Salam ceria
,
Pada kali ni, saya akan hantar post tentang resepi atau makanan bayi pula. Pada bakal-bakal ibu boleh la standby resepi bayi ni bila usia bayi dah masuk 4 bulan ke atas. Kalau dalam pantang jangan bagi bayi makan bahan pepejal..Tercekik pulak karang..
Tapi sebenarnya sistem pencernaan bayi belum cukup matang jadi jangan sekali-kali mencuba ya. Tunggu sekurang-kurangnya 4 bulan ke atas. Hari ni saya postkan cara membuat Puri Brokoli.
( Gambar kat atas ni, hiasan aje ye..tak jumpa gambar betul..hi hi )
Bahan-bahannya :
1.Sepokok brokoli bersaiz sederhana.
2.Air masak secukupnya.
Cara penyediaan ;
-
Potong kecil brokoli dan bersihkan.
-
Untuk melembutkannya anda bolehlah rebus atau kukus sebentar.
-
Setelah lembut kisar brokoli dengan sedikit air masak sehingga hancur.
Selamat menjamu selera dengan makanan bayi : )
Kak Rahimah
Ps : Jika anda ada resepi untuk bayi, hantar pada saya untuk kita siarkan di sini.


Kuala Lumpur Time

zeti
March 3, 2009 at 5:36 am
resepi utk bayi (6 bulan ke atas)
antara resepi yang pernah saya buat untuk baby saya.
Bubur nasi+lobak merah+ikan bilis
Senang je.
1. Sedikit beras (agak2 la)
2. sepotong lobak merah di potong kecil-kecil
3. Ikan bilis (goreng tanpa minyak dulu,kemudian kisar halus)
Beras dibasuh bersih. Masak beras dan lobak merah hingga jadi bubur. Pas tu tabur ikan bilis yang dikisar tadi. Gaul. Kemudian bubur tu dikisar. Boleh bagi baby makan. yummy..yummy..
p/s : boleh pelbagaikan sayur seperti bayam,brokoli dan kentang. Selamat menjamu baby anda!
nor azani
January 8, 2011 at 5:01 pm
tq..t blh cuba bby sy dh 6 bln skg…
rahimah
March 3, 2009 at 2:21 pm
Wah Zeti, sumbang resepi resepi ya..terima kasih,ha..sapa-sapa yang nak salin elok buat koleksi bila baby dah boleh start makan ye
menaga
March 16, 2009 at 1:47 am
anak saya 6 bulan .berapa berat yang patut dia ada:?
ainul zafirah
May 6, 2009 at 3:07 pm
Resepi untuk bayi(6 bulan ke atas)
Untuk 2-3 kali hidangan
1. Nasi 2 sudu
2. Setengah tofu telur/tauhu lembut dihancurkan
3. 1 ekor isi udang dicincang/ beberapa ekor ikan bilis
4. Sedikit Brokoli (agak2)
5. Sedikit Lobak merah
6. Sedikit air
Cara2 nya:
Nasi dicampur dengan tauhu/tofu telur, air,dan isi udang/ikan bilis. Biarkan mendidih, last sekali baru masukkan lobak merah dan brokoli.
p/s :Jangan masak lama sangat sayur-sayuran agar vitaminnya tidak hilang. Bagi bayi yang belum tumbuh gigi bubur bolehlah dikisar atau dilecek.
rahimah
May 7, 2009 at 10:18 pm
Terim kasih ainul kerana menambah koleksi resepi untuk bayi. kalau ada lagi hantar kat sini ye
mamafiq
May 26, 2009 at 9:10 am
resepi tuk bayi
ni kira resepi yg paling senang la tuk anak sayer dan die pun suke sgt…
bubur nasi + labu
- bubur nasi
- sebelah labu yg kecil
masakkan bubur dahulu..
kemudian labu di rebus dan dilenyekkan
bila nak makan,baru campurkan labu ngan bubur..
rase labu tu manis..
selamat mencuba…:)
rahimah
May 28, 2009 at 5:51 am
Mamafiq, terima kasih sudi bagi resepi baru. Kalau ada lagi resepi baru, tambah kat sini lagi ye
chugie
November 2, 2009 at 6:58 am
salam..
bagusnye dapat resepi2 yg menarik ni.. bleh sy buat utk baby sy yang memang dah start nak makan.. tp nak tanya, semua resipi ni tak letak garam ke? kalau nak letak boleh x?
norfain
March 28, 2010 at 6:26 am
hi chugie. baby tak leh makan garam. garam boleh di dapati dri ikan contohnya ikan laut. bubur leh di campur dgn ikan dan sayur.
nema
June 28, 2010 at 7:43 am
Resipi simple saya: nasi lembik, isi ayam dan ubi kentang. sedap lemak2 n manis.
Anie
July 9, 2010 at 3:57 am
Saya dah cuba macam2 resepi spt di atas, dulu dia suka sangat, sampaikan 2-3 x sehari dia makan.Sekarang dia dah 9 bulan, macam dah tak nak makan bubur tu.Ada sesiapa boleh tolong beri resepi lain ,contoh bubur buah-buahan ke?
ina
July 22, 2010 at 8:02 am
boleh x bagi saya resepi untuk anak berumur setahun..makanan yang mcm mane sesuai ngan dia…tq
jie
October 7, 2010 at 12:53 pm
ade recipe utk bABY..sedap dan berkhasiat:
1.kentang (rebus)
2. buah prum
3. kismis
bland sume skali..mesti baby suke..cube lah ye
aida
October 29, 2010 at 12:45 pm
resepi u mummy2 yg xsempat nak tgu nasi jd bubur..hehehe…
1. ambil nasi yang masak biasa
2. rebus ikan bilis dan sayur-sayuran bleh mix kalo nak (brokoli/kentang/carrot/bayam merah,etc)
3.bahan 2 dah lembut bleh campur ngn nasi td dan blend..
4.anak anda pasti suke..:)
baby sy sgt suka mkn sampai kn tambah…
ibuafia
December 20, 2010 at 3:33 am
Resepi ni saya buat utk bayi saya. Dia sgt suka.Mudah dan berkhasiat.
2 sudu besar beras – basuh bersih
5cm carrot – potong ikut suka
2 biji kurma
1/4 labu kuning (labu kecil siap potong ada dijual di kedai) –
Rebus semua bahan di atas. Masa nak blend tu, saya kupas kulit kurma yang dah lembut.Warnanya memang menarik bila dah siap blend.Tak perlu masukkan gula @ garam.
Selamat mencuba.Nyum..nyum..nyum…
nor azani
January 8, 2011 at 5:06 pm
slalu bby 6m blh bg mkn bp kali shari???
Mummy Nabeela
February 4, 2011 at 7:33 am
2-3 kali bole dah…tp ptg bg mkn b4 kul7 mlm.
Mummy Nabeela
February 4, 2011 at 7:32 am
resepi yg sedap utk baby 7 bln ke atas..
Setengah cawan beras (utk 2-3 kali hidangan)
Setengah biji kentang (dipotong dadu)
Carrot (dimayang halus)
Sawi/bayam/brokoli (dimayang halus)
Isi ayam (dicincang)
Ikan bilis(digoreng sedikit minyak dan dikisar)
Masak bubur hingga kembang bersama kentang,masukkan isi ayam&ikan bilis.Setelah itu masukkan carrot,sayur2an setelah bubur masak.
Bole blend if baby lum ada gigi…
AFIFAH
September 20, 2011 at 4:14 am
baby saya 9 bulan. start makan umur 6 bulan. ni resipi untuk dikongsi:
-nasi (beras wangi yg % hancur tinggi)
-kismis @kurma
-labu
-carrot
-lobak putih
-brokoli
- buah delima
- pisang
(2 hari nasi dimasak hanya dengan 2 jenis bahan shj.pastu tukar2 menu.anak saya x nak makan klu campur ikan bilis@ayam@ikan)
SELAMAT MENCUBA
rahimah
September 20, 2011 at 1:27 pm
Afifah,
Terima kasih kerana sudi berkongsi.Ada lagi resepi boleh masukkan ye