Cuti bersalin 44, 60 atau 90 hari..berapa sepatutnya?

Bercuti memang seronok sebab tak payah kerja. Saya sendiri pun memang sentiasa kalau boleh nak cuti setiap hari.

Bagi yang sedang mengandung, cuti bersalin memang la seronok sebab sambil sambut baby baru, dapat merawat tubuh dan dalam masa yang sama dapat melupakan soal kerja di pejabat.

Bila cuti bersalin dah nak habis, ramai pulak yang mengeluh kata cuti bersalin tak cukup! Bagi yang bekerja dengan kerajaan , tak silap saya cutinya 44 hari sahaja..sesiapa yang bekerja dengan gomen :) harap betulkan ya kalau saya tersalah tulis.

Yang berkerja swasta pula cuti bersalin selalunya 60 hari. Bagi sesetengah negeri pula cuti bersalin lebih panjang iaitu 90 hari ( alangkah seronoknya dapat cuti panjang macam ni ).

Jadi berapa lama sepatutnya cuti bersalin ni? Ada yang kata waktu dalam pantang, penat pun tak hilang sebab letih jaga baby.Lebih-lebih lagi kalau bayi yang meragam atau suka jadi ‘batman’ waktu malam..he he he..sapa dah pernah rasa tau la berjaga waktu malam tu macammana.

Pernah saya sendiri tertidur sambil duduk sebab bayi yang tak mahu lena, dan bila saya terjaga tengah malam kelam-kabut cari mana pulak si comel tadi pergi..nasib baik masih ada kat katil. Terlampau penat dan mengantuk akibatnya anak yang baru lahir terlepas dari riba pun tak sedar!

Saya nak tahu apa pandangan anda pula?

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes