Upin & Ipin ….bagus untuk moral kanak-kanak

Minggu lepas, saya berpeluang menonton filem animasi Geng…Pengembaraan bermula di KLCC. Cerita kartun je sebab dah lama tak tengok wayang ni…bertahun dah rasanya.

 Wah , memang seronok cerita geng ni sebab ada Upin & Ipin. Sapa tak kenal dengan dua beradik kembar dengan trade mark ” betul betul betul “…sampai saya sendiri pun kena kenan diaorang ni.

Siapa Upin & Ipin ni dan kenapa pula mereka ni masuk dalam posting saya kali ni? Ha…ha jangan tak tau, Upin & Ipin ni tengah glamour kat Malaysia ni…bukan kat Malaysia je tau…world dah diaorang ni.

Kalau tak tengok di TV atau CD saya tengok kat Youtube…he hi jadi budak la pulak.

Pada sesiapa yang tak kenal lagi Upin & Ipin ni biarlah saya terangkan sikit pada anda semua ye..boleh jadi promoter cerita Geng ni :)

 

Upin dan Ipin ni cerita kartun budak-budak sebenarnya dan oleh kerana banyak sangat nilai moral yang baik dalam ceritanya, saya rasa terpanggil untuk buat komen dalam blog saya kali ni.

 Kalau hari-hari anak-anak kita di sogokkan dengan cerita mat salleh atau kartun Sinchan yang kurang elok untuk tontonan, maka tukarlah pada cerita kartun yang ini.

Bukan saja cerita ini lucu malah dalam kelucuan itu anak-anak kita  di ajar menghormati orang tua dan memahami kenapa sesuatu  perkara yang buruk tak elok di lakukan. Lagi satu contohnya waktu bulan puasa ada rakan mereka yang baru nak belajar berpuasa setengah hari.

Dalam mereka menggelakkan rakan yang baru nak belajar setengah hari puasa tu, kanak-kanak tadi di puji dengan cara yang betul .

Antara yang saya ingat seperti kata kata ” bagus, tapi kalau dapat puasa penuh lagi bagus”.

Bukankah ini cara yang lebih baik untuk memotivasi anak-anak kita belajr berpuasa? Bukan memarahi mereka yang baru nak berjinak-jinak?

Pendidikan bermula dari rumah, malah dari dalam kandungan lagi. Nilai yang baik dari awal dapat menjamin generasi kita menjadi generasi yang lebih beradab dan bersopan di masa hadapan.

Jadi bawalah anak-anak anda menonton cerita Geng yang menarik ini di samping menonton cerita Upin & Ipin di TV supaya kanak-kanak dapat belajar sesuatu dari cerita ni.

Betul betul betul

Kak Rahimah :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

2 Comments on Upin & Ipin ….bagus untuk moral kanak-kanak

  1. aizatul aliya cute
    March 1, 2011 at 1:56 pm (3 years ago)

    :twisted: :twisted: :oops: :cry:

    Reply
  2. priyanka
    December 25, 2011 at 9:20 am (3 years ago)

    seronok cerita ini

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender