Petua rumahtangga bahagia dari Ustazah Nor Bahyah….Berselisih faham, siapa kena mintak maaf dulu

Pagi tadi sewaktu membaca akhbar Utusan Malaysia, saya terbaca berita pemergian Allahyarham Zubir Ali yang saya minati. Lagu beliau, Penantian yang sangat popular suatu waktu dahulu sangat saya gemari. Berita tersebut menyebabkan saya rasa sebak. Semuga roh beliau di cucuri rahmat.Alfatihah..

Bila teringat lagu penantian tu, saya ingin pula mengulas mengenai sikap pasangan suami isteri yang enggan mengalah selepas berselisih faham. Ramai yang menunggu biar pasangan mereka yang mintak maaf dulu dan mereka menanti..menanti dan menanti…..Macam lagu penantian juga :)

 

Menurut Ustazah Bahyah dalam buku beliau yang saya baca, apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.

Cara paling baik ialah, tak kira siap pun yang bersalah dalam hal tersebut, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.

Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.

Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan ustazah Bahyah ni ya setiap kali kita ni naik angin ;)

 

Kadang-kadang pening kepala dengan kerenah lelaki ni,

Kak Rahimah

1 Comment

  • By intan, February 3, 2010 @ 5:27 am

    betul lah apa yang akak cakap dua2 tu penting tapi kak kalau sbb duit suami kurang bg tumpuan paa isteri dan anak2 pun tak best gak…anak pompuan saya ni pun kurang nak ngan suami sbb jarang jumpa n asyik marah2 jer katanya aku ni penat kerja sehari suntuk carik duit utk korang..bila bab belanja dia yg lbh mcm2 untuk dia berejam pun tak apa tapi kalau untuk saya n anak2 sekejap je pun dah start bising camner tu apa saya nak buat….mn la bagi duit rumah nafkah semua cukup tapi kasih sayang dan belaian yang makin berkurang tu mana nak beli???

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

WordPress Themes