6 Teknik menyediakan hidangan yang sihat

Cuaca kebelakangan ini terasa panas. Saya terpaksa mandi juga kadangkala di sebelah malam sebab badan dah melekit dan rasa gatal-gatal. Mandi malam tak elok tapi sekarang ni dah tak tahan sangat sebab asyik tergaru-garu.

Macammana la orang yang tengan mengandung tu ye..lagi la panas.Yang dalam pantang pun lagi la pulak, berasap rasanya dengan berbengkung dan berbaju panas :)

Bulan ni saya rasa berat saya naik dan saya cuba turunkan berat sikit sebab kain dan seluar terasa ketat. Itu tanda saya dah gemuk.Bila rasa macam tu saya kurangkan sikti kuantiti hidangan dan ambil air limau nipis panas setiap hari.

Selalu bila saya buat macam tu, kain saya akan terasa longgar semula dalam  sebulan .Jadi tak payah nak buang duit beli baju baru.

 

Jadi hari ini saya kongsikan cara menyediakan sajian yang sihat supaya kita sama-sama dapat mengekalkan khasiat makanan yang kita ambil. Bila sajian kita sihat , masalah berat badan akan berkurangan dan anda tak perlu berdiet.

  • Setiap kali kita mengambil daging ayam, buang kulit ayam dan lemak yang melekat pada daging.Lemak yang tidak di buang menambah risiko penyakit jantung sebab saluran darah kita mungkin tersumbat dan menyukarkan pernafasan.
  • Setiap kali memasak sayur-sayuran, tutup kuali supaya vitamin yang terdapat dalam sayur tidak hilang dan sayur cepat masak. Sayur yang terlalu lama di masak tidak sedap di makan selain menjadi lembak dan nampak tak ‘fresh ‘.
  • Jika anda menyimpan sup di dalam peti sejuk, buang lemak berminyak yang beku terlebih dahulu.
  • Bersihkan sayur di bawah air mengalir dan rendam buah-buahan dengan air garam terlebih dahulu sebelum di makan. Sayur dan buah di pasar biasanya di sembur bahan kimia untuk mengelakkannya cepat rosak.
  • Kurangkan penggunaan garam atau serbuk perasa dalam sayuran dan gantikan dengan melebihkan ikan bilis setiap kali menggoreng.
  • Jangan gunakan lebihan minyak menggoreng kerana khasiat dalam minyak telah hilang semasa gorengan pertama.

Itu saja hari ini. Selamat bersantap!

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes