Testimoni terbaru dari pelanggan bersalin secara caesar !

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Banyaknya kerja yang saya perlu buat.Malam pulak asyik mengantuk.Pantang letak kepala aje, mesti lelap tak sedar diri.

Oh ye, sedikit update tentang jualan happy hour 2 hari lepas..kesemua unit yang saya peruntukkan semasa happy hour sales  telah habis di tempah! Tahniah pada kesemua pelanggan yang berjaya mendapatkannya.

Tak apelah, kita tinggalkan cerita tu. jom kita tengok testimoni yang baru saya terima dari Puan Islinda yang telah di hantar pada saya. Sebelum ni beliau ada mengirimkan gambar baby baru beliau untuk di muatkan dalam blog ni.

 

 

Saya adalah ibu kepada tiga orang anak lelaki yang kesemuanya dilahirkan melalui pembedahan. Sewaktu berpantang melahirkan anak ketiga, saya telah menggunakan set bersalin Nona Roguy seperti yang disyorkan melalui laman web Puan Rahimah.

Pada akhir kehamilan, berat badan saya meningkat sebanyak 72 kg. Kemudian, pada dua bulan pertama penggunaan set bersalin Nona Roguy berat badan saya telah turun kepada 62 kg. Oleh kerana saya bersalin melalui pembedahan, saya telah melewatkan sedikit penggunaan bengkung bersalin iaitu pada bulan ketiga.

Saya menggunakan bengkung bersalin Nona Roguy setiap hari pada waktu malam memandangkan saya bekerja di siang hari dan alhamdulillah berat badan saya kini 60 kg. Saya bercadang meneruskan pengambilan sebotol lagi pil phytonatal selepas ini. Ini kerana dengan pengambilan pil ini dapat menggalakkan penghasilan susu badan, melawaskan pembuangan air besar, mengawal berat badan dan dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan sepanjang hari.

Saya juga mengaplikasikan kesemua kandungan dalam set bersalin lengkap Nona Roguy dan amat berpuas hati terhadap hasilnya. Selain memudahkan proses berpantang, saya tidak perlu bersusah payah menelan atau meminum jamu yang pahit kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Nona Roguy.

Terima kasih kepada Pn. Rahimah yang telah memberikan panduan untuk saya melalui pengalaman menarik berpantang dengan Nona Roguy. Insyaallah pada kelahiran seterusnya (terakhir) saya akan menggunakan set bersalin ini.

Islinda Ishak

http://Islinda.blogspot.com

 

Saya siarkan testimoni di atas sebab salah satu soalan favorite yang saya selalu saya terima ialah pasal bersalin caesar. Jadi jangan ragu-ragu lagi selepas ni kalau kena caesar ye

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

  1. miss chik says:

    saya sangat teruja membaca testimoni ini. ini kerana saya telah melahirkan anak sulung secara caesar tapi saya ragu-ragu untuk menggunakan set2 bersalin yang ada di pasaran kerana bimbang kesannya pada luka pembedahan. tapi saya telah 25 hari dalam pantang.tidak terlewatkah untuk saya menggunakan produk set bersalin ini?

  2. rahimah says:

    Hai Miss Chik,

    Jangan bimbang sebab cara penggunaan bersalin normal dan ceaser di bekalkan sekali dalam pembelian untuk memudahkan pelanggan. belum terlewat lagi tetapi puan boleh beli beberapa keperluan asas sahaja memandangkan puan dah 25 hari berpantang.

    sebarang pertanyaan boleh email terus kepada saya.insyaallah saya akan cuba menjawab soalan puan.

  3. FiRani says:

    sy pun bersalin caesar. Siap kena vacuum lagi sblm tu tp tak lepas. sblm pregnant berat 63kg. bln terakhir pregnt 85kg! (tu pasal dpt darah tinggi kot)hehe…skrg 4 bln lps bersalin alhamdulillah berat 55kg je. just ambil phyto natal NR + gamogen. menyusu pun tiada masalah:) semua dah kembali normal..TQ k.rahimah.

  4. BABY says:

    saya akan bersalin cara caesar sbb ada ketumbuhan daging…so bila patut saya guna bengkung dan makan jamu? TQ….

  5. Salam Pn Rahimah,
    saya Bersalin secara Caesar (emergecy)
    sebab baby saya mendongak / face presentation semasa 8cm dilation.
    Ini Anak keempat saya , sebelum ini saya bersalin secara normal.
    Soalan saya, bolehkah saya mengambil phytonatal pill selepas 3 minggu bersalin sebab
    saya masih terasa ngilu pada bahagian lula caesarean.
    Dan selalunya berapa lama Luka pembedahan Akan sembuh?

    Terima Kasih
    ct badariah

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1