RSS
 

Makanan organik baik untuk bayi

12 Apr

Salam ceria,

Kebiasaannya pada hari minggu, saya akan ke kedai Az Zain yang terletak di Bukit Indah untuk membeli ayam organik. Minggu ni saya terlampau sibuk hingga terlupa untuk menyimpan 2 ekor ayam untuk sajian .

Semenjak mengetahui kelebihan ayam organik, sehinggalah sekarang apabila tiba waktu membeli ayam, saya lebih suka memilih ayam organik.Anak-anak saya pun suka sebab rasa ayam ni lebih sedap . Cuma walaupun sedap, harganya  agak mahal ;)

Yang menariknya, tiba waktu membersihkan ayam ni, tidak ada seekor lalat pun yang menghurung daging ayam tersebut berbanding jika saya membeli ayam yang biasa terdapat di kedai.Walaupun ayam ni masih tak boleh menandingi rasa ayam kampung, tapi ia adalah pilihan terbaik untuk kesihatan.

Selain ayam organik, ada sayur organik, buah organik malah makanan organik untuk bayi pun ada.Saya asyik bercakap tentang makanan organik tapi anda tahu tak apa dia makanan organik ni? Kenapa makanan organik juga amat baik untuk bayi?

 

Saya tak la pandai sangat tapi secara ringkasnya makanan organik berasal dari sumber semula jadi. Oleh itu ia bebas dari bahan kimia bermula dari proses penanaman hinggalah kepada proses membungkus makanan tersebut.

Di sini saya tuliskan kelebihan makanan ini mengikut apa yang di tulis dalam sebuah majalah yang saya baca semalam :

  • Lebih bergizi – buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50 %  lebih banyak antioksida yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
  • Meningkatkan sistem imunisasi pada bayi di samping membuatkan tidur mereka lebih lena
  • Rasa yang lebih enak berbanding makanan bukan organik kerana tidak mengandungi garam dan gula.
  • Mengurangkan 1/6 karsinogen dalam darah ( bayi di lahirkan dengan 200 toksin dan karsinogen.Sewaktu bayi berusia 2 tahun, kadar toksin mencapai tahap maksimum)

Jadi berilah bayi anda makanan berunsur organik. Bukan bayi saja, anda sekeluarga pun patut bertukar pada makanan jenis ini yang lebih menyihatkan badan.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags:

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. afifumi

    May 5, 2009 at 5:23 am

    pernah dengar gak pasal makanan organik ni elok utk baby.tp mana nak cari @ nak tau makanan tu organik ke tak?

     
  2. rahimah

    May 5, 2009 at 9:30 pm

    Afifiumi,Tak banyak sebenarnya tempat untuk kita cari makanan organik sebab kurang pendedahan..mungkin juga sebab harganya lebih mahal dari makanan non-organik.

    isnyallah nanti saya cuba cari more info pasal direktori makanan organik ni.

     
  3. hayana

    October 26, 2009 at 5:34 am

    hi kak,

    sy just nak tanye address kedai az zain bukit indah..

    tq

     
  4. Pakya

    November 30, 2010 at 4:08 am

    Ayam Organik Azzain Kini berada di Terengganu

    Sila singgah bentar gok.!

     
 
Bulk Email Sender