Update terkini
Assalamualaikum,
Semalam blog ini mengalami masalah untuk di akses dan kebanyakan posting tidak dapat di baca.Dan semalam juga macam-macam masalah yang timbul yang perlu saya tangani untuk memastikan tempahan yang di terima sepanjang promosi dapat di hantar dengan cepat.
Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah bersabar menunggu pesanan mereka kerana ada kelewatan dengan stok pek mandian yang tersangkut di pejabat pos selama beberapa hari ( alasan mereka…tak ada posmen nak hantar
Perkara ini telah saya atasi dan mulai semalam banyak pesanan telah mula di hantar.
Sebahagian lagi akan mula menerima pesanan mereka mulai selasa hadapan kerana saya telah membuat pesanan yang lebih dari supplier untuk menampung permintaan pek herba mandian Aura yang sangat tinggi.( Anda kena cepat kerana pek mandian aura ni macam goreng pisang panas ).
Oh ya..Insyaalah saya juga akan membuka booth di Pusat Bandar Damansara mulai April ini .Mengikut apa yang saya telah di beritahu, ia akan di buka sebulan sekali pada setiap hari gaji :) . Jadi anda boleh la shopping banyak-banyak dari saya di sana nanti ye
Dengan ini juga saya membuka kembali tawaran pek uncang mandian aura yang telah di tutup 2 hari lepas untuk anda membuat pesanan semula.Kesemua pesanan melalui online akan di proses terlebih dahulu. Anda juga boleh klik gambar Mandian Aura di sebelah kanan blog untuk terus membuat pesanan.
Selamat membeli belah.
Kak Rahimah



