RSS
 

Archive for May, 2009

Jualan ‘Happy Hour’ di mysetbersalin.com

09 May

Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya sedang bercadang untuk membuat jualan ’ happy hour ‘ atau jualan gila-gila di laman web saya.

 Jualan Happy hour ini akan bermula mulai bulan may ini juga dan kepada anda yang ingin dapat crazy sales ni selalulah lawat blog saya untuk latest news.Atau cepat sign up sebagai mailing saya untuk dapatkan berita terkini. Boleh daftarkan diri anda secara percuma di sini.

Apa yang saya sediakan semasa happy hour? Aha…samada saya akan menurunkan harga pakej saya kepada harga yang lebih rendah atau saya akan menambah bonus-bonus yang sedia ada semasa promosi sedang di jalankan.

Bila happy hour akan di adakan? Ini soalan cepumas :) . Dah bagi tau dah tak thrill ! Jadi rajin-rajin lah masuk ke blog atau laman web ni ye.

Oh ya, semasa happy hour di adakan, tawaran saya adalah terhad..samada untuk 5 pelanggan saja atau untuk jangkamasa beberapa jam sahaja !

Jika anda masih belum mendapatkan set bersalin anda , baik surf sekarang.

Selamat bershopping!

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Kebaikan buah naga untuk kesihatan

06 May

Siapa pernah makan buah naga? Anda kenal tak buah naga ni macammana rupa bentuknya? Setakat yang saya nampak dan rasa buah naga ada beberapa warna iaitu warna ungu , warna putih dan kuning.

Rasanya manis dan banyak air. Apa kelebihan buah naga ni ?
Jom kita tengok :

  • Kaya dengan vitamin c, kalsium dan karbohidrat
  • kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit juga mengekang penyebab penyakit kanser
  • mampu menurunkan paras kolestrol, menseimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan

Saya suka beli buah naga  atau dragon fruit ni kalau balik kerja semetara tunggu husband pick up kat One Avenue. Kat sini buah naga ni fresh . Kalau kat kampung , rumah mak mertua ada tanam.Bila balik dapat la makan free.

Pada sesiapa yang belum pernah cuba dan ada masalah kesihatan, elok cuba amalkan makanan yang natural ni dan kurangkan pengambilan suplement perlahan-lahan.

Kalau anda sedang mengandung, elok makan untuk elakkan sembelit yang selalu berlaku pada wanita mengandung.

Kalau anda baru lepas bersalin atau dalam pantang pulak, saya nasihatkan jangan sebab buah naga ni dalam kategori sejuk.Makanlah waktu dah habis pantang nanti.

Kita jumpa lagi

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Petua mengelakkan bayi demam selepas di suntik

04 May

Salam ceria. Saya terlambat bangun sebab alarm tak berbunyi ;) Jadi saya tulis pendek saja ye.

Ada 3 petua yang saya ingin kongsi . Anda boleh cuba mana satu yang lebih cepat dan berkesan.

1.Sapukan bawang kecil yang di potong pada tempat suntikan sebaik sahaja bayi selesai di suntik.

2. Sapukan minyak angin pada tempat suntikan tadi supaya kurang rasa dedau pada bayi.

3.Tuam dengan lembut pada kawasan suntikan tapi jangan di tekan.

Saya pernah cuba petua ni dan memang anak tak demam setiap kali suntikan telah di lakukan.

Pendek saja post hari ini sebab azan subuh dah berkumandang.

Jumpa lagi,

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Cuti bersalin 44, 60 atau 90 hari..berapa sepatutnya?

02 May

Bercuti memang seronok sebab tak payah kerja. Saya sendiri pun memang sentiasa kalau boleh nak cuti setiap hari.

Bagi yang sedang mengandung, cuti bersalin memang la seronok sebab sambil sambut baby baru, dapat merawat tubuh dan dalam masa yang sama dapat melupakan soal kerja di pejabat.

Bila cuti bersalin dah nak habis, ramai pulak yang mengeluh kata cuti bersalin tak cukup! Bagi yang bekerja dengan kerajaan , tak silap saya cutinya 44 hari sahaja..sesiapa yang bekerja dengan gomen :) harap betulkan ya kalau saya tersalah tulis.

Yang berkerja swasta pula cuti bersalin selalunya 60 hari. Bagi sesetengah negeri pula cuti bersalin lebih panjang iaitu 90 hari ( alangkah seronoknya dapat cuti panjang macam ni ).

Jadi berapa lama sepatutnya cuti bersalin ni? Ada yang kata waktu dalam pantang, penat pun tak hilang sebab letih jaga baby.Lebih-lebih lagi kalau bayi yang meragam atau suka jadi ‘batman’ waktu malam..he he he..sapa dah pernah rasa tau la berjaga waktu malam tu macammana.

Pernah saya sendiri tertidur sambil duduk sebab bayi yang tak mahu lena, dan bila saya terjaga tengah malam kelam-kabut cari mana pulak si comel tadi pergi..nasib baik masih ada kat katil. Terlampau penat dan mengantuk akibatnya anak yang baru lahir terlepas dari riba pun tak sedar!

Saya nak tahu apa pandangan anda pula?

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

Lagi gambar bayi terbaru

01 May

Baru-baru ini saya menerima 2 keping gambar melalui email dari Puan Wati Wahida yang telah selamat bersalin pada 24 February 2009.

Kiranya Puan Wati dah habis berpantang.Jom kita tengok gambar bayi Puan Wati.Mana tau pada sesiapa yang rasa-rasa tak nak baby lagi tu akan rasa nak start balik pakai uniform lepas ni :)

Gambar yang atas ni tengah syok tidur.

Gambar yang ni pulak tengah tenung kamera. Pandai dia posingkan?

Oh ya,nama bayi ni Nur Syamimi Wahida binti Suhaimi. Semuga Syamimi akan menjadi orang yang berguna dewasa nanti ye.

Terima kasih juga pada Puan Wati kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada blog ini.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
 
Bulk Email Sender