3 lagi tips merawat demam kuning pada bayi

Semalam semasa saya sedang surf internet, saya dapat beberapa lagi tips merawat penyakit demam kuning. Demam kuning atau jaundice memang merisaukan ibu-bapa walaupun penyakit ini biasa berlaku pada bayi.

Walaupun ia di kira biasa, ia tetap perlu di rawat untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius.

 

 

Saya kongsikan 3 tips itu di sini untuk tatapan pembaca blog ini :

1.Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Saya harap pada ibu-ibu yang bakal bersalin akan bersedia jika bayi anda menghadapi masalah demam kuning ketika lahir nanti.

Selamat mencuba,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

7 Comments on 3 lagi tips merawat demam kuning pada bayi

  1. juraini
    March 18, 2011 at 3:30 am (3 years ago)

    assalammualaikum…saya ingin sekali bertanya…tips yang ketiga itu bermaksud apa??saya semeskali tidak memahaminya…apakah ada nama yang lain selain pokok dukung??terima kasih atas tips2 yang diberi..insyaallah saya akan mencuba..

    Reply
  2. adi
    March 23, 2011 at 2:35 am (3 years ago)

    pokok dukung anak : Asal pokok ini adalah tumbuhan liar atau rumput liar yang kebiasaan tumbuh di laman rumah atau tumbuh liar di pasu2 bunga pokok hiasan laman rumah kita. Pokok ini mempunyai buah atau biji2 di setiap bawah bahagian daun. dan sebab itu ia di panggil dukung anak.

    Reply
  3. nuraini
    March 24, 2011 at 5:32 am (3 years ago)

    askum kak rahimah, anak saya tak menghadapi demam kuning, seminggu selepas kuar dr hospital, tapi masalh saya b oleh kah dlm jangkamasa 1 minggu ini saya mengamalkan jamu dan ubat periuk, ini kerana kebiasaan mereka cadangkan makan pada2 minggu waktu bersalin. satu lagi saya nak tanya darah nifas saya semakin hari semakin kurang dan berwarna ijau kuning dan berlendir,baunya agak busuk, adakah ianya normal dlm keadaan tempoh nifas saya 10 hari. hope kak rahimah boleh jawab soalan ini thx…

    email saya : nurainiain@ymail.com

    Reply
  4. fasha
    April 10, 2011 at 8:48 am (3 years ago)

    Askum kak Rahimah anak baru melahirkan anak dalam 7 hai ,anak saya juga mengidap penyakit kuning kami telah mencuba pelbagai petua termasuk air senkuang cina ,mandikan baby dgn air rebusan inai kadar bacaan tetap naik tapi naik sedikit2! hai nie saya akn mencuba minum air glukos sepeti yg saya baca di blog kak,semoga baby saya akn sihat sepenuhnya amin!!!

    Reply
  5. Jue Fadlee
    May 12, 2014 at 4:30 pm (2 months ago)

    Salam..kak rahimah sy nk tanye macam mane kite nak tau yg bby kite masih ade kuning lagi ke x. Tlg bantu sy..

    Reply
    • rahimah
      May 12, 2014 at 8:56 pm (2 months ago)

      Waalaikummusalam Jue, tengok kat mata pun bleh nampak dah kat bahagian berwarna putih tu.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender