RSS
 

Pentingkah wang untuk kebahagiaan rumatangga?

03 Mar

Ada orang mengatakan wang tidak penting untuk kebahagiaan. Yang penting adalah kasih sayang.

Ada juga yang mengatakan tanpa wang, hidup pasti tidak bahagia.

Jadi sebenarnya adakah wang penting dalam kehidupan rumahtangga? Bolehkah anda hidup tanpa wang? Bolehkah juga rumahtangga kekal bahagia dengan kasihsayang sahaja?

Saya sengaja mengutarakan isu wang dalam rumahtangga kali ini. Ia sebenarnya masalah yang sering terjadi dalam setiap rumahtangga lebih-lebih lagi di waktu kemelesatn ekonomi.

Teringat saya cerita Ibu Mertuaku arahan Allahyarham P.Ramlee yang saya anggap cerita paling best!

 Banyak pengajaran dari cerita ini.Antaranya  yang boleh saya ringkaskan :

1.Jangan anggap wang tidak penting kerana ia boleh menggoncang kebahagiaan rumahtangga.Tidak kira isteri bekerja atau tidak , tanggung jawab memberi nafkah mesti di tunaikan.

2.Setiap suami mesti sentiasa memperbaiki kehidupan rumahtangga lebih-lebih lagi apabila tanggung jawab mereka bertambah dengan adanya cahaya mata.

3.Apabila memilih pasangan, salah satu kriteria yang amat penting ialah pasangan yang mampu menyediakan keperluan asas.

4.Apabila sudah sain kontrak ;) jangan menyesal dengan apa yang anda pilih kerana anda mempunyai akal fikiran sebelum membuat satu perjanjian…kata orang kira ‘sain mati’ :)

Apabila kita membuat pilihan, pilihlah yang terbaik. Jangan hanya memilih atas dasar cinta kerana tanpa wang lambat laun  kasih sayang pudar. Dan jangan juga hanya kerana wang kerana ia tidak akan kekal lama.

Pada saya pilihlah jika ada kedua-duanya sekali.

Siapa kata wang tak penting? Pentingggggg….

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags: , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. mimi

    March 7, 2012 at 1:28 am

    keluarga sy tdk bersetuju dgn pilihan sy. mak sy ckp pilihan sy tu cma kerja biasa2, dh la hdp keluarga pilihan sy tu miskin tkt tak menjamin msa depan sy..skrg mak sy suruh putuskan saja perhubungan sy dgn pilihan sy..tpi sy xblh, keluarga sy sndri pn sy syg..dgn pilihan sy pn sy syg..sy dh xblh buat keputusan sndri….

     
 
Bulk Email Sender