Pentingnya pap smear selepas bersalin
Salam ceria,
Selepas bersalin, ibu-ibu akan di minta datang semula ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Selalunya selepas 30 atau 40 hari. Ketika ini doktor atau gynae anda akan melakukan ujian pap smear.
Bagaimanapun ramai juga ibu yang habis bersalin tidak datang untuk pemeriksaan pap smear ini alasan sakit, malu dan sebagainya.
Nasihat saya, jangan tinggalkan pemeriksan yang amat penting ini. Lupakan sifat malu ini seketika kerana pemeriksaan pap smear ini amat mustahak untuk kesihatan anda. Tahukah anda bahawa ketika sel-sel kita akan di ambil untuk memastikan anda tidak menghadapi masalah kanser.
Jika anda di dapati ada masalah ini , pada tahap ini kita dapat mengenal tahap keseriusan penyakit kanser ini. Penyakit kanser ini ada 4 stage, iaitu stage 1, stage 2, stage 3 dan stage 4. Yang teruk ialah stage 4 di mana ia agak sukar di ubati.
Saya telah beberapa kali dan pernah membantu seorang rakan sekerja yang telah tiada lagi sekarang ( alfatihah pada beliau ) yang mengalami pendarahan yang amat teruk ketika itu. Kebanyakan penyakit kanser menyerang dalam diam dan hanya dapat di kesan selepas keadaan sudah menjadi serius.
Pemeriksaan pap smear membantu gynae memastikan tahap kesihatan anda dan jika ada ciri-ciri kanser yang dapat di kesan , ia boleh di kesan dan di rawat lebih awal.
Oleh itu, pergilah jalani pemeriksaan pap smear ini selepas bersalin dan juga sekurang-kurangnya setiap tahun sekali.Jika anda malu dengan doktor lelaki ( kebanyakan gynae adalah lelaki) anda boleh minta doktor perempuan yang menjalankan pemeriksaan tersebut.
Yang prihatin,



