Khasiat manjakani

Semalam saya terima email dari Puan Menaka yang berada di Canada. Baru-baru ini ada saya siarkan gambar baby beliau. Saya memang banyak menerima email dan order dari pembaca blog ini yang berada di luar negara cuma saya tidak pasti dengan ‘keselamatan’ set bersalin yang saya hantar ke negara ‘mat salleh’ :)

Nampaknya mungkin saya boleh menghantar pesanan ke sana pula kerana Puan Menaka telah selamat menerima pesanan beliau ( rakan beliau tolong order dan kirimkan ke sana ). Terima kasih pada Puan Menaka yang sudi memberitahu saya :)

Saya teringat sebelum ini ada pembaca yang tidak mengenali bagaimana bentuk buah manjakani.Ye lah..kalau tak pernah guna dan memang susah jika kita duduk di bandar untuk mengenali rupa buah ini.

Cuba tengok rupa buah ni kat gambar di bawah.

Rupa buah ni sebesar guli dan berpuru  ( macam kulit katak puru ..he he ). Kepada wanita yang telah berkahwin dan baru bersalin, orang orang tua selalu sediakan biji manjakani waktu dalam pantang. Kalau untuk di makan, buah ni akan di rebus dan akan di buang kulitnya. Isinya akan di gentel kecik-kecik dan di makan bersama nasi.

Kalau makan cam tu je, rasanya ramai yang akan bulat biji mata sebab pahit!. Caranya masukkan dalam nasi sedikit dan telan kalau nak selamat :0

Ada juga yang makan dengan cara di masukkan dalam buah pisang dan telan.Pun okay jugak sebab tak terkena tekak waktu menelan.

Buah manjakani juga elok di buat basuhan pencuci intim wanita. Kalau nak yang real, selepas di rebus cuci bahagian intim dengan air rebusan ( bila air tu dah suam la ye ).Elok untuk elakkan jangkitan kuman . Dalam masa yang sama merapatkan vagina wanita.

Begitu juga kalau buah ini di asah .. gesekkan dekat pasu dan ambil sedikit untuk di sapu di bahagian intim. Kata orang tua ia merapatkan semula vagina dan merupakan cara paling senang tanpa perlu beli krim atau losyen.

Sekarang ni banyak produk keintiman dan minuman kesihatan wanita yang berasaskan buah manjakani. Boleh di katakan kesemua minuman kesihatan dalaman wanita mengandungi manjakani kerana khasiatnya yang tinggi. Salah satunya ialah minuman kesihatan Bidadari yang saya promosikan di laman web petuabahagia.com.

Faham-faham ajelah banyak tisu-tisu wanita yang rosak akibat dari melahirkan anak. Selain itu juga manjakani berupaya merawat penyakit keputihan , luka-luka lepas bersalin dan juga mencegah kanser( penyakit yang paling di takuti wanita ).

Pada yang sering mengalami masalah sukar buang air besar juga amat baik kerana manjakani mengandungi serat yang tinggi.

Pada wanita yang telah berkahwin dan sibuk berkerja seharian, anda amat di galakkan untuk mengambil minuman kesihatan dalaman wanita yang mengandungi manjakani. Bukan saja ia membantu memberikan tenaga dalaman , malah membantu kita dalam hubungan intim bersama pasangan.

Wah panjangnya saya post hari ini..Waktu subuh pun dah dekat dan saya nak cari borang income tax tahun lepas sebab belum submit lagi ni .. saya memang paling tak suka isi borang ni ;)

Jumpa lagi ye!

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

26 Comments on Khasiat manjakani

  1. ieda
    May 15, 2009 at 6:41 am (5 years ago)

    Dalam tempoh berpantang, Sekiranya kiti tidak lalu utk makan manjakani kerana pahit, bgmana kalau airnya di rebus dan kemudiannya diminum? Ada petua membolehkan ianya di minum dgn mudah.

    Lagi satu petua yg puan maklumkan bahawa manjakani tersebut boleh merapatkan. Adakah apabila ianya dilakukan akan merapatkan pada masa tersebut aje @ ianya adalah petua utk merapatkan sehingga bila-bila.

    tq

    Reply
  2. Annie
    July 26, 2009 at 7:02 pm (5 years ago)

    Puan,
    Saya berada di United Kingdom. Saya inginkan produk yang boleh merawat dan mengetatkan peranakan wanita seta menjaga kesihatan dalaman wanita. memandangkan saya di sini, sukar untuk saya mendapatkan barangan tersebut sendiri. Adakah puan menyediakan perkhidmatan penghantaran pos sehingga ke UK?
    Terima kasih

    Reply
  3. rahimah
    July 26, 2009 at 7:20 pm (5 years ago)

    Annie,banyak permintaan supaya saya dapat menghantar barangan seperti ini untuk mereka yang berada di luar negara.

    Bukan saya tak mahu tapi masalah kastam dan undang-undang luar negara ( asia kurang sikit ) yang ketat dengan kemasukan barang dari luar yang menyebabkan saya tak dapat penuhi permintaan mereka.

    Dan bukan juga tak boleh cuba cuma saya risau jika pelanggan tak dapat barang yang di pesan.
    Puan rugi , saya pun rasa tak sedap hati.

    Reply
  4. ain
    September 10, 2009 at 4:39 pm (5 years ago)

    betul tu..sebelum ni saya amalkan juga minum air rebusan biji manjakani untuk jaga kesihatan dalaman dan untuk basuh alat sulit sebab saya ada keputihan yang agak teruk. lepas amalkan minum air manjakani alhamdulillah keputihan dah kurang..disebabkan saya masih belum berkahwin saya minum air rebusan biji manjakani 2 minggu sekali sebab orang tua2 cakap kalau minum lebih nanti boleh mandul..so saya lebihkan basuh alat sulit je la,hehehe….

    Reply
  5. Organic Sifu
    November 4, 2009 at 4:14 am (5 years ago)

    Jika anda menginginkan kebagahagiaan rumahtangga pastikan pertama-tamanya sekali anda mampu membahagiakan suami anda!

    Salah satu faktor hubungan suami isteri tidak intim dan mesra adalah disebabkan anda gagal memberikan yang terbaik untuk suami anda.

    Ingat! Bukan hanya isteri yang mahukan suami yang hebat, malah suami juga memerlukan isteri yang bukan sahaja hebat malah mampu memberikan impak yang luar biasa! Ingat, IMPAK YANG LUAR BIASA! Atau dalam erti kata lain IMPAK MAKSIMA!

    Bagaimana anda ingin memberikan impak maksima walaupun usia anda semakin meningkat? Anda tidak perlu risau… Tidak ada suatu masalah di dunia ini pun yang tiada penyelesaiannya.

    Di sini kami memperkenalkan anda produk NONA MANJA.

    NONA MANJA merupakan makanan tambahan yang mampu membantu dan telah pun terbukti mampu membantu ramai wanita yang ingin menjadikan setiap malam bagaikan nostalgia ‘malam pertama’. Ingat, faktor usia anda bukan menjadi penghalang untuk anda kembali menikmati keremajaan dalaman anda malah anda juga pasti akan mampu memberikan kenikmatan yang tidak boleh dilupakan untuk suami tercinta.

    NONA MANJA diperbuat daripada mengkudu (morinda citrifolia), manjakani (croton caudatun), roselle (hibiscus sabdariffa) dan madu. Campuran bahan-bahan ini mampu dan terbukti membantu menangani masalah:
    1) Menguatkan otot-otot faraj (untuk fungsi kemut)
    2) Mengetatkan dan menyempitkan dinding faraj
    3) Melancarkan kitaran haid
    4) Mengurangkan masalah keputihan

    Kami telah berjaya membantu ramai wanita dan anda perlu cuba hari ini juga.
    Tidak perlu risau kerana produk kami mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan(MAL04103396T), GMP, Halal dan yang paling utamanya 100% organik!

    Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian, sila hubungi Organic Sifu ke organicsifu@gmail.com

    http://www.nona-manja.blogspot.com

    PENGEDAR SELURUH NEGARA DIPERLUKAN

    Reply
  6. ina
    January 6, 2010 at 1:37 pm (5 years ago)

    nak tanya.. kalau bagi yang belum berkahwin tu boleh makan tak? kalau boleh, berapa kali seminggu?

    Reply
  7. ija
    January 17, 2010 at 5:24 am (5 years ago)

    saya nak tau, air rebusan manjakani ni boleh tak digunakan utk cuci muka?

    Reply
  8. aida
    January 23, 2010 at 2:34 am (5 years ago)

    boleh ker manjakani dimakan oleh wanita yang sudah berkahwin tetapi belom pernah melahirkan anak kerana vagina dah rasa longgar dan rasa kemut semakin berkurangan ketika bersama suami? sudah berkahwin selama 2 tahun tapi belum mendapat zuriat

    Reply
  9. sephia
    February 9, 2010 at 8:47 am (4 years ago)

    saya amalkan makan manjakani ini setia hari..pagi saya makan maajun.malam pula amal makan manjakani.Memang kesan sangat ketara,tiada keputihan,badan sihat dan hubungan pun tiada masalah.anak saya dah dua orang

    Reply
  10. as
    March 3, 2010 at 6:08 am (4 years ago)

    saya baru saja nak try amalkan minum rebusan manjakani nie tapi belum kawin,agak2 ada kesan sampingan tak?

    Reply
  11. azzura
    March 16, 2010 at 12:46 am (4 years ago)

    ye memang berbaloi minum air rebusan manjakani ni.. saya pun dari zaman anak dara lagi dah amalkan minum air rebusan ini sampailah dah anak sorang ni..memang meletuplah..

    Reply
  12. azzura
    March 16, 2010 at 12:48 am (4 years ago)

    kesan sampingan tu rasanya takdelah as..cuba dulu baru tau..akak dah bertahun minum air rebusan manjakani ni ok jer…

    Reply
  13. nadin
    March 20, 2010 at 8:45 pm (4 years ago)

    kalau sakit kista boleh engga minum majakane

    Reply
  14. ninie
    March 26, 2010 at 3:27 am (4 years ago)

    kalau nk mkn buah manjakani tu sebiji sehari ke atau sebiji pagi n sebiji malam

    Reply
  15. A.s norul fikri
    July 9, 2010 at 10:01 am (4 years ago)

    Assalamualaikum…

    Pn2 dan cik2 sekalian…manjakani tumbuhan yang sememangnya kita tahu amat pahit tapi BERKHASIAT…
    so sini saya ada PENYELESAIAN kpd anda semua..
    kami ada product yang mempunyai EXTRACT MANJAKANI, delima dan campuran beberapa tumbuhan herba yang lain…
    RASALAH-KONFIRM ANDA MAHU LAGI
    “RASA PAHIT TIADA LAGI,KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI,FAMILY BAHAGIA AKAN DIMILIKI” :D

    untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi sy di
    016-2130544 atau layari web kami http://www.xliq.com.my

    Reply
  16. guess
    July 14, 2010 at 7:49 am (4 years ago)

    u all, nak tny la pada sapa2 yg biasa makan manjakani tu..cam mana caranyer?makan sebiji terus ke?buang kulit ke?takpe ke makan hari2 sebiji?saya dah berkahwin dan ada seorg anak..kompius la cara makan manjakani tu?nak minum air rebusan cam tak lalu lak, sbb pahit..tapi kalau makan leh kepal ngan nasi..so tak terasa pahitnyer tu..hehehe

    Reply
  17. sal
    February 14, 2011 at 1:36 pm (3 years ago)

    salam, sy bakal brkawin bulan dpn, tp ada masalah keputihan-wrna coklat&kegatalan pd alat sulit.mcm mana cara sy nk guna air rebusan manjakani trsebut?cara rebus pulak nk brp biji, air byk mana?blh guna cuci alat sulit setiap kali lps buang air,setiap hari?air tu blh thn brp lama klu simpan dlm peti ais?tq

    Reply
  18. sal
    February 14, 2011 at 1:38 pm (3 years ago)

    cara minum mcm mana air rebusan manjakani?byk ke?

    Reply
  19. bainy
    March 11, 2011 at 1:26 pm (3 years ago)

    mmng la bagus untuk orang yang bersalin ;)

    Reply
  20. mummy auni
    March 21, 2011 at 6:42 am (3 years ago)

    salam..saye dlm proses berpantang skrg nie..ada mcm2 ubat sye gune utk kasi jahitan cepat kering.ubat kuning dr hospital,ubat dr set bersalin,last2 mak sye ckp gesek biji manjakani nie dan letak di vagina.alhamdullillah baru sehari sye pakai nampak keberkesanannya.sye juga ada minum air rebusan manjakani + kunyit +asam keping+bwg putih dll.pahitnye mmg x sanggup nak minum.almaklumlah baby first lgpun sye x biasa mkn herba2 nie masa bujang dulu.tp mmg bagus utk proses buang air.pendek kata manjakani nie mmg la tersangat bagus.bleh didapati di giant bahgn rempah ratus tue atau di kedai sensei.. ;)

    Reply
  21. Rusman
    March 22, 2011 at 3:16 am (3 years ago)

    Asslamiolakum wrwb
    We’are of Souteast sulawesi,Indonesia.
    Ilmiah herb company.
    we are need your product

    where is to get it an indonesian?

    Rusman Ilmiah Herbal
    owner

    Reply
  22. Rusman
    March 22, 2011 at 3:21 am (3 years ago)

    Kami dari Ilmiah herbal Sulawesi Tenggara,indonesia.
    kami sangat membutuhkan prouk anda yg terbuat dari manjakani’
    dmankah bsa kmi dapatkan untuk wilaYAH INDONESIA?

    Kirimkan surat penawaran anda di rusman1001@ymail.com

    Rusman ILMIAH HERBAL
    OWNER

    Reply
  23. Rusman
    March 22, 2011 at 3:24 am (3 years ago)

    hubungi kami di nmer 081241362262 untuk produk anda yg berkualitas an kmi siap memasarkanya di seluruh Indonesia

    Reply
  24. anne
    December 16, 2011 at 9:55 am (3 years ago)

    amalkan makan manjakani ni berapa lama boleh nampak kesan? maksudnya nak makan bayak mana dalam sehari. saya lalu makan jer nak minum air rebusan xlalu…tapi yang paling bagus nak dapat kesan yg cepat kena makan ke atau minum air nyer?.

    Reply
  25. wan
    April 17, 2012 at 7:12 am (2 years ago)

    Salam..

    Nak taye..kalu sengugut leh hilang tak kalu minum manjakani ni….
    tak tahn dah..tiap2 bulan senggugut yang kuat siap guling2 lagi….huhuhu
    tolong…..

    satu lagi….nk beli kt mane erk manjakani ni…..

    TQ

    Reply
  26. rahimah
    April 20, 2012 at 4:06 pm (2 years ago)

    wan, cuba aje dulu…kat kiosk banyak jual…buat sementara boleh guna tunku letrik sb ia tolong lancarkan peredaran darah..dulu2 oran suka pakai botol isi air panas, dgn tungku letrik tu lg senang

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender