March 12, 2009 Archive

Cara membersihkan botol susu bayi

Salam ceria :)

Membersihkan botol susu , tak kira susu ibu yang di perah atau susu formula , adalah amat penting untuk anak anda. Botol yang kurang bersih dan masih ada sisa susu yang melekat amat merbahaya pada bayi.

Bayi boleh sakit perut atau cirit birit jika kita tak berhati-hati. Cara paling mudah ialah setiap kali anda mahu memberikan susu pada bayi anda, jika menggunakan botol la, rebus botol susu tersebut dengan air panas dahulu. Buka kesemua komponen botol tersebut.

Dengan cara ini kesemua bahagian akan lebih bersih dan jauh dari kuman. Kemudian berus botol susu dengan berus pembersih dengan puting botol susu itu sekali.

Jika anda anda steril machine tu boleh juga guna. Tak silap saya tablet pembersih botol susu pun ada. Cara mudah dan paling baik ialah rebus saja botol susu tu dalam air panas. Jimat belanja :)

Yang prihatin,

Kak Rahimah

P/S Satu tips lagi, jangan kongsi periuk untuk merebus botol susu dengan periuk memasak makanan supaya periuk juga mudah di cuci.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Petua Penjagaan Bayi and tagged with

127.0.0.1