Salam ceria,
Tadi semasa saya sedang browse sekejap mencari maklumat tentang pameran herba yang akan di adakan di Jalan Duta, saya terjumpa satu post di sebuah blog yang ingin saya kongsi.
Postnya adalah mengenai khasiat serai yang boleh mengubati demam kuning. Sebelum ini saya ada siarkan beberapa post tentang petua mengubati demam kuning. Mungkin petua ini juga boleh di cuba. Manalah tau ia mungkin serasi dengan bayi anda anda pula.
Caranya :
1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )
Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.
Sesiapa yang dah cuba bagi tau saya ye
Yang selalu berkongsi,
Kak Rahimah


Kuala Lumpur Time

faz
September 2, 2010 at 12:24 am
salam ceria,
pada saya yg ada pengalaman 3 anak yg demam kuning,jenis prolong plk tu. rawatannya hanya la lampu dan pemberian susu ibu.setiap kali mengandung sy bersedia dgn mcm2 petua yg diberi tp kurang berhasil.kuning tu hanya akan keluar melalui air kencing dan najis yg banyak..jd mana2 ibu yg kurang susu ibu di awal kelahiran, campur la dgn susu formula supaya cepat sikit kuning tu keluar. kalau tidak bacaannya makin hari makin tinggi, kita jgk yg susah hati
rahimah
September 2, 2010 at 10:54 pm
Betul tu. Tapi tak salah mencuba kerana jika berhasil tak perlu nak duduk hospital berhari-hari dan sedikit sebanyak menjejaskan proses berpantang.Asalakn tak memudaratkan bayi tak ada salahnya mencuba.
Ernida
October 19, 2010 at 7:59 am
Salam. kedua-dua ank sy mengalami demam kuning. Alhamdulillah,setelah d mandikan dgn air serai,juandis semakin berkurang. sy mandikan ank sy sehingga juandis hilang..!! kpd sesiape yg mempunyai ank juandis,cuba la petua ni !!! SELAMAT MENCUBA !!!
shedah
January 9, 2011 at 2:21 am
ada satu hari saya pergi makan dan terdengar perbualan antara seorang makcik dan seorang ibu muda. bercakap pasal kuning…….makcik tersebut telah memberi petua apabila bayi lahir mandikan dengan air mineral…….katanya beli banyak2……xrugi untuk anak bukannya mahal pun…..kalau guna penapis air dirumah xyah beli air mineral tadah je air tapis tu kemudian bagi mandi sampai 2 @ 3 hari………katanya punca kuning tu sebab kita mandikan anak dengan air paip yang banyak klorin…..saya pun tak cuba lagi tp insya’allah kalau perlu saya akan guna cara ni………
selamat mencuba…..
MIDUL
October 24, 2011 at 4:31 am
ADA PETUA YANG SAYA TERBACA AMBIL BUNGA RAYA YANG BELUM KEMBANG,CAMPURKAN DANGAN AIR PANAS DAN BIARKAN IA SEJUK SEKEJAP BARU MANDIKAN BUDAK …..