3 lagi tips merawat demam kuning pada bayi

Semalam semasa saya sedang surf internet, saya dapat beberapa lagi tips merawat penyakit demam kuning. Demam kuning atau jaundice memang merisaukan ibu-bapa walaupun penyakit ini biasa berlaku pada bayi.

Walaupun ia di kira biasa, ia tetap perlu di rawat untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius.

 

 

Saya kongsikan 3 tips itu di sini untuk tatapan pembaca blog ini :

1.Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Saya harap pada ibu-ibu yang bakal bersalin akan bersedia jika bayi anda menghadapi masalah demam kuning ketika lahir nanti.

Selamat mencuba,

Kak Rahimah

7 P yang mesti ada jika ingin di cintai suami

Dah lama saya nak tulis pasal 7 p ni tapi selalu saja tersangkut..7 P ni merupakan petua rumahtangga bahagia yang amat di sarankan pada kesemua wanita yang bergelar isteri.

Jadi hari ni saya nak tulis terus sebelum tersangkut lagi.. Petua 7 P ni saya ambil dari ulasan yang di buat oleh Ustazah Nor Bahyah.

Katanya jika nak diri kita di sayangi suami atau menjadi isteri yang baik, kita mesti ada 7 P berikut :

1.Penyeri

2.Pelengkap

3.Penghibur

4.Pendamai

5.Penasihat

6.Pembantu setia

7.Pengasih dan penyayang

Apa maknanya tu? Maksudnya sebagai seorang isteri kita mestilah menjaga kecantikan diri, mengemas rumah terutama bilik tidur supaya sentiasa kelihatan berseri.

Kita juga mesti setia menemani suami, tidak membantah dan tidak menjatuhkan air muka suami kita. Jadilah pasangan yang sentiasa menemani suami ketika senang dan susah.

Anda bagaimana? Boleh praktikkan?

Masalah kenan sewaktu mengandung

Semalam saya sakit perut tengah-tengah malam dan terpaksa bermalam di bilik air sehingga 1 jam. Hari ni pun perut saya masih sakit lagi. Tak tau apa yang saya makan sampai sakit macam ni. Takkan la masak  lala cili api jadi memulas-mulas.

Siang semalam saya pergi kenduri kahwin,makan lauk kenduri tu biasa saja rasanya. Ada alasan untuk saya ponteng kerja lagi esok ni : )

Saya teringat sewaktu mengandung dulu macam-macam perkara yang di larang yang perlu di ikuti. Kadang-kadang rasa pelik juga sebab saya rasa perkara yang saya lakukan tu macam tak ada kena mengena.Dah orang tua kata tak boleh tu buat jugak la.

Contohnya,  kata orang tua, jangan pukul atau bunuh binatang . Memang la pukul binatang tak berdosa tu tak baik tapi lebih tak baik lagi kalau wanita mengandung yang melakukannya. Bukan apa takut kenan binatang tu kena pada bayi. Saya sendiri pun tak pasti .

Lagi satu jangan suka memaki hamun atau mengeluarkan perkataan yang kurang manis atau tidak elok di dengar sebab nanti bayi kita pun akan terikut apa yang kita lakukan ketika itu.

Seperkara lagi, elok memandang perkara yang elok-elok sahaja. Jangan memandang pada objek-obek yang boleh memeranjatkan kita seperti cerita-cerita hantu, gambar-gambar ngeri, gambar binatang ganjil. Di takuti rupa bentuk objek tu terkena pada bayi dalam kandungan kita.

Kesimpulannya lakukan perkara yang baik-baik saja sewaktu mengandung. Jaga mulut, perangai dan perbuatan kita sebab segala apa yang kita lakukan mempunyai kesan pada kehidupan bayi kita nanti.

Sayangi bayi anda,

Kak Rahimah

Khasiat manjakani

Semalam saya terima email dari Puan Menaka yang berada di Canada. Baru-baru ini ada saya siarkan gambar baby beliau. Saya memang banyak menerima email dan order dari pembaca blog ini yang berada di luar negara cuma saya tidak pasti dengan ‘keselamatan’ set bersalin yang saya hantar ke negara ‘mat salleh’ :)

Nampaknya mungkin saya boleh menghantar pesanan ke sana pula kerana Puan Menaka telah selamat menerima pesanan beliau ( rakan beliau tolong order dan kirimkan ke sana ). Terima kasih pada Puan Menaka yang sudi memberitahu saya :)

Saya teringat sebelum ini ada pembaca yang tidak mengenali bagaimana bentuk buah manjakani.Ye lah..kalau tak pernah guna dan memang susah jika kita duduk di bandar untuk mengenali rupa buah ini.

Cuba tengok rupa buah ni kat gambar di bawah.

Rupa buah ni sebesar guli dan berpuru  ( macam kulit katak puru ..he he ). Kepada wanita yang telah berkahwin dan baru bersalin, orang orang tua selalu sediakan biji manjakani waktu dalam pantang. Kalau untuk di makan, buah ni akan di rebus dan akan di buang kulitnya. Isinya akan di gentel kecik-kecik dan di makan bersama nasi.

Kalau makan cam tu je, rasanya ramai yang akan bulat biji mata sebab pahit!. Caranya masukkan dalam nasi sedikit dan telan kalau nak selamat :0

Ada juga yang makan dengan cara di masukkan dalam buah pisang dan telan.Pun okay jugak sebab tak terkena tekak waktu menelan.

Buah manjakani juga elok di buat basuhan pencuci intim wanita. Kalau nak yang real, selepas di rebus cuci bahagian intim dengan air rebusan ( bila air tu dah suam la ye ).Elok untuk elakkan jangkitan kuman . Dalam masa yang sama merapatkan vagina wanita.

Begitu juga kalau buah ini di asah .. gesekkan dekat pasu dan ambil sedikit untuk di sapu di bahagian intim. Kata orang tua ia merapatkan semula vagina dan merupakan cara paling senang tanpa perlu beli krim atau losyen.

Sekarang ni banyak produk keintiman dan minuman kesihatan wanita yang berasaskan buah manjakani. Boleh di katakan kesemua minuman kesihatan dalaman wanita mengandungi manjakani kerana khasiatnya yang tinggi. Salah satunya ialah minuman kesihatan Bidadari yang saya promosikan di laman web petuabahagia.com.

Faham-faham ajelah banyak tisu-tisu wanita yang rosak akibat dari melahirkan anak. Selain itu juga manjakani berupaya merawat penyakit keputihan , luka-luka lepas bersalin dan juga mencegah kanser( penyakit yang paling di takuti wanita ).

Pada yang sering mengalami masalah sukar buang air besar juga amat baik kerana manjakani mengandungi serat yang tinggi.

Pada wanita yang telah berkahwin dan sibuk berkerja seharian, anda amat di galakkan untuk mengambil minuman kesihatan dalaman wanita yang mengandungi manjakani. Bukan saja ia membantu memberikan tenaga dalaman , malah membantu kita dalam hubungan intim bersama pasangan.

Wah panjangnya saya post hari ini..Waktu subuh pun dah dekat dan saya nak cari borang income tax tahun lepas sebab belum submit lagi ni .. saya memang paling tak suka isi borang ni ;)

Jumpa lagi ye!

 

Jumpa saya di booth Pusat Bandar Damansara 23 April 2009

Semalam saya agak kelam kabut kerana alarm handphone tak berbunyi dan saya terpaksa update laman web dalam masa yang agak singkat.

Jadi hari ini saya betulkan beberapa info di laman web saya.Oh ya, hari ni saya agak sibuk kerana esok saya akan berada di booth Pusat Bandar Damansara . Ini merupakan kali pertama saya membuka booth sebab baru dapat peluang dan masa :)

Jadi jom datang beramai-ramai di booth saya nanti ye..tak silap saya di blok F ( saya pun tak tau sebelah mana sebab jarang bawa kereta di area ni ).

Pada sesiapa yang nak beli direct dengan saya, ini adalah masanya. Pada yang nak jumpa saya pun inilah masanya … macam la saya selebriti :) Insyaalah saya akan cuba membantu anda memilih dan memberi info produk yang ingin anda tahu.

Jadi jumpa saya di sanaaaaaaaaaaaaa….

Kak Rahimah

Lagi petua mengubati demam kuning

Salam ceria,

Tadi semasa saya sedang browse sekejap mencari maklumat tentang pameran herba yang akan di adakan di Jalan Duta, saya terjumpa satu post di sebuah blog yang ingin saya kongsi.

Postnya adalah mengenai khasiat serai yang boleh mengubati demam kuning. Sebelum ini saya ada siarkan beberapa post tentang petua mengubati demam kuning. Mungkin petua ini juga boleh di cuba. Manalah tau ia mungkin serasi dengan bayi anda anda pula.

 

Caranya :

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

Sesiapa yang dah cuba bagi tau saya ye :)

Yang selalu berkongsi,

Kak Rahimah

Gambar bayi terbaru Puan Islinda

Assalamualaikum ,

Dah beberapa hari saya tak dapat update blog sebab masalah line maxis broadband saya. Beginilah nasib pengguna maxis broadband ;)

Ada beberapa sms dan email yang saya terima sebelum ini dari pelanggan saya yang nak saya siarkan tapi tak sempat. Hari ni saya siatrkan gambar bayi terbaru dari pelanggan saya , Puan Islinda yang telah selamat melahirkan bayi terbaru beliau .

Tengok ni , cutekan..Gambar abang-abangnya sekali pun ada. Nama baby terbaru beliau ialah Airel Hazimi.Mmmm  sedapnya nama baby ni ye. Pandai Puan Is pilih :)

 

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, Puan Islinda melahirkan cahaya mata ke tiga beliau melalui pembedahan. Saya siarkan sedikit email nya di sini .

Islinda Ishak to info
show details 15 Apr (3 days ago) Reply

 

Assalamualaikum Kak Rahimah.
 
Saya menyertakan dua keping gambar baby & anak2 bujang saya kat sini yea. TQ atas sume info2 yang kak Rahimah berikan. Alhamdulillah, saya menjalani tempoh berpantang dengan sihat. Begitu juga dengan baby. Baby baru ni namanya Muhammad Airel Hazimi.

Pendek saja email beliau tapi saya gembira sebab Puan Islinda tidak menghadapi sebarang masalah berpantang menggunakan set bersalin nona roguy yang beliau order dari saya. Jadi pada sesiapa yang bakal bersalin secara pembedahan tu, jangan ragu-ragu lagi.

Kalau tak faham cara guna set ni, tanya saja saya. Manual penggunaan set ini jika bersalin secara pembedahan pun ada saya sediakan.

Tahniah pada Puan Islinda sekali lagi!

Kak Rahimah

Tungku oh tungku…..

Assalamualaikum,

Salah satu amalan yang tidak di lupakan sewaktu berpantang ialah amalan bertungku. Tujuannya untuk menecutkan rahim dan memecah darah kotor supaya mengalir keluar di samping mengelakkan penyakit meroyan.

Saya dalam proses mencari tungku yang baik untuk keperluan ibu lepas bersalin. Pening mencari produk bertungku yang praktikal sekarang.

Antara yang pernah saya cuba untuk menguji keberkesanannya ialah tungku herba dan tungku batu.Tungku herba memang bagus tapi ia perlu di kukus terlebih dahulu.

Saya pernah kukus dan pernah juga guna microwave. Bau yang keluar dari tungku memang sedap tapi ia tak panas lama.Dalam 15 minit je ;)

Tungku terbaru yang saya cuba pulak mengandungi batu sungai yang kecil-kecil dan herba yang di buat seperti bunjut.

Hari pertama saya testing, saya terus masukkan tungku tu dalam microwave. Sebelum tu saya percikkan sedikit air pada tungku tersebut. Saya set 15 minit . He he he..tak sampai 10 minit , anak saya beritahu ada api menyala dalam microwave dan microwave dah berasap hitam :)

Apa lagi , kelamkabut saya takut rumah terbakar cepat-cepat saya tutup suis. He he tungku batu dah jadi macam habuk rokok :) Mengikut suppliernya, kena kukus dulu tungku tu jika baru nak guna pertama kali.

Dan bila nak pakai microwave kena celup dulu dalam air dalam 2-3 minit. Nantilah bila ada masa saya akan cuba balik tungku batu ni.

Ada lagi satu pulak tungku moden atau di panggil warmer bag. Saya baru tengok-tengok aje samplenya dengan seorang supplier. Ada wayar bersambung untuk di panaskan dan bila dah panas dalam 5- minit, lampunya akan terpadam dan ia dah boleh di gunakan.

Saya tak pernah cuba tungku ni tapi ia kelihatan praktikal sebab mengandungi larutan garam batu yang berkhasiat menyembuhkan penyakit. Mungkin saya kena buat survey dulu jika saya nak jual : )

Pening mencari produk bertungku yang baik sebenarnya.Apa pun menggunakan batu sungai adalah yang paling bagus cuma bila kita guna batu sungai kena la ada pulak daun-daun untuk balut tungku tu. Mana pulak nak cari daun ni  ; )

Bilik tidur yang romantik

Bilik tidur yang di hias indah mampu membangkitkan ketenangan. Bagaimanapun ramai juga yang buat tak endah dan hanya menghias ala kadar sahaja.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, bilik tidur haruslah bersih dan wangi untuk menyambut si dia.

 

Apa kata jika anda masih belum menghias bilik tidur anda sebelum ini untuk mencuba tips -tips berikut :-

  • Cat menggunakan warna yang romantik seperti warna merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan dengan sedikit satu ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Jika anda menggunakan wall paper, jangan terlalu sarat hingga mengundang rasa lemas sebaik saja anda melangkah masuk.

 

  • Warna langsir selaras warna dinding. Warna harus berpadanan dengan warna dinding anda dan menggunkan material yang jenis lembut dan ringan.Jika anda suka menggunakan motif floral di bilik tidur, gunakan corak yang berbunga kecil.

 

  • Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Jangan pula anda menggunakan cadar bercorak gambar ikan , gajah atau kartun ;) Pilih cara yang boleh mebangkitkan mood dan suasana romantik seperti warna-warna yang sekata dengan warna dinding dan langsir.Sembur sedikit pewangi untuk rasa lebih romantik dan nyaman.

 

  • Gunakan lilin aromaterapi. Jika anda suka anda boleh menggunkan lilin aromaterapi tetapi awas agar tidak terlalu dekat dengan langsir. Dah terbakar nanti susah pulak satu rumah :)

 

  • Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur seperti gantungan bunga atau frame gambar lukisan anda berdua bersama suami. Letakkan juga seberkas bunga segar untuk lebih ‘hidup’.

Saya pasti anda akan rasa tak sabar melangkah ke bilik tidur sebaik pulang dari kerja.

Kak Rahimah

Makanan organik baik untuk bayi

Salam ceria,

Kebiasaannya pada hari minggu, saya akan ke kedai Az Zain yang terletak di Bukit Indah untuk membeli ayam organik. Minggu ni saya terlampau sibuk hingga terlupa untuk menyimpan 2 ekor ayam untuk sajian .

Semenjak mengetahui kelebihan ayam organik, sehinggalah sekarang apabila tiba waktu membeli ayam, saya lebih suka memilih ayam organik.Anak-anak saya pun suka sebab rasa ayam ni lebih sedap . Cuma walaupun sedap, harganya  agak mahal ;)

Yang menariknya, tiba waktu membersihkan ayam ni, tidak ada seekor lalat pun yang menghurung daging ayam tersebut berbanding jika saya membeli ayam yang biasa terdapat di kedai.Walaupun ayam ni masih tak boleh menandingi rasa ayam kampung, tapi ia adalah pilihan terbaik untuk kesihatan.

Selain ayam organik, ada sayur organik, buah organik malah makanan organik untuk bayi pun ada.Saya asyik bercakap tentang makanan organik tapi anda tahu tak apa dia makanan organik ni? Kenapa makanan organik juga amat baik untuk bayi?

 

Saya tak la pandai sangat tapi secara ringkasnya makanan organik berasal dari sumber semula jadi. Oleh itu ia bebas dari bahan kimia bermula dari proses penanaman hinggalah kepada proses membungkus makanan tersebut.

Di sini saya tuliskan kelebihan makanan ini mengikut apa yang di tulis dalam sebuah majalah yang saya baca semalam :

  • Lebih bergizi - buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50 %  lebih banyak antioksida yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
  • Meningkatkan sistem imunisasi pada bayi di samping membuatkan tidur mereka lebih lena
  • Rasa yang lebih enak berbanding makanan bukan organik kerana tidak mengandungi garam dan gula.
  • Mengurangkan 1/6 karsinogen dalam darah ( bayi di lahirkan dengan 200 toksin dan karsinogen.Sewaktu bayi berusia 2 tahun, kadar toksin mencapai tahap maksimum)

Jadi berilah bayi anda makanan berunsur organik. Bukan bayi saja, anda sekeluarga pun patut bertukar pada makanan jenis ini yang lebih menyihatkan badan.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes