Testimoni dari Puan Ila

Email ni saya terima dari salah seorang pelanggan di laman web saya yang tak sempat saya siarkan sebelum ini. Ikuti komen beliau seperti yang  tertera di bawah :-

 

 

salam kak rahimah,
 
sy mmg pakai nona roguy tp set tu beli kat luar awal2 dulu ..pastu br jumpe website akak nie n beli minyak herbanik je..rugi je dulu beli kat  luar dapat kurang rm10 jer…..sy dpt baby boy..skrg dah 2 hero..heroin xde rezeki lagi..ok sgt2 nona roguy nie..x sembelit langsung ,seminggu mkn pon bdn rase segar x mcm yang 1st aritu…berbaloi wpon mahal coz dah serik yang 1st tu pakai xxxxxxxx  
 
b4 bersalin : 73
skrg            : 61
berat normal : 55 lagi 6 kg..

 

Nampaknya Puan Ila telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 12 kg dalam masa 1 bulan berpantang.Satu kejayaan yang memberansangkan!Tahniah pada Puan Ila! Nanti saya akan follow up dengan Puan Ila berapa pula berat beliau sekarang :)

Semuga email dari Puan Ila di atas dapat memberikan semangat ibu ibu yang bakal berpantang untuk terus mencantik dan melansingkan diri selepas ini. Terima kasih pada Puan Ila sekali lagi.

Yang memang mahu anda slim dan sihat selalu,

Kak Rahimah

Pentingkah wang untuk kebahagiaan rumatangga?

Ada orang mengatakan wang tidak penting untuk kebahagiaan. Yang penting adalah kasih sayang.

Ada juga yang mengatakan tanpa wang, hidup pasti tidak bahagia.

Jadi sebenarnya adakah wang penting dalam kehidupan rumahtangga? Bolehkah anda hidup tanpa wang? Bolehkah juga rumahtangga kekal bahagia dengan kasihsayang sahaja?

Saya sengaja mengutarakan isu wang dalam rumahtangga kali ini. Ia sebenarnya masalah yang sering terjadi dalam setiap rumahtangga lebih-lebih lagi di waktu kemelesatn ekonomi.

Teringat saya cerita Ibu Mertuaku arahan Allahyarham P.Ramlee yang saya anggap cerita paling best!

 Banyak pengajaran dari cerita ini.Antaranya  yang boleh saya ringkaskan :

1.Jangan anggap wang tidak penting kerana ia boleh menggoncang kebahagiaan rumahtangga.Tidak kira isteri bekerja atau tidak , tanggung jawab memberi nafkah mesti di tunaikan.

2.Setiap suami mesti sentiasa memperbaiki kehidupan rumahtangga lebih-lebih lagi apabila tanggung jawab mereka bertambah dengan adanya cahaya mata.

3.Apabila memilih pasangan, salah satu kriteria yang amat penting ialah pasangan yang mampu menyediakan keperluan asas.

4.Apabila sudah sain kontrak ;) jangan menyesal dengan apa yang anda pilih kerana anda mempunyai akal fikiran sebelum membuat satu perjanjian…kata orang kira ’sain mati’ :)

Apabila kita membuat pilihan, pilihlah yang terbaik. Jangan hanya memilih atas dasar cinta kerana tanpa wang lambat laun  kasih sayang pudar. Dan jangan juga hanya kerana wang kerana ia tidak akan kekal lama.

Pada saya pilihlah jika ada kedua-duanya sekali.

Siapa kata wang tak penting? Pentingggggg….

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes