Bayi lelaki atau perempuan ?

Saya nak berkongsi sedikit cara kita ketahui bagaimana doktor mengenal bayi lelaki atau perempuan melalui kromosom. Dulu saya tak tahu pun apa dia X Y dan xx ni.

Lelaki membawa kromosom X dan Y

Wanita membawa kromosom X sahaja

Benih Y yang di bawa oleh lelaki bergerak laju tetapi cepat mati sementara benih X lebih lama jangkahayatnya cuma ia bergerak dengan lebih perlahan.

Jadi jika benih yang bersenyawa dari lelaki ialah Y dan wanita ialah X  , anda bakal mengandung bayi lelaki .

Jika benih yang bersenyawa dari lelaki ialah X dan wanita X , anda bakal mengandung bayi perempuan.

Bagaimanapun iatu teori kedoktoran sahaja. Yang menentukannya hanya Allah. Masakan tidak sebab kadang-kadang bila doktor scan katanya perempuan tapi bila bersalin yang lahir bayi lelaki.

 

 

Ada pembaca yang bertanya macammana nak dapatkan anak lelaki? Mmm..ini tuhan punya kerja jawapnya ,cuma ada beberapa cara yang boleh di cuba sebagai alternatif tapi ni kaedah simple je.

Jika nak bayi lelaki

  • Jauhkan makanan yang berasid dalam jangkaan 2 bulan sebelum anda plan untuk mengandung. Contoh makanan berasid ni seperti mangga, nenas, minuman bergas ( memang tak elok pun ).
  • Mencuci faraj dengan kaedah douching dengan cecair berkarbonat ( anda boleh tanya farmasi, ada jual )

Jika nak bayi perempuan

  • Anda tak di galakkan makan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya
  • Mencuci faraj dengan kaedah douching juga tetapi dengan cecair yang berasid seperti lactacyde

Jadi bagaimana? Kalau saya , tak kisah mana-mana pun sama aje :)

Kak Rahimah

7 cara berjimat untuk wanita yang telah berkeluarga

Kos kehidupan semakin meningkat. Rakan-rakan saya di pejabat juga kadang-kadang mengeluh sebab semakin banyak perbelanjaan rumah yang perlu di bayar.

Anak-anak yang semakin membesar bermakna anda perlu menambah perbelanjaan isi rumah anda. Memulakan perniagaan secara keci-kecilan adalah satu langkah yang bijak. Bagaimanapun tak semua orang mahu memulakannya.Mungkin tak ada masa atau modal.

Kalau anda belum berani atau tak tahu cara bagaimana memulakannya, anda boleh menambah isi pendapatan di rumah dengan memainkan peranan anda sebagai seorang ibu dan isteri. Caranya adalah dengan berjimat!

Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu peranan kita adalah amat penting. Ingat wang mungkin tak boleh memberi kebahagiaan tapi tanpa wang yang mencukupi banyak rumahtangga yang tunggang langgang.

Hari ni saya berikan sedikit tips yang boleh kita praktikkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu. Kata orang jika tak pandai macammana nak tambah duit, kita kenalah berjimat dengan cara mengawal perbelanjaan anda.

  • Menetapkan matlamat. Tulis dalam buku catatan anda apa yang penting anda ada dan apa yang kurang penting. Contonhya anda memerlukan sebuah mesin basuh baru dalam masa 3 bulan. Perhatikan apa yang boleh anda kurangkan perbelanjaan untuk membolehkan anda mereliasasikan matlamat anda.

 

  • Jual atau lelong barang rumah yang tak di perlukan. Ini sangat bagus sebab selain mendatangkan wang anda boleh mengosongkan rumah yang sesak.( Boleh jual kat laman lelong internet macam ebay atau pergi je kat Cash Converter- tempat jual barang terpakai ).

 

  • Guna barang recycle. Barang recycle harganya lebih murah. Contonhya dulu saya membeli buaian anak saya sebab malas nak beli baru dan harganya mahal! Saya beli je di Cash converter , tak sampai RM 30 pun. Sampai sekarang boleh pakai :) Kalau di shopping complex dah cecah ratus ringgit!

 

  • Mulakan menabung dari sekarang. Jika selama ini anda jarang menabung, kenapa tak mulakan dari sekarang. Mulakan dari jumlah yang anda termampu dahulu.Kata orang sekit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

  • Catitkan aliran wang keluar dan masuk . Mungkin ia agak sukar pada awalnya tapi dengan mencatitkan perbelanjaan, anda dapat melihat samada barang anda beli benar-benar di perlukan.

 

  • Didik anak-anak kepentingan menabung . Berikan anak anda tabung dan minta mereka masukkan wang lebihan belanja sekolah ke dalam tabung simpanan mereka. Terangkan bagaimana wang tabung itu amat penting jika terjadi apa-apa pada anda sekeluarga.

 

  • Kurangkan makan di luar. Makan di luar menuntut perbelanjaan yang lebih.Bukan tak boleh langsung tapi kawallah perbelanjaan anda.

Selepas ini cuba anda perhatikan setiap bulan samada apa yang anda lakukan di atas bermanafaat untuk anda sekeluarga.

Saya pasti anda pasti tersenyum kerana wang yang berlebih setelah anda berjimat boleh di gunakan untuk simpanan atau memiliki barang yang anda idamkan.

Selamat mencuba.

Kak Rahimah

Testimoni ringkas pelanggan yang berpuas hati…terima kasih

Dah hampir seminggu baru saya dapat log in semula ke blog saya ni. Macam-macam masalah yang timbul sepanjang minggu ni. Tak apalah saya sabar saja. Nanti masam muka cepat pulak saya nampak tua :)

saya sebenarnya nak menyiapkan satu posting lain tapi rasa panjang jadi saya poskan dulu 2 testimoni yang saya terima tapi tak sempat saya siarkan sebelum ni.

 

# Komen Puan Marsita tentang bengkung zigzag dan mandian aura ;

” Waalaikum salam kak..sihat.Senang nak pakai. Mak pun kata jauh beza dengan bengkung dia dulu susah nak pakai. Mandian Aura tu harum baunya. Kuat bau serai wanginya “

 

# Komen dari Puan Hamiza tentang mandian aura ;

” Ini kali pertama saya berpantang sendiri memandangkan anak-anak yang lain bersekolah. Sebelum ni daun mandian di sediakan oleh ibu saya. Memandangkan sekarang semakin susah untuk di perolehi kerana dia tinggal di akwasan perumahan, jadi saya memilih untuk membeli yang siap semuanya.

Senang nak guna dan menjimatkan. Badan rasa lebih segar dan wangi dengan aroma herba daun. Yang paling penting tak perlu nak kutip sisa daun kat lantai yang boleh menyebabkan tersumbat. Harganya pun berpatutan. 3 uncang boleh di gunakan untuk 1 hingga 2 minggu. Saya syorkan untuk semua ibu-ibu.”

 

Anda dah baca sendiri komen mereka. Jangan bertangguh lagi jika dah hampir nak bersalin ye :)

Selamat mencuba!

5 Panduan ringkas turunkan berat badan.

Saya tak  boleh tulis panjang-panjang hari ni sebab dah azan tapi saya nak postkan 5 tips saja dulu pagi ni.Nanti ada masa saya tambah lagi 5 cara sebab  ada banyak tips yang boleh di kongsi.

Pada sesiapa yang pernah baca tips ni boleh buat refreshment :) ya .

1.Berjalan merupakan senaman ringan. Jadi ringankan kaki anda untuk berjalan lebih ke tempat kerja . Kenapa tempat kerja? Sebab kita ni seharian kat tempat kerja jadikan aktiviti ni sebagai permulaan. Park kereta jauh -jauh sikit supaya kalori cepat terbakar.

2.Sambil kita tonton tv lakukan senaman ringan seperti sit-up atau senaman yang lain. Kata orang sambil berhibur sambil menurunkan berat badan. Boleh buat menari pocho-pocho kalau nak  .

3.Lebihkan minum air putih supaya lemak berlebih, tokson berlebih boleh keluart dengan lebih banyak dan cepat. Air putih bantu sistem penghadaman atau pencernaan dengan lebih teratur.

4.Lebihkan makanan berserat supaya perut tak terasa cepat lapar sambil senangkan pembuangan air besar.

5.Jangan makan lewat malam sebab kalori tak dapat di bakar sebab bila dah makan selalunya mata dah mula mengantuk dan time tidur dah sampai.

Itu saja sebab saya kena masak untuk anak-anak yang nak ke sekolah.

Jumpa lagi.

Wanita bekerja dan buat part time

Pada post yang lepas saya menerima banyak email yang bertanyakan bagaimana saya bekerja secara soho. Dalam email saya pada subscriber sebelum ni pun ramai yang tanya saya kat mana mereka nak cari peluang belajar kemahiran seperti menjahit , kursus kecantikan dan sebagainya.

Kata mereka memang banyak masalah kalau bekerja sebab tak ada masa nak tumpukan pada rumahtangga ( saya ada postkan juga tentang masalah tersebut sebelum ni)  boleh baca di sini jika anda tak sempat baca dulu .

Ada juga yang mintak sedikit nasihat bagaimana nak atasi kesibukan mereka bekerja sehari-hari tapi masih teringin nak dapatkan pendapatan tambahan. Maklumlah living cost bertambah tinggi sekarang..Jarang harga barang turun, kalau turun pun taukey kedai buat tak nampak je.

Ramai  terkejut yang saya masih bekerja sebab mereka ingatkan saya ni ada bukak salon atau butik kecantikan ..he he kedai saya kat online je ..cyber shop la katakan. Bukan saya tak nak bukak kedai tapi sapa pulak nak jaga kedai saya masa saya bekerja?.Gaji pekerja pun nak kena bayar, expenses lain sewa la..bla bla bla. Saya malas nak fikir benda-benda tu semua.

Yang paling penting sekali, kalau saya dah buat fulltime nanti saya nak beroperasi di rumah sahaja sebab saya nak tumpukan perhatian pada rumahtangga.Bukak kedai belum ada dalam perancangan saya.Sambil tengok tv pun boleh buat kerja.Bahagianya hidupku masa tu ( tengah berangan ).

Aik, melalut la pulak pagi ni . Sebenarnya di sebabkan ramai yang tanya saya macammana saya buat perniagaan internet, kat mana saya belajar, kena tau IT ke dan macam-macam soalan lagi la, maka hari ni saya rasa baik saya jawab je soalan tu kat sini aje. Mana la larat saya nak ajar sebab ada jugak yang sanggup nak belajar one to one dengan saya . Saya buka pakar ..hi hi.

Ranai orang kata nak buat laman web  susah sebab kena tau IT. Sebenarnya kenyataan tu tak la berapa tepat sebab saya sendiri pun IT zero.Tapi di sebabkan saya minat sangat nak tau, saya pun ambil inisiatif sendiri.

Sya pernah ambik short course di Cosmopoint untuk belajar pasal sedikit sebanyak tentang pembinaan laman web. Ada juga saya menghadiri kursus -kursus percuma, buku dan cd. KIra banyak juga la buku dan rujukan kat rumah. Saya cuba belajar sendiri dan jadi la juga web pertama saya iaitu mysetbersalin.com

Tapi di sebabkan saya nak betul-betul jadi pandai dan dapat duit banyak-banyak :) saya daftarkan diri saya untuk menghadiri seminar perniagaan internet dengan team Saifulsham.

Saya pernah siarkan gambar saya dengan mereka sebelum ni. Ni gambar dalam post saya sebelum ni. Ada lgi 2. 3 keping tapi pendrive pulak tertinggal kat ofice hari ni ;) .

Dengan merekalah  saya banyak belajar dan dapatkan tips bagaimana membina laman web. Bukan setakat laman web tapi laman web yang menjual ! Kalau setakat bina laman web je tak guna betul tak? Kena lah yang menjual.

Saya di tunjukkan cara membuat laman web,buat order form, masukkan gambar, cara buat blog dan sebagainya. Seminarnya pula lebih kepada tips-tips cara buat marketing dan info-info yang ramai orang tak tau.Kursus yang saya pergi tu 2 hari, hari sabtu saya pergi seminar, hari ahad saya belajar hands on ( buat laman web sendiri ).

Kiranya berbaloi la dengan apa yang saya belajar dengan apa yang saya dapat selepas balik dari seminar tu.Bestnya pulak habis seminar tu, kita boleh dapat lagi tunjuk ajar dan mintak mereka review balik laman web yang kita dah bina.Jadi tak adalah kita ni terkapai-kapai bila ada benda yang kita tak tau. Mereka ajar sampai pandai dengan syarat kita sendiri mesti ada inisiatif untuk belajar.

Memang la kan buat apa benda sekalipun kalau kita tak ambik inisiatif sendiri, plan la apa saja mesti tak jadi. Kira hangat-hangat tahi ayam aje lah. Ramai orang plan nak buat itu , ini tapi kalau tak ada mentor susah juga . Jadi saya jadikan Saifulsham ni mentor saya.

Apa yang saya tak tau, saya cuba cari dulu kat internet dengan buku, cd. Dah tak jumpa apa yang saya nak, barulah saya contact semula mereka mintak nasihat. Alhamdulillah sampai la sekarang mereka tak pernah fail bila kita mintak bantuan. Dan saya rasa inilah sebenarnya yang ramai orang nak bila buat sesuatu.

Jadi sekarang kalau ada minat nak belajar buat perniagaan internet saya sarankan mereka yang bertanya pada saya sebelum ni untuk join seminar Saifulsham ni. Jika kita ni nak belajar perkara lain macam menjahit ke , kursus kecantikan ke, carilah info tu kat laman web atau majalah dan suratkhabar.

Part menjahit ni ni saya kurang sikit sebab mata rabun :) takut tercucuk jarum kat jari. Part belajar masak lagi la pulak , tapi kalau part pada makan serah padaku.

Saya harap hari ni saya dah menjawab salah satu soalan soalan yang sering saya terima dari mereka yang pernah email saya bertanyakan bagaimana nak cari duit lebih. Saya faham sebab ramai juga pembaca blog ni yang teringin nak buat bisnes sendiri dan bantu suami .

Anak dah ramai , kos dah bertambah dan hanya mengharapkan gaji hujung bulan semata-mata memang tak cukup.Yang dah tension bekerja ( macam saya la ) dan rasa nak bekerja sendiri pun ramai cuma mereka tak tau cara yang betul.

Saya kadang-kadang rasa kesian bila baca suratkhabar atau majalah macammana kaum wanita yang kadang-kadang hilang punca bila ada masalah rumahtangga.

Ada yang di tinggalkan suami, ada yang suami dah meninggal dunia dan terpaksa menyara anak yang masih kecil . Jadi saya rasa kaum wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Kata orang langit tak selalu cerah. Jadikan kisah-kisah yang kita baca kat majalah , suratkhabar dan tv tu sebagai satu peringatan untuk kita berhati-hati.

Bukan apa jika terjadi apa-apa contohnya jika di buang kerja ke ( banyak kilang tutup sekarang ni ), VSS ke, atau apa-apa berlaku pada suami kita, tak la kita ni jadi tak keruan. Dan saya sebenarnya amat menyokong kalau ada saranan sekiranya kaum wanita tak perlu bekerja.Biarlah kaum adam menunaikan tanggungjawab menyara isteri sepenuhnya.

Banyak kelebihannya jika kita duduk di rumah dan melakukan apa yang kita suka  di rumah seperti dalam post saya sebelum ni ( baca di sini jika anda terlepas post tu ).

Nasihat saya wanita mesti sentiasa bersiap sedia. Buat je part time dulu , nanti lama-lama boleh jadi fulltime terus :)

Jumpa lagi

Kak Rahimah

Kisah Ibu bekerja SOHO

Saya sangat sibuk dan tension juga beberapa hari ni . Bukan apa sebab kadang-kadang dah rasa bosan sungguh untuk berada di pejabat. Saya membayangkan betapa seronoknya jika ketika ini saya dapat berehat-rehat di rumah .

Bukanlah rehat goyang kaki saja tapi saya boleh duduk melakukan apa yang saya sangat suka tanpa rasa penat dan tertekan. Maklum la dah nak financial year, jadi bos-bos kat office saya ni pun takut kalau-kalau mereka ni nanti tak dapat bonus kalau kami ni tak buat kerja atau sabotaj mereka ..hu hu.

Adat berkerja makan gaji macam tu la. Alangkah seronoknya kalau dapat bekerja sendiri dan buat apa yang kita suka. Banyak masalah yang timbul bagi wanita yang telah berkahwin lebih-lebih lagi yang dah ada anak untuk bekerja di luar.

 

Kalau anda ingat lagi , saya pernah menulis tentang masalah yang terpaksa di hadapai oleh ibu yang terpaksa bekerja pada post sebelum ini …( klik di sini jika anda belum baca lagi ).

Bukan setakat tension dengan masa yang mengejar kita, malah badan dan otak pun terasa letih . Sebelum saya melibatkan diri dengan perniagaan internet, saya banyak membaca dan melakukan kajian ..ewah..tentang bekerja cara SOHO di negara barat.

Apa yang saya perhatikan konsep bekerja secara ini sangat meluas di sana.Di Malaysia dah mula yang sedar tentang kebaikan bekerja secara SOHO ni tapi jumlahnya belum lah membanggakan. Mungkin masyarakat kita belum begitu di dedahkan denga kebaikan-kebaikan cara bekerja konsep seperti ini.

 Jadi biarlah hari ini saya kongsikan dengan anda kebaikannya . Mungkin selepas ini anda dapat ‘ geliga’ hikmat jika anda sedang hadapi masalah menguruskan rumahtangga yang saya sebutkan di post sebelum ini.

Pada sesiapa yang tak tak faham konsep SOHO ni apa..biar saya terangkan sikti dulu..sikit-sikit udah le ye. SOHO ni dalam bahasa orang putih maksudnya ” Small Office Home Office”. Kalau dalam bahasa melayu bermakna ‘ bekerja dari rumah’.

Bagaimana cara anda bekerja tu terpulang kepada diri kita sendiri tetapi yang paling penting ialah anda tak rasa tertekan dengan deadline atau apa-apa juga yang sering menyebabkan pekerja di luar sering stress.

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Ini adalah bayangan diri saya jika saya dapat melaksanakan impian saya untuk bekerja secara SOHO .

 

 

Tak ada sesiapa yang akan mengarahkan and buat itu dan ini . Bayangkan jika kita ada cara untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik tetapi jika boss kita tak setuju tak boleh jalan juga.

Pukul berapa kita nak mula bekerja sekali pun tak ada sesiapa nak tentukan. Bekerja dari rumah tak perlu dari pukul 9-5. Tentukan masa anda sendiri.Yang penting anda dapat melakukan kerja dengan teratur.

Satu perkara lagi he he…’bayangkan sewaktu orang lain berebut-rebut mengejar masa dengan lalulintas kita pulak tengah baca paper sambil minum teh ‘ Rasa-rasa cemburu tak? Jangan sangka duduk di rumah tak boleh buat duit. Kalau kita pandai, kat tempat jin bertendang pun duit boleh turun mencurah-curah :)

Masalah anak atau pembantu rumah juga selesai. Saya paling tak gemar bila dengar orang terpaksa dan  habiskan duit beribu-ribu untuk ambil pembantu rumah. Bila membantu rumah tu lari, kena keluar duit lagi. Yang kaya dan bertambah kaya ialah agen yang membekalkan urusan pengambilan pembantu rumah tu.

Anak-anak sebenarnya akan rasa lebih seronok jika ibu mereka berada di rumah bersama mereka. Kita juga boleh memantau apa yang anak kita lakukan, dengan siapa mereka berkawan. Tak percaya? Cuba sekali anda tanya anak anda sendiri pasti mereka akan suruh anda duduk di rumah saja.

Saya kadang-kadang dapat email dari pembaca blog ini yang bertanya kepada saya bagaimana nak cari peluang -peluang tu. Ada yang dapat saya balas dan ada juga yang email mereka bila saya balas ‘bounce’ balik sebab mungkin salah email address.

Ada juga yang tanya apa yang boleh mereka lakukan jika duduk di rumah? Issh banyak…:) Jangan fikir bekerja di pejabat saja. Contonhya kalau kita ada kemahiran dengan alih bahasa ,anda boleh melakukan kerja-kerja translation hanya di rumah. Kalau ada kemahiran menjahit, buat la sikit-sikit dan gantung langsir ( kalau langsir la ye ) yang anda jahit sendiri di tingkap.

Kalau hasil kerja cantik, jiran yang datang mesti tanya siapa yang jahit? Ha dari situlah bisnes kita akan berkembang. Kalau tak tahu menjahit tapi minat nak belajar, cari kat majalah , internet, suratkhabar tenatng kursus-kursus jangka pendek.

Di Kolej Komuniti ( contoh saja ye ) ada banyak kursus jangka pendek khas untuk orang yang bekerja untuk belajr dengan rate yang sangat murah.Tak percaya , cuba surf laman web tu tentu anda akan terkejut jika kos belajar buat kek dalam RM 10 je  :)

Lagi satu yang menariknya jika anda ada group, mereka boleh aturkan urusan transport dan tempat untuk anda.Berterima kasih la pada kerajaan Malaysia yang prihatin ni ( no politics here ).

Pada pendapat saya jika kita bekerja sendiri tanpa perlu keluar dari rumah adalah lebih membahagiakan dari terpaksa kerja makan gaji. Jangan tanya saya jika anda tak minat sebab anda perlu tanya diri anda sendiri samada apa anda sememangnya minat dengan pekerjaan anda sekarang dan mengapa anda meneruskannya juga jika jawapannya TIDAK!

Panjangnya pulak post saya kali ini.Meluahkan perasaan lah katakan sambil share apa yang patut. Sekarang anda boleh fikir sendiri patut atau tidak anda mulakan ‘SOHO’ bisnes anda mulai dari sekarang?

Anda jawab sendiri ye :)

Kak Rahimah

Set Bersalin Nona Roguy berwajah baru

Mulai bulan March yang lalu Set Bersalin Nona Roguy telah pun berwajah baru.Dan set ini juga sekarang di kenali dengan nama Set Bersalin NR.Bagaimanapun tiada sebarang perubahan pada harga dan kuantiti. Ia masih sama seperti sebelumnya.

Hari ini saya siarkan wajah baru set bersalin ini sebab ramai juga yang tanya mereka dapat set baru ke set lama kalau beli sekarang? Jadi untuk pengetahuan anda semua, semua set bersalin NR ni adalah set baru.Set ini pun tahan lama .3 tahun dari tarikh pengeluarannya.

Ini wajah baru set bersalin NR tu ye.Ramai yang dah dapat set ni cuma saya je yang baru tukar dalam web saya.

 

Cantikkan wajah baru set bersalin ni? Pada sesiapa yang masih belum mencuba, jangan bimbang sebab kualiti tetap sama. Jika ada apa-apa pertanyaan tentang set baru ini boleh terus tanya saya.

Kak Rahimah

Rahsia mudah hamil …apa rahsianya?

Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan . Saya baru saja balik dari Perak setelah beberapa hari berada di sana. Kakak ipar saya mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung beliau, jadi saya ambil kesempatan untuk hantar anak saya sekali 2 orang untuk bercuti dengan tuknya di kampung.

Oleh kerana, saya sepatutnya kembali semula ke kuala lumpur pada hari ahad, jadi segala projek dan plan pada hari isnin terpaksa saya postpone pada hari ini.

Saya sebenarnya ingin mengumumkan bahawa ada berita baik buat pembaca blog ini yang sering menghantar email kepada saya bertanyakan tentang cara mendapatkan cahaya mata.Pembaca blog in  bukan mereka yang sedang mengandung atau dalam pantang sahaja sebab yang masih menunggu saat untuk di sahkan mengandung pun ramai.

Ada juga yang seringkali keguguran dan meminta saya bagaimana atau apa petua untuk mengutakan rahim supaya mereka tidak keguguran lagi. Saya bukan pakar dalam soal ini sebab soal untuk mendapatkan zuriait bukanlah perkara main-main dan hanya boleh di terangkan oleh mereka yang arif mengenainya.

Oleh itu saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang pada pendapat saya amat berguna untuk kesemua pasanangan yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Ebook yang saya maksudkan ialah Rahsia Mudah Hamil…….

 

Keistimewaan ebook ini :

  • Ia di tulis dalam bahasa yang cukup mudah untuk di fahami. Tidak terlalu teknikal seperti buku yang di tulis oleh seorang doktor atau pakar perbidanan yang agak sukar untuk di terangkan.Anda tak perlu rasa risau dan takut dengan bahasa-bahasa doktor kerana ia di terangkan dengan cara yang amat mudah di fahami.

 

  • Apa yang terkandung dalam buku ini adalah berdasarkan teori dan praktikal! Kesukaran untuk mendapatkan zuriat amat di fahami oleh penulis. Oleh itu teknik dan kaedah yang di sarankan telah pun di cuba oleh penulis sendiri untuk membuktikan keberkesanannya dan hasilnya pasangan suami isteri ini berjaya mendapat zuriat mereka setelah 2 tahun menunggu. Memiliki  buku ini umpama anda sedang merujuk kepada seorang kawan yang pernah menghadapi masalah yang sama.

 

  • Ebook ini mendapat pengesahan dari seorang doktor yang mana isi kandungannya di teliti agar hasilnya tidak mengecewakan  pembaca yang bersusah payah melaburkan wang untuk mendapatkan kaedah-kaedah yang di tunjukkan. Pelaburan  anda sebanyak RM 49 pasti berbaloi kerana banyak maklumat yang tidak anda ketahui akan di bongkar semata-mata untuk membantu anda.

 

  • Harga ebook ini yang mampu di miliki setanding dengan kualitinya. Apa perasaan anda apabila memiliki sebuah buku yang seperti sampah tapi di jual dengan harga yang cukup mahal berbanding dengan harga ebook ini yang lebih ekonomi.Sudah pasti ebook ini menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk anda.

Cukup untuk saya memberitahu keistimewaan ebook kerana anda boleh lawat sendiri laman web MudahHamil.com ini tetapi apa yang terkandung di dalam buku ini sehingga anda yang sukar mendapat cahaya mata mesti miliki?

Ebook setebal 212 muka surat ini menunjukkan kepada anda :

  • 15 kaedah mengesan hari-hari subur.Ada pasangan yang tak sedar punca kebanyakkan mereka gagal mendapat zuriat berpunca dari kesilapan yang tidak di sedari. Dengan ebook ini anda dapat mengenal pasti dengan tepat hari subur anda supaya peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi .Bukan satu tapi 15!

 

  • 40 punca kenapa anda sukar hamil. Ketahui bagaimana penyebab anda gagal hamil bukan sahaja berpunca dari wanita tetapi juga lelaki . Ada pelbagai faktor makanan, pakaian yang kadangkala di ambil ringan oleh pasangan tetapi memberikan kesan yang besar untuk meningkatkan kehamilan.Nak tau puncanya, anda kena baca buku ni dulu!

 

  • 10 petua mendapat anak. Petua-petua yang merupakan amalan orang tua-tua turut di selitkan sebagai salah satu cara yang anda boleh pelajari dan amalkan. Antaranya petua madu, petua tauge, petua durian belanda dan lain-lain lagi yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.Siapa tau selepas ini mengamalakn petua ni , peluang untuk anda semakin tinggi!

 

  • 13 amalan dan doa khusus untuk mendapatkan zuriat. Setelah anda berusaha dengan teknik moden dan teknik tradisi, anda di bekalkan dengan doa-doa dan amalan khusus untuk mendapatkan cahaya mata.Nak tau apa doa khusus itu, ebook ini berikan anda jawapannya!

 

  • Dan banyak lagi…

Kepada anda yang sering mengirimkan email kepada saya bertanyakan kaedah mendapatkan zuriat dan mengelakkan keguguran sesudah bersusah payah untuk hamil, saya amat sarankan anda mendapatkan ebook ini denagn segera.

Saya tidak mengatakan anda pasti mengandung selepas mengamalkan teknik-teknik yang di ajar tetapi peluang untuk anda hamil adalah lebih tinggi.Kesemuanya terserah kepada Allah tetapi sebagai manusia kita mestilah tidak boleh berputus asa.

Mencuba dan mempraktikkan kaedah di dalam ebook ini adalah lebih baik dari berdiam diri.Siapa tahu mungkin ebook ini dapat merealisasikan impian anda untuk mendapat cahaya mata pula.

Anda tak perlu rasa risau atau rugi kerana penulisnya memberikan jaminan Wang di kembalikan jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini. Pada saya adalah lebih rugi jika tidak di cuba kerana mungkin selama ini ada kesilapan atau perkara yang anda terlepas pandang ketika sedang berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Oleh itu selamat mencuba dan mudah-mudahan dengan izin Allah rezeki berpihak kepada anda pula.

Anda boleh ke laman web yang saya maksudkan untuk melihat sendiri apa yang di tawarkan oleh penulisnya di sini.

Kak Rahimah

WordPress Themes