Hari ini cuti am, jadi dapat la lepak lagi sehari kat rumah. Malam tadi ada seorang customer,Puan Fazlan datang ke rumah. Dapat la berbual-bual sekejap pasal pantang berpantang waktu bersalin ni.
Seronok pulak berbual sebab Puan Fazlan ni peramah orangnya
Lagi satu,menurut beliau ibunya memang kuat pantang…biasalah orang tua jaga…he he macam orang tua saya juga.
Tapi katanya kali ni ibu beliau dah tak berapa kuat, jadi beliau nak cubalah set bersalin ni dengan bengkungnya sekali…senang sikit waktu dalam pantang ..lagi pun senag sikit beliau nak ikat kain bengkung ni nanti sebab dah siap dengan tali..Saya doakan semuga beliau di mudahkan bersalin dan berpantang nanti.
Cakap-cakap pasal, mudah dalam pantang ni, saya nak tanya sikit. kalau waktu dalam pantang lampin bayi mana yang lebih elok di pakai?
Dah tau dah, jawapannya mesti lampin pakai buang betul tak? Betul betul betul…macam kata Upin & Ipin
Memang la mudah sebab lepas pakai terus buang.Kalau lampin kain kena cuci dulu, keringkan baru boleh pakai semula.
Tapi antara lampin kain dan lampin pakai buang mana lebih bagus? Dan kenapa? Rasanya ramai ibu-ibu yang tak tahu pasal apa yang ada di lampin pakai buang tu. Kita bagi kelebihannya dulu ye.
Lampin kain ( Cloth Diaper )
Kelebihan
- Di perbuat dari kain kapas dan lebih lembut pada kulit bayi
- Tidak merengsa kulit bayi yang alah pada bahan-bahan yang selalunya kurang elok pada lampin pakai buang
Kelemahannya
- Mesti di cuci setiap kali lepas di gunakan
- Menyukarkan ibu dalam pantang untuk mencuci dan menyental kotoran yang degil
Lampin Pakai Buang ( Disposable Diapers)
Kelebihannya
- Mudah di pakai kerana boleh di buang selepas kotor
- Memudahkan ibu yang baru bersalin berehat kerana tak perlu guna tenaga untuk membersihkan kotoran
Kelemahannya
- Bahan yang di gunakan sebenarnya agak kurang elok untuk kulit kerana ia mengandungi toxin. Cara pembuatan lampin pakai buang ini sama seperti tuala wanita kerana mengalami proses pelunturan pada pulpa (kulit kayu yang di gunakan untuk membuat kertas )
- Boleh merengsa kulit bayi meyebabkan kulit bayi melecet
Bagaimanapun terpulang kepada anda sendiri untuk memilih. Saya dulu guna kedua-duanya sekali. Di sebelah siang saya gunakan lampin kain tapi di alas dengan nappy liner sebab ia tak menyebabkan rasa lembap pada kulit bayi.Sesekali saya guna juga lampin pakai buang bila nak rehat lebih sikit atau nak lelapkan mata.
Di sebelah malam saya guna lampin pakai buang.Cuma bila di kira-kira budget, lampin paki buang ni sebenarnya kosnya lebih tinggi. Lagi pun kita tetap kena tukar selalu sebab jika terlalu lama , kulit bayi merah dan melecet sebab air kencing tu terlalu lama di punggung bayi .
Sekarang ni ada macam-macam cloth diaper yang berada di pasaran. Macam-macam paten dan colour ada.Jadi piliha di tangan anda. Kalau anak dah besar sikit, boelh ajar mereka pergi ke bilik air . Lebih cepat mereka belajar ke bilik air, lebih cepat kita dapt relax…dan save budget..
Kak Rahimah


Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.
Website - More Posts