Cuti bersalin 44, 60 atau 90 hari..berapa sepatutnya?

Bercuti memang seronok sebab tak payah kerja. Saya sendiri pun memang sentiasa kalau boleh nak cuti setiap hari.

Bagi yang sedang mengandung, cuti bersalin memang la seronok sebab sambil sambut baby baru, dapat merawat tubuh dan dalam masa yang sama dapat melupakan soal kerja di pejabat.

Bila cuti bersalin dah nak habis, ramai pulak yang mengeluh kata cuti bersalin tak cukup! Bagi yang bekerja dengan kerajaan , tak silap saya cutinya 44 hari sahaja..sesiapa yang bekerja dengan gomen :) harap betulkan ya kalau saya tersalah tulis.

Yang berkerja swasta pula cuti bersalin selalunya 60 hari. Bagi sesetengah negeri pula cuti bersalin lebih panjang iaitu 90 hari ( alangkah seronoknya dapat cuti panjang macam ni ).

Jadi berapa lama sepatutnya cuti bersalin ni? Ada yang kata waktu dalam pantang, penat pun tak hilang sebab letih jaga baby.Lebih-lebih lagi kalau bayi yang meragam atau suka jadi ‘batman’ waktu malam..he he he..sapa dah pernah rasa tau la berjaga waktu malam tu macammana.

Pernah saya sendiri tertidur sambil duduk sebab bayi yang tak mahu lena, dan bila saya terjaga tengah malam kelam-kabut cari mana pulak si comel tadi pergi..nasib baik masih ada kat katil. Terlampau penat dan mengantuk akibatnya anak yang baru lahir terlepas dari riba pun tak sedar!

Saya nak tahu apa pandangan anda pula?

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , | Trackback
  1. wati wahida says:

    kak rahimah..sebenarnya cuti untuk gov sma dengan swasta 60 hari sebab saya baru jer masuk keje 26hb April baru² ni..=)

  2. rahimah says:

    Okay wati, terima kasih bagi tau.confuse tu sebab dulu pernah kakak ipar ( kerja kerajaan ) bagi tau yang dia tak sampai 60 hari dah masuk kerja.

  3. Menaka says:

    My husband’s sister was at home for a year after giving birth.

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1