Semalam saya sakit perut tengah-tengah malam dan terpaksa bermalam di bilik air sehingga 1 jam. Hari ni pun perut saya masih sakit lagi. Tak tau apa yang saya makan sampai sakit macam ni. Takkan la masak lala cili api jadi memulas-mulas.
Siang semalam saya pergi kenduri kahwin,makan lauk kenduri tu biasa saja rasanya. Ada alasan untuk saya ponteng kerja lagi esok ni : )
Saya teringat sewaktu mengandung dulu macam-macam perkara yang di larang yang perlu di ikuti. Kadang-kadang rasa pelik juga sebab saya rasa perkara yang saya lakukan tu macam tak ada kena mengena.Dah orang tua kata tak boleh tu buat jugak la.
Contohnya, kata orang tua, jangan pukul atau bunuh binatang . Memang la pukul binatang tak berdosa tu tak baik tapi lebih tak baik lagi kalau wanita mengandung yang melakukannya. Bukan apa takut kenan binatang tu kena pada bayi. Saya sendiri pun tak pasti .
Lagi satu jangan suka memaki hamun atau mengeluarkan perkataan yang kurang manis atau tidak elok di dengar sebab nanti bayi kita pun akan terikut apa yang kita lakukan ketika itu.
Seperkara lagi, elok memandang perkara yang elok-elok sahaja. Jangan memandang pada objek-obek yang boleh memeranjatkan kita seperti cerita-cerita hantu, gambar-gambar ngeri, gambar binatang ganjil. Di takuti rupa bentuk objek tu terkena pada bayi dalam kandungan kita.
Kesimpulannya lakukan perkara yang baik-baik saja sewaktu mengandung. Jaga mulut, perangai dan perbuatan kita sebab segala apa yang kita lakukan mempunyai kesan pada kehidupan bayi kita nanti.
Sayangi bayi anda,
Kak Rahimah






