Salam ceria,
Setelah beberapa hari sibuk dan menyelesaikan beberapa masalh teknikal di blog ini, barulah hari ni saya rasa lega sikit.Di sebabkan hari ni hari minggu, sebelah petang dapatlah saya melelapkan mata sekejap.Alangkah seronoknya jika saya hanya duduk di rumah setiap hari seperti ini :) .
Saya percaya ramai wanita yang telah berkeluarga atau anda sendiri teringin untuk duduk di rumah sahaja .Di zaman yang serba canggih dan sibuk ni, kita kadangkala tak banyak masa untuk menumpukan perhatian pada rumahtangga.

Anak dan suami perlukan perhatian.Dan yang lebih penting lagi…diri kita sendiri perlu di jaga! Tak ada gunanya jika kita hanya mementingkan orang lain jika kita tak sayangkan diri kita sendiri.
Kos kehidupan yang tinggi terutama jika anda tinggal di bandar memang memeritkan. Jika anda makan gaji, setakat RM 4K - RM 5K tidak lagi cukup sekarang.
Jadi ramai para isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu suami . Jika anda tergolong dalam kategori rajin, menjalankan perniagaan secara sambilan adalah amat menguntungkan.
Tetapi anda juga harus bijak mebahagikan masa.Jika seharian anda bekerja di pejabat, mungkin dalam sehari anda boleh meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti perniagaan anda dalam 2-3 jam.
Sudah semestinyalah semua ini memerlukan pengorbanan.Wang tidak akan datang bergolek jika kita tidak mengusahakannya. Terlalu menumpukan perhatian pada kerjaya boleh menyebabkan keretakan rumahtangga juga.
Masakan tidak, jika pada waktu anda patut meluangkan masa bersama keluarga tetapi kerana asyik bekerja, sedikit sebanyak anda kehilangan masa berkualiti itu. Bahagikanlah masa anda sebaiknya.
Sebagai contoh, saya juga bekerja di pejabat di sebelah siang dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan internet di sebelah malam. Sebab itulah pesanan akan hanya di hantar pada pelanggan saya dalam masa 2 hari.
Apa yang saya lakukan, saya tidur awal..dalam pukul 10pm setiap malam dan bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
Jadi saya mempunyai waktu untuk meluangkan masa untuk keluarga, tidur yang cukup dan dapat menumpukan perhatian pada bisnes internet dalam masa 2 jam dengan lebih berkualiti ( tak banyak gangguan masa tu sebab semua masih nyenyak tidur).
Itu pendapat saya yang masih lagi bekerja di pejabat. Mungkin orang lain , lain pula pandangannya.
Apa pendapat anda?
Kak Rahimah
