Siapa pernah makan buah naga? Anda kenal tak buah naga ni macammana rupa bentuknya? Setakat yang saya nampak dan rasa buah naga ada beberapa warna iaitu warna ungu , warna putih dan kuning.
Rasanya manis dan banyak air. Apa kelebihan buah naga ni ?
Jom kita tengok :
- Kaya dengan vitamin c, kalsium dan karbohidrat
- kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit juga mengekang penyebab penyakit kanser
- mampu menurunkan paras kolestrol, menseimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan
Saya suka beli buah naga atau dragon fruit ni kalau balik kerja semetara tunggu husband pick up kat One Avenue. Kat sini buah naga ni fresh . Kalau kat kampung , rumah mak mertua ada tanam.Bila balik dapat la makan free.
Pada sesiapa yang belum pernah cuba dan ada masalah kesihatan, elok cuba amalkan makanan yang natural ni dan kurangkan pengambilan suplement perlahan-lahan.
Kalau anda sedang mengandung, elok makan untuk elakkan sembelit yang selalu berlaku pada wanita mengandung.
Kalau anda baru lepas bersalin atau dalam pantang pulak, saya nasihatkan jangan sebab buah naga ni dalam kategori sejuk.Makanlah waktu dah habis pantang nanti.
Kita jumpa lagi
Kak Rahimah






