Makanan organik baik untuk bayi
Salam ceria,
Kebiasaannya pada hari minggu, saya akan ke kedai Az Zain yang terletak di Bukit Indah untuk membeli ayam organik. Minggu ni saya terlampau sibuk hingga terlupa untuk menyimpan 2 ekor ayam untuk sajian .
Semenjak mengetahui kelebihan ayam organik, sehinggalah sekarang apabila tiba waktu membeli ayam, saya lebih suka memilih ayam organik.Anak-anak saya pun suka sebab rasa ayam ni lebih sedap . Cuma walaupun sedap, harganya agak mahal
Yang menariknya, tiba waktu membersihkan ayam ni, tidak ada seekor lalat pun yang menghurung daging ayam tersebut berbanding jika saya membeli ayam yang biasa terdapat di kedai.Walaupun ayam ni masih tak boleh menandingi rasa ayam kampung, tapi ia adalah pilihan terbaik untuk kesihatan.
Selain ayam organik, ada sayur organik, buah organik malah makanan organik untuk bayi pun ada.Saya asyik bercakap tentang makanan organik tapi anda tahu tak apa dia makanan organik ni? Kenapa makanan organik juga amat baik untuk bayi?
Saya tak la pandai sangat tapi secara ringkasnya makanan organik berasal dari sumber semula jadi. Oleh itu ia bebas dari bahan kimia bermula dari proses penanaman hinggalah kepada proses membungkus makanan tersebut.
Di sini saya tuliskan kelebihan makanan ini mengikut apa yang di tulis dalam sebuah majalah yang saya baca semalam :
- Lebih bergizi - buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50 % lebih banyak antioksida yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
- Meningkatkan sistem imunisasi pada bayi di samping membuatkan tidur mereka lebih lena
- Rasa yang lebih enak berbanding makanan bukan organik kerana tidak mengandungi garam dan gula.
- Mengurangkan 1/6 karsinogen dalam darah ( bayi di lahirkan dengan 200 toksin dan karsinogen.Sewaktu bayi berusia 2 tahun, kadar toksin mencapai tahap maksimum)
Jadi berilah bayi anda makanan berunsur organik. Bukan bayi saja, anda sekeluarga pun patut bertukar pada makanan jenis ini yang lebih menyihatkan badan.
Kak Rahimah




