbalas sms dengan saya yang agak risau dengan pertambahan berat badan hampir 40 kg  dan terpaksa bersalin caesar.Sms Puan Khadijah selepas menggunakannya berbunyi seperti di bawah :

Sihat . Dari 83 kg dah turun 63 kg. Tu pun makan phyto je. Tak sempat nak minum air akar. Minggu depan baru nak start. Ada 13 kg lagi nak kena buang………..Phyto tu saya selang seli hari ni 1 biji esok 2 biji. Tapi lepas sebulan saya ambik 2 biji everyday.skali buang ringan badan.sy rasa kalau minum air akar lagi banyak turun…

 

Sms ke 2 pula saya terima dari Puan Farah semasa saya bertanyakan khabar beliau baru-baru ini.

Salam. Thanks sudi tanya khabar..alhamdulillah dah selamat bersalin pada 12 November lepas secara caesarean…baby girl, berat 3.18kg….sekarang dah 5kg lebih…alhamdulillah saya dah turun ke berat asal malah kurang 2 kg…masa last pregnant berat 58kg but now 46 kg…saya suka pakai minyak herbanika dan phyto natal sampai sekarang….luka pun dah ok…thanks atas info yg akak berikan melalui blog….

 

Puan Khadijah dan Puan Farah masing-masing berjaya berpantang menggunakan set bersalin nona roguy ini walaupun mereka bersalin secara caesaren.

Jadi tidak ragu-ragu lagi walaupun anda tidak bersalin secara normal, anda masih boleh menggunakan set bersalin nona roguy ini tanpa was-was! Macam iklan ubat gigi zaitun…he he : )

Saya harap sesiapa yang bakal bersalin caesarean tu boleh la menarik nafas lega sekarang ye. Saya faham ramai yang takut tak boleh slim lepas bersalin ,maklum lah kita semua ni kan memang nak cantik dan sihat semula…adat la perempuan …he he.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Petua rumahtangga bahagia dari Doktor Fadzillah Kamsah

14 Feb

Salam ceria :) ,

Mulai minggu ini selaras dengan pra pelancaran laman web petuabahagia.com saya akan mula menulis tentang info dan petua-petua kesihatan, kecantikan , petua rumahtangga juga petua di dapur..he he … saya bukanlah orang yang rajin ke dapur  : ) .

 Oh ye..sedikit update tentang promosi pra-pelancaran petuabahagia.com. Tempahan special order dari pelanggan mysetbersalin.com telah pun penuh! Terima kasih atas sokongan pelanggan terdahulu. 

Promosi 10 pelanggan terawal masih lagi berjalan.Potongan harga 25 % di dalam Set Romantik masih lagi terbuka. Jangan ketinggalan .

 Kita terus ke post kali ini ye :) ,

Ini merupakan pertama kali saya menulis tentang isu atau petua rumahtangga. Semasa saya bertungkus lumus menyiapkan minisite terbaru saya salah satu cara yang saya lakukan ialah menonton video youtube Dr Fadzillah Kamsah.

Ketawa sorang-sorang saya mendengar celoteh Pakar Motivasi Nombor 1 ni. Yang menarik perhatian saya ialah apa yang di sarankan oleh beliau dalam memelihara keharmonian rumahtangga. Beliau kerap mengulang ayat bercintalah setiap hari dengan suami anda kerana cinta harus di pupuk tiap-tiap hari.

Apa maksudnya tu? Ha…maknanya janganlah hangat ketika anda masa mula-mula kenal saja dulu. Dah kahwin, dah ada anak mulalah buat-buat tak tahu aje.

Contoh yang beliau bagi sungguh menggelikan hati saya tapi penuh dengan pengajaran. Senang aje katanya kita selalu menegur orang jika berselisih di tengah jalan. Jadi apa kata kali ni kalau kita berselisih dengan suami kita dalam rumah..tegur beliau..

Ayat  Doktor Fadzilah lebih kurang begini ” Hai Cik Mat apa khabar?”

Atau kalau si suami berselisih dengan isteri dia tegur lah…” Hai Cik Kiah, lama tak nampak..mana pergi ?”

Bunyi agak kelakar tapi dengan bergurau senda dapat menceriakan rumahtangga . Kurang lah stress!

Jadi macammana? Nak praktikkan dari sekarang? Cuba-cubalah ye :) Nanti kita ulas lagi petua rumahtangga bahagia dari Doktor Fadzillah Kamsah ni. Ada 63 kesemuanya. Tunggu….

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Testimoni terbaru!

13 Feb

Samalam saya menerima email dari seorang pelanggan saya ,Puan Nik yang telah pun selamat bersalin pada bulan December.

Beliau juga memberikan sedikit komen tentang pengalaman beliau menggunakan Set Bersalin Nona Roguy sewaktu berpantang :

 

nik hazifah to me
show details 12 Feb (1 day ago) Reply

 
alhamdulillah selepas guna set nona roguy, saya berasa sangat sihat dan segar semasa tempoh berpantang..saya gunakan sampai habis..terutamanya phytonatal..sampai sekarang saya masih mengambil jamu tersebut. semua item dalam set tersebut memang mesra pengguna..tak perlu sya menutup hidung untuk memakan jamu-jamu yang pahit..teh herbanya senang diminum.. dulu semasa mengandung berat saya mencecah sehingga 75 kg..dan selepas bersalin, turun hingga 65 kg dan sekarang berat badan saya adalah 52 kg..syukur alhamdulillah.. rakan sekerja pun banyak memuji perubahan saya..saya sangat berterima kasih kepada nona roguy dan juga akak.. owh..nursing bra yang saya beli dari akak pun sangat selesa bila dipakai dan sangat memudahkan proses penyusuan..materialnya sangat lembut..tqvm..
 
dari
cikgu nik,
bandar puteri klang.

 

 

Nampaknya berat Puan Nik telah turun sebanyak 23 kg selepas bersalin! Wow saya sendiri kagum dengan pencapaian beliau tu!.

So jika anda masih lagi ragu-ragu dengan set bersalin nona roguy ini, di harap email Puan Nik  dapat membantu anda membuat pilhan yang terbaik sewaktu berpantang.

 Kak Rahimah 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
Bulk Email Sender