Petua menghitamkan rambut bayi

Salam ceria,

Hari ni saya terpaksa ambil half day leave sebab anak saya sakit perut. Ponteng kerja lagi saya ni :)

Sementara saya belum ambil anak saya yang kecik tu saya buat posting sikit ( yang ni kalau dia ada tak boleh usik laptop di buatnya).

Saya post petua mudah aje..jimatkan masa ye.Ini tips masa saya cuba hitamkan rambut anak saya dulu. Masa bayi,  rambutnya nampak perang ..Keningnya pun macam tak nampak.So saya ambil buah keras dan bakar.

Dah bakar saya sapu minyak buah keras tu pada rambut dan kening dia. Hitam pun sekarang ni :)

Jadi kalau rasa-rasa rambut anak tu blonde ke..he he..boleh la cuba petua mudah ni.Mana nak cari buah keras? Cari je kat kedai india yang ada jual kapur sirih, daun sirih  dan juga yang sewaktu dengannya :)

Lagi satu petua, waktu mengandung amalkan makan kacang bendi..itu petua orang tua-tua lah..saya tak pernah cuba tapi jika anda nak cuba nanti bagi tau saya resultnya ye.

Yang kekurangan masa,

Kak Rahimah

Kalau pasangan kita tengah marah, salah seorang kena diam.

Kata orang kalau hidup berumahtangga, kalau tak pernah berselisih faham tu kira bohonglah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri ……. macam lagu P. Ramlee & Saloma pulak :)

Kalau tak nak berpanjangan, ikut petua ni. Kalau salah seorang tengah marah yang lagi seorang kena diam! ( walaupun hati tengah menggelegak ni ). Itu petua bahagia yang paling asas.

Kalau dua-dua tengah marah macam api kena minyak la..semakin marak la jadinya. Kalau seorang diam, yang tengah marah jadi tak lama..bila dia cool barulah kita cakap apa yang tak kena. Barulah hidup aman bahagia.

Anda macammana?

Kak Rahimah

Bila boleh mandi lepas bersalin?

Salam sejahtera :)

Minggu ini saya menerima banyak tempahan mandian dalam pantang yang baru saya perkenalkan dalam laman web saya. Terima kasih kepada semua pelanggan kerana kesemua pek herba mandian ini habis di tempah dan saya terpaksa menambah order dari supplier untuk menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Kepada yang masih ingin dapatkan pek mandian ini anda masih boleh membuat tempahan sehingga 31/3/2009 dengan harga promosi.Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya kepada saya bila waktu yang mereka boleh mandi selepas saja selesai bersalin. Satu soalan lagi ialah berapa kali boleh mandi waktu dalam pantang.

Sebenarnya kalau ikutkan pantang orang dulu-dulu, langsung tak di bagi mandi. Boleh bayangkan tak kalau tak mandi satu hari? he he he…bau kambing :)

Pada saya, saya tetap mandi macam biasa .

Selalunya bila dah selesai bersalin, kita akan rasa terlalu penat, mengantuk dan akan tertidur. Buka aje mata, satu badan sakit dan nak jalan pun macam cerita six million dollar man.Ikut kebiasaan saya akan mandi keesokkan harinya.Mandi dengan air panas kalau dekat hospital.

Buat macam biasa, mulakan dari kaki atau dari bahagian bawah hinggalah naik sehingga ke kepala. Syampoo macam biasa sebab masa bersalin, badan dah berpeluh-peluh teran baby.Jadi kebersihan adalah amat penting waktu dalam pantang.

Berapa kali pula nak mandi? Saya tetap mandi 2 kali sehari cuma air tu air rebusan daun.Saya tak mandi air sejuk waktu dalam pantang.

Pada pendapat saya, berpantang biarlah berpada. Ikutlah mana yang praktikal berbanding cara dulu-dulu.

Kak Rahimah

Berhati-hati dengan rawatan pelangsing badan

Hari ini saya terbaca berita mengenai kejadian seorang wanita yang meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan sedut lemak. Menggeleng kepala di buatnya.

Tak berapa lama dulu, saya pernah membaca artikel mengenai rawatan sedut lemak yang menyakitkan tuan punya tubuh di dalam sebuah majalah. Sakit rupanya rawatan ni sebab sebelum lemak di sedut , kulit akan di toreh terlebih dahulu.

Dan rawatan ini juga mesti di lakukan beberapa kali selain dari kos rawatan yang sememangnya mahal!

Saya tengok dalam majalah tersebut, bekas sedut lemak tersebut bercampur dengan lemak yang di sedut dan juga darah..( macam siat lemak di kulit ayam ).

Boleh bayangkan tak? Pada saya jika ada rawatan yang lebih selamat dan lebih mudah walaupun mungkin mengambil masa, lupakan sajalah kaedah sedut lemak ni.

Tips paling mudah , jaga pemakanan dari awal dan amalkan gaya hidup sihat. Jika kita mulakan dari awal tidak susah untuk mantain berat badan kita. Dan bagi wanita yang telah berkahwin, selepas bersalin ialah waktu paling elok untuk menjaga semula bentuk badan anda

Tak ada gunanya cantik dan langsing kalau diri sendiri merana.

Mantain selalu :)

Kak Rahimah

Asid folik semasa awal mengandung….penting

Selain obimin yang di perlu di ambil oleh ibu yang sedang mengandung, asid folik selalu di berikan oleh doktor di awal kehamilan.

Asid folik bertujuan untuk membantu mengelakkan bayi dalam kandungan anda kekurangan nutrien bagi mengelakkan kecacatan. Asid folik penting untuk tujuan perkembangan saraf ,otak bayi, tulang belakang, organ kulit dan tulang bayi.

Bagi yang merancang untuk mengandung, asid folik elok di ambil lebih awal tetapi mestilah atas nasihat doktor.

Jangan abaikan kesihatan dan pengambilan asid folik sewaktu mengandung untuk memastikan kandungan anda sihat.

Kak Rahimah

Suarakan apa yang kita mahu

Salah satu dari petua rumahtangga yang sering kita lupa ialah tidak mahu menyuarakan apa yang kita mahu.Akibatnya bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula la hari tu jadi angin taufan!

Ada isteri yang bermasam muka jika saat-saat penting seperti harijadi, anniversary atau sebagainya suaminya lupa nak bagi hadiah.

Berkerut-kerut la muka satu hari. Tapi kadang-kadang bila kita tanya balik rupa-rupanya suami kita lupa tarikh tu..hu hu hu..

Jadi macam mana nak elakkan masalah ni supaya bila sampai waktu birthday ke, kita dapat hadiah yang kita tunggu-tunggu.

Senang je..jangan pening kepala..tapi kurang thrill la sikit. Caranya beritahu je suami anda tarikh sekian-sekian ni, bithday anda. Dan bagi tau jika anda inginkan hadiah yang sangat anda tunggu ( kalau mahal, sound la awal-awal sikit ..he he ). Jadi bila sampai masa tak adalah nak masam muka.

Kadang-kadang kalau kita diam tak bagi tau dan hanya harap suami ingat memang tak boleh nak buat apa. Jangan la ingat dia boleh baca apa yang ada dalam fikiran kita. Dengan cara ni, tak ada la masam muka , merajuk dan yang bestnya kita dapat la hadiah hari tu.

Bagi suami yang romantik pulak, beruntung la badan kalau tak payah ingatkan dia dah set alarm dalam kepala.

Ini saja petua bahagia dari saya hari ini. Pendek je tapi ehem hmm…kita buat tak?

Kak Rahimah

Apa perlu di lakukan jika bayi anda ceret-beret?

Masalah ceret-beret selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .

Akibatnya bayi anda mungkin mengalami ceret-beret yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain dari itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.

Apa yang anda perlu lakukan.Selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lenih ‘lembut’ dengan perut bayi.

Selain  dari itu, tukar selalu lampin bayi atau bertukar pada lampin kain . Ia lebih baik kerana bayi lebih selesa dan tidak merengsa kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.

Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.

Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya  alirkan air bersih dan lap .

Itu yang saya lakukan ketika anak saya masih kecil setiap kali mereka ceret-beret.

Bayi besar sebab obimin…betul ke?

Saya teringat masa mengandung dulu ada orang kata makan obimin boleh buat kita susah nak bersalin.

Kata mereka nanti bayi kita besar dan susah nak keluar? Pelik juga tapi mesti ada sebab obimin ni doktor suruh makan.

Sebenarnya makan obimin takkan buat bayi besar. Obimin ni suplemen untuk memastikan kandungan kita sihat dan cukup khasiat untuk pembesarannya.

Walaupun kita mungkin makan makanan yang mengandungi khasiat yang terdapat dalam obimin tapi ia mungkin tidak mencukupi.

Bayi yang besar mungkin di sebabkan ibu yang mengandung mengidap kencing manis atau kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Berhati-hati lah juga dengan pemakanan waktu mengandung kerana terlebih mengambil makan yang terlalu banyak gula menyukarkan kita bersalin.

Bukan saja berat kita naik dan susah untuk slim semula malah boleh mengundang masalah bayi besar, kencing manis atau kita mungkin terpaksa bersalin secara ceasarian. Sebaik-baik bersalin ialah secara normal kerana lebih mudah menjaganya waktu dalam pantang.

A mother of 4,

Kak Rahimah

Berbaik-baik dengan mertua

Salam ceria,

Hari ni saya cuti.Kebetulan baby sitter saya apply cuti 2 hari dengan saya dan mak mertuaku ada di sini, saya ambil cuti . Seronoknya dapat duduk di rumah.

Kalau mak mertua saya ada memang kenyanglah perut anak-anak saya sebab atuknya ni ( belah utara atuk ni kira macam nenek la ) suka buat macam-macam..ada pulut kacau la, lepat la…saya pun tumpang sekaki. Memang time cuti sekolah ni rumah saya memang jadi port saudara mare :)

Tak kisah lah janji rumah ni meriah dengan saudara mara dan ipar duai. Kalau rumah sunyi je tak de saudara mara datang, risau gak.he..he..he…takut ada apa yang tak kena.

Saya ni bertuah sebab mak mertua saya ni jenis yang relax..tak banyak soal…Kadang tu bila baca cerita orang yang tak ngan dengan mertua ni rasa kesian juga. Lebih-lebih lagi kalau bukan menantu pilihan.

Macam-macam, nasib la saya tak macam tu. Kata orang kalau nak hidup bahagia , salah satu petua yang kita kena praktikan ialah  mesti berbaik-baik dengan mertua.

Teringat saya dalam majalah ada cerita pasal cara nak pikat hati mertua. Saya share kat sini ye..Mana tau kita boleh praktikkan nanti :

1. Selalu tanya khabar pada mertua. Kesannya mertua akan rasa kita ni mengambil berat tentang kehidupannya. Caranya talipon la dalam 2 minggu sekali ke.

Jadi kalau kita selalu talipon 2 minggu sekali, bila kita tak talipon, mertua kita akan tertanya-tanya mana ‘menantu kesayangan’ nya ni tak talipon-talipon…kira dah ‘ overdue ‘ dah tu..he he :)

2. Bila balik kampung atau berkunjung ke rumahnya, duduk la berbual kosong. Boleh la mertua kita tu curahkan apa yang dia tengah alami. Kira cara ni..mertua anggap kita ni boleh di buat kawan..Bertuah anak dia ! :)

Tapi yang ni ada syarat-syaratnya. Jangan tambah kalau ada part yang bercerita pasal hal orang lain..’ buat ketupat’…bila ada , cepat-cepat corner sikit topik.Pandai-pandai le cover line.

3.Cuba belajar masak satu resepi istimewa. Petua yang ni best! Contohnya, buat satu resepi kira 5 bintangnya resepi. Bila balik kampung anda masak dan jamu ipar duai dengan resepi istimewa ni. Make sure memang best le ;). So bila setiap kali balik kampung, semua ipar duai akan tertungu-tunggu resepi istimewa anda…kira ok la tu.

4.Tanya je apa-apa resepi ke, petua ke yang konon-konon kita tak tahu tapi sebenarnya saja nak tunjuk yg kita ni nak belajar dengan dia. Mesti beria-ria dia nak ajar kita.

4 petua ni aje yang saya ingat. Nanti kalau ada lagi saya bincangkan lagi. Ni mertua saya kejap lagi nak buat pulut kacau..malam ni boleh jamu selera. Saya tak pandai buat pulut kacau ni..makan tau la !

So hari ni, takat ini aje..karang lama-lama depan laptop ni , apa lak mertua saya ingat. Tapi dia tau saya berniaga barang bersalin ni, sambil bercerita masa dia dalam pantang dulu…kira bab cerita kosong la ni.

Kak Rahimah

Petua memilih sayur waktu dalam pantang

Bagi mereka yang mengamalkan berpantang lepas bersalin, tak semua sayur boleh di makan.Begitu juga dengan buah-buahan.

Ada sayur dan buah yang boleh menyebabkan ibu dalam pantang berasa sejuk, perut masuk angin , bisa dan boleh sebabkan bentan.

Antara sayur dan buah yang bersifat sejuk dan kurang elok di makan selepas bersalin ialah bayam, pucuk ubi kayu, pucuk paku, kubis, tembikai dan jambu batu, keladi, petola, kangkung dan timun.

Sayur dan buah-buahan yang bersifat bisa dan apabila di makan perut terasa seperti di cucuk-cucuk pula ialah nenas, jambu batu, belimbing, mangga, manggis, sengkuang.

Selain dari itu, minuman bergas, berais, air tebu, air cincau juga tidak di galakkan untuk mengelakkan sendi-sendi berasa sakit.

Akibat tidak berpantang makan selalunya berlaku selepas beberapa tempoh seperti badan selalu rasa sakit dan sengal, tapak kaki rasa menyucuk bila di pijak dan kepala sentiasa rasa pening.

Jadi jauhkan sayuran dan buah-buahan yang di sebutkan seperti di atas.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes