Masalah rumahtangga ibu yang bekerja

Dah hampir 4 hari blog saya tak dapat di update kerana sistem yang asyik kantoi di tengah jalan.Saya dah bangun pagi macam biasa tapi tak tau la kenapa teruk sangat kali ni.

Kawan saya kata saya toreh getah pagi-pagi tapi saya kata hari ni susu getah tak keluar :) Nampaknya saya terpaksa toreh getah lagi tengah hari nanti.

Beginilah kehidupan saya setiap hari. Bangun pukul 4 pagi untuk buat kerja-kerja online saya dan terpaksa stop pada pukul 6 pagi untuk buat sarapan dan makanan tengah hari.

Saya memang tak ada pembantu rumah sebab saya tak percayakan orang luar duduk di rumah saya ..he he.

Saya rasa ramai wanita terutama sekali ibu yang bekerja menghadapi masalah yang serupa seperti saya dan inilah tajuk posting saya kali ini.

Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, isteri ,ibu dan seorang usahawan perniagaan internet saya melakukan rutin yang sama setiap hari.

Saya rasa ibu yang bekerja memang banyak masalah di bandingkan dengan ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa .Ada yang kata apa masalahnya sebab setiap bulan ada gaji dan boleh beli barang yang kita nak dengan duit sendiri. Tak perlu nak harapkan pada suami.

Saya ? Saya ada plan saya sendiri dan saya memang bercita-cita untuk bekerja dari rumah sepenuh masa. Banyak sebenarnya masalah yang timbul apabila isteri atau ibu yang terpaksa keluar bekerja.

 

Antaranya masalah mendapatkan pengasuh untuk menjaga anak-anak yang tinggal di rumah . Itu kalau yang tak ada maid. Kalau ada maid pulak nak kena keluar duit bayar gaji setiap bulan dan yang paling saya rasa mahal sekali ialah kos untuk mendapatkan seorang pembantu di rumah.

Bukan saja mahal tapi belum lagi memuaskan hati. Saya juga risau jika terjadi apa-apa seperti kes anak di larikan pembantu rumah seperti yang pernah terjadi dulu dan banyak di laporkan di akhbar.

Saya tak berani mengambil risiko tersebut biarpun saya memang penat.

Begitu juga dengan bayaran ansuran rumah, kereta, talipon dan segala macam bil yang perlu di jelaskan setiap bulan.

Ibu yang bekerja juga terpaksa mengasingkan peruntukan sedikit wang untuk duit poket di pejabat dan sehari–hari . Ye lah kalau naik kereta kena bayar minyak, tol, parking dan sebagainya. Itu belum campur lagi dengan masalah traffic jam yang tak pernah surut.

Kalau duduk di pekan kecik atau di kampung tak jadi masalah sangat tapi kalau di Kuala lumpur ni memang mnyeksakan jiwa. stress!

Mana yang naik lrt pulak duit tambang lrt mesti ada .Takkan nak main panjat je lrt tu macam kita selalu tengok dalam cerita hindustan tu! :)

Lagi satu masalah bila pengasuh atau pembantu rumah not available maknanya terpaksa la ambil mc ke, el ke untuk jaga anak kat rumah.

Bila saya fikir-fikirkan balik banyak sangat masalah kalau kita ni bekerja. Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada.

Anda macammana?

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , , , | Trackback
  1. Islinda says:

    Saya pun kurang yakin dengan pembantu rumah terutama darisegi keselamatan anak2. Oleh itu saya prefer hantar anak di pusat jagaan kanak2 dan jemput mereka setiap hari. Memang penat selepas selesai kerja di pejabat di rumah kerja baru telah menunggu. Tapi sekurang-kurangnya saya rasa selesa dan yang paling penting ada privasi.

  2. rahimah says:

    Is,

    Untuk kurangkan penat, disiplinkan anak-anak bila berada di rumah. Contohnya setiap kali bangun tidur, katil mesti kemas. Atau apa saja yang boleh di terapkan dari awal. Bila mereka dah terbiasa mereka akan buat tanpa perlu di suruh.

    Atau jika anak-anak dah besar sikit, beri mereka tugas tertentu..yang simple-simple pun tak apa seperti buang sampah atau basuh baju ( yg guna mesin basuh la ).

  3. zool says:

    First time singgah sini..
    Hm nak komen tak berapa reti..
    apahal pun semoga berjaya menjalani perniagaan internet

  4. rahimah says:

    Hai Zool, terima kasih singgah di sini.ini luahan rasa ibu yang bekerja dan segala macam masalah lain yang kadang-kadang tidak di fahami suami.mungkin sedikit sebanyak Zool boleh faham apa seorang isteri rasakan jika dia beliau berada dalam keadaan yang sama ( kalau dah kahwin la ye ):)

  5. [...] tumpukan pada rumahtangga ( saya ada postkan juga tentang masalah tersebut sebelum ni)  boleh baca di sini jika anda tak sempat baca dulu [...]

  6. Anis says:

    Setuju benar dengan pendapat Puan, Saya pun begitu juga, walau anak sudah 7 org, 5 bersekolah & 2 org d hantar Day Care

  7. sha says:

    saya setuju sgt perkara2 mcm nie sbb suami wekend baru jumpa so dia x tau penat lelah jaga anak tiap2 hari…kitalah kesana &kesini setiap hari…tekejar2rasanya cuma mengharapkan sokongan suami je,,tp mcm x fhm penat lelah kite mcm ne..

  8. watie says:

    ok…bkn nak bg komen,cume mcm mane sy blh dptkan set bersalin?dan apakah set permulaan yg perlu sy angkat?kerana sy masih blm mempunyai ank setelah hampir setahun berkahwin…harap balas timekasih..

  9. rahimah says:

    Watie, puan boleh klikdi side bar di sebelah kanan blog ni ye untuk terus ke laman eb yang berkaitan.

  10. Pada pandangan saya, sebagai manusia kita perlu membuat pilihan bila berhadapan dengan masalah atau isu. Justeru bila buat pilihan kita terpaksa memikirkan pilihan terbaik. Akan melibatkan kos lepas bagi pilihan yang tidak pilih. Hakikat manusia yang perlu diakui. Lawatilah website kaunselor saya http://www.kaunselingkerjaya.com jika ingin pendapat saya. Tq

  11. UmmyMursyeed says:

    btol tu kak rahimah..tu lah masalah yg saye pon sdg alami..sbg seorg pegawai perubatan yg baru di hospital kerajaan, mase sgt sibuk skali…tgk anak pon tak sempat…kesian sgt kat dua org anak saye..tu lah sbbnye saye pon skrg tgh berjinak2 dlm dunia internet marketing ni..baru 2 bulan tahu pasal ni..tu pon sbb cuti bersalin aritu..at least IM ni boleh dijadikan alternative lain skiranye sy memilih utk tgk kluarge lebih drpd membina kerjaya dlm bidang prubatan…impian saye,kalau mati esok, anak2 yg saye jage nilah yg akan tolong doakan…harapkan patient?dah sihat,blah camtu je..kdg2 sakit ati bile pk pasal keje..tp bak kate alim ulama’,buat keje kene ikhlas..InsyaAllah,kesenangan akan menyusul.. doakan saye kak..saye pon nak bejaye jadi usahawan intenet cam akak..baru start nak meniarap..merangkak pon blom lagii nih..all d best!!

  12. Ayu says:

    Salam,

    Saya sememangnya setuju dengan puan. Saya memang mengimpikan kehidupan seperti puan. Jadi suri rumahtangga sepenuh masa sambil buat bisnes dari rumah. Tapi, sekarang saya bekerja. Selalu buat plan separuh separuh samada dah bersedia atau belum untuk berhenti kerja. Bila terfikir nak buat, tetiba tak berani pulak..Boleh puan advise saya macam mana untuk jadi macam puan? Thanks

  13. tini says:

    bsyukur dapat bkeja. ada sgelintir surirumah duduk tperap dlm rumah je sbb suami x izin bkeja. lagi diorg tention sbb hari2 buat keja yg sama :mrgreen:

  14. lino says:

    xda komen

  15. If you want to buy real estate, you would have to get the credit loans. Furthermore, my brother all the time uses a small business loan, which occurs to be really reliable.

  16. ILA says:

    BERMINAT UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BISNES ONLINE INI.
    DIHARAP PUAN DAPAT MEMBANTU SAYA.
    PENAT ~ MENGEJAR IMPIAN DISAMPING ANAK DAN SUAMI.
    PENAT ~ TIDAK DAPAT MELIHAT ANAK MEMBESAR DIDEPAN MATA
    SEDIH ~ TAK DPT TAMPUNG PERBELANJAAN JIKA BERHENTI KERJA
    GEMBIRA ~ JIKA DAPAT BEKERJA DISAMPING MENGURUSKAN RUMAH TANGGA.

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1