May 1, 2009 Archive

Lagi gambar bayi terbaru

Baru-baru ini saya menerima 2 keping gambar melalui email dari Puan Wati Wahida yang telah selamat bersalin pada 24 February 2009.

Kiranya Puan Wati dah habis berpantang.Jom kita tengok gambar bayi Puan Wati.Mana tau pada sesiapa yang rasa-rasa tak nak baby lagi tu akan rasa nak start balik pakai uniform lepas ni :)

Gambar yang atas ni tengah syok tidur.

Gambar yang ni pulak tengah tenung kamera. Pandai dia posingkan?

Oh ya,nama bayi ni Nur Syamimi Wahida binti Suhaimi. Semuga Syamimi akan menjadi orang yang berguna dewasa nanti ye.

Terima kasih juga pada Puan Wati kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada blog ini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in Galeri foto and tagged with ,

3 Petua rumahtangga buat suami lekat di rumah

Saya sedang baca majalah mingguan wanita dan ada artikel menarik tentang cara untuk buat suami lekat di rumah.Petua ni untuk yang dah berumahtangga aje ye.

Elok saya kongsi kat sini. Mana tau anda boleh dapat manafaat dari artikel tu. Saya ringkaskan saja 3 petua rumahtangga tu ye :

  • Deria penciuman . Untuk meredakan stress suami yang telah penat bekerja, eloklah anda mandi supaya kelihatan segar dan ceria. Kemas bilik tidur dengan rapi kerana suami anda akan rasa tenang dengan bau wangi-wangian dan bilik tidur yang kemas tersusun. Kalau deria bau nya tercium bau kurang enak, mesti dia nak cepat-cepat keluar betul tak? :)

 

  • Deria penglihatan. Apabila isteri tak suka berhias, ke mana pulak suami akan memandang? Ke tempat lain la kan? Jadi kemas-kemaskan diri anda supaya pada penglihatannya anda sentiasa menyedapkan matanya memandang. Jangan asyik pakai baju kelawar atau tshirt dengan kain batik aje.

 

  • Deria rasa. Kalau kurang pandai memasak, ambik buku resepi dan belajar supaya anda dapat memasak lauk yang sedap. Janagna pulak ambik short cut, beli kat kedai jela..excuse kalau dah tak sempat sangat ..tapi kalau lauk mengejut, main campak-campak aje pun sedap juga.

Ha itu saja post saya hari ini..Nak ambik anak dari tuition sekejap..tak cukup masa dah ni.

Jumpa lagi .bye.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

Website - More Posts

Posted by rahimah in petua rumahtangga and tagged with ,

127.0.0.1