Kebaikan buah naga untuk kesihatan

Siapa pernah makan buah naga? Anda kenal tak buah naga ni macammana rupa bentuknya? Setakat yang saya nampak dan rasa buah naga ada beberapa warna iaitu warna ungu , warna putih dan kuning.

Rasanya manis dan banyak air. Apa kelebihan buah naga ni ?
Jom kita tengok :

  • Kaya dengan vitamin c, kalsium dan karbohidrat
  • kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit juga mengekang penyebab penyakit kanser
  • mampu menurunkan paras kolestrol, menseimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan

Saya suka beli buah naga  atau dragon fruit ni kalau balik kerja semetara tunggu husband pick up kat One Avenue. Kat sini buah naga ni fresh . Kalau kat kampung , rumah mak mertua ada tanam.Bila balik dapat la makan free.

Pada sesiapa yang belum pernah cuba dan ada masalah kesihatan, elok cuba amalkan makanan yang natural ni dan kurangkan pengambilan suplement perlahan-lahan.

Kalau anda sedang mengandung, elok makan untuk elakkan sembelit yang selalu berlaku pada wanita mengandung.

Kalau anda baru lepas bersalin atau dalam pantang pulak, saya nasihatkan jangan sebab buah naga ni dalam kategori sejuk.Makanlah waktu dah habis pantang nanti.

Kita jumpa lagi

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

1 Comment on Kebaikan buah naga untuk kesihatan

  1. Shamsul
    February 14, 2011 at 4:47 am (4 years ago)

    Salam puan Rahimah..

    Saya ada produk buah naga untuk d pasarkan.. harga 1 kotak RM120 30pkt ini harga Agen.. Harga jualan RM180.. minimum buy 2 kotak RM360.. kalau nk bt trading minimum order RM3600 20 kotak.. untung runcit + incentif dari syarikat.. rebat sehingga 30%..

    Kalau puan berminat hubungi saya shamsjkt@gmail.com

    saya juga baru saja memasuki pasaran Indonesia.. permintaan alhamdulillah…

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender