Wanita bekerja dan buat part time
Pada post yang lepas saya menerima banyak email yang bertanyakan bagaimana saya bekerja secara soho. Dalam email saya pada subscriber sebelum ni pun ramai yang tanya saya kat mana mereka nak cari peluang belajar kemahiran seperti menjahit , kursus kecantikan dan sebagainya.
Kata mereka memang banyak masalah kalau bekerja sebab tak ada masa nak tumpukan pada rumahtangga ( saya ada postkan juga tentang masalah tersebut sebelum ni) boleh baca di sini jika anda tak sempat baca dulu .
Ada juga yang mintak sedikit nasihat bagaimana nak atasi kesibukan mereka bekerja sehari-hari tapi masih teringin nak dapatkan pendapatan tambahan. Maklumlah living cost bertambah tinggi sekarang..Jarang harga barang turun, kalau turun pun taukey kedai buat tak nampak je.
Ramai terkejut yang saya masih bekerja sebab mereka ingatkan saya ni ada bukak salon atau butik kecantikan ..he he kedai saya kat online je ..cyber shop la katakan. Bukan saya tak nak bukak kedai tapi sapa pulak nak jaga kedai saya masa saya bekerja?.Gaji pekerja pun nak kena bayar, expenses lain sewa la..bla bla bla. Saya malas nak fikir benda-benda tu semua.
Yang paling penting sekali, kalau saya dah buat fulltime nanti saya nak beroperasi di rumah sahaja sebab saya nak tumpukan perhatian pada rumahtangga.Bukak kedai belum ada dalam perancangan saya.Sambil tengok tv pun boleh buat kerja.Bahagianya hidupku masa tu ( tengah berangan ).
Aik, melalut la pulak pagi ni . Sebenarnya di sebabkan ramai yang tanya saya macammana saya buat perniagaan internet, kat mana saya belajar, kena tau IT ke dan macam-macam soalan lagi la, maka hari ni saya rasa baik saya jawab je soalan tu kat sini aje. Mana la larat saya nak ajar sebab ada jugak yang sanggup nak belajar one to one dengan saya . Saya buka pakar ..hi hi.
Ranai orang kata nak buat laman web susah sebab kena tau IT. Sebenarnya kenyataan tu tak la berapa tepat sebab saya sendiri pun IT zero.Tapi di sebabkan saya minat sangat nak tau, saya pun ambil inisiatif sendiri.
Sya pernah ambik short course di Cosmopoint untuk belajar pasal sedikit sebanyak tentang pembinaan laman web. Ada juga saya menghadiri kursus -kursus percuma, buku dan cd. KIra banyak juga la buku dan rujukan kat rumah. Saya cuba belajar sendiri dan jadi la juga web pertama saya iaitu mysetbersalin.com
Tapi di sebabkan saya nak betul-betul jadi pandai dan dapat duit banyak-banyak
saya daftarkan diri saya untuk menghadiri seminar perniagaan internet dengan team Saifulsham.
Saya pernah siarkan gambar saya dengan mereka sebelum ni. Ni gambar dalam post saya sebelum ni. Ada lgi 2. 3 keping tapi pendrive pulak tertinggal kat ofice hari ni
.
Dengan merekalah saya banyak belajar dan dapatkan tips bagaimana membina laman web. Bukan setakat laman web tapi laman web yang menjual ! Kalau setakat bina laman web je tak guna betul tak? Kena lah yang menjual.
Saya di tunjukkan cara membuat laman web,buat order form, masukkan gambar, cara buat blog dan sebagainya. Seminarnya pula lebih kepada tips-tips cara buat marketing dan info-info yang ramai orang tak tau.Kursus yang saya pergi tu 2 hari, hari sabtu saya pergi seminar, hari ahad saya belajar hands on ( buat laman web sendiri ).
Kiranya berbaloi la dengan apa yang saya belajar dengan apa yang saya dapat selepas balik dari seminar tu.Bestnya pulak habis seminar tu, kita boleh dapat lagi tunjuk ajar dan mintak mereka review balik laman web yang kita dah bina.Jadi tak adalah kita ni terkapai-kapai bila ada benda yang kita tak tau. Mereka ajar sampai pandai dengan syarat kita sendiri mesti ada inisiatif untuk belajar.
Memang la kan buat apa benda sekalipun kalau kita tak ambik inisiatif sendiri, plan la apa saja mesti tak jadi. Kira hangat-hangat tahi ayam aje lah. Ramai orang plan nak buat itu , ini tapi kalau tak ada mentor susah juga . Jadi saya jadikan Saifulsham ni mentor saya.
Apa yang saya tak tau, saya cuba cari dulu kat internet dengan buku, cd. Dah tak jumpa apa yang saya nak, barulah saya contact semula mereka mintak nasihat. Alhamdulillah sampai la sekarang mereka tak pernah fail bila kita mintak bantuan. Dan saya rasa inilah sebenarnya yang ramai orang nak bila buat sesuatu.
Jadi sekarang kalau ada minat nak belajar buat perniagaan internet saya sarankan mereka yang bertanya pada saya sebelum ni untuk join seminar Saifulsham ni. Jika kita ni nak belajar perkara lain macam menjahit ke , kursus kecantikan ke, carilah info tu kat laman web atau majalah dan suratkhabar.
Part menjahit ni ni saya kurang sikit sebab mata rabun
takut tercucuk jarum kat jari. Part belajar masak lagi la pulak , tapi kalau part pada makan serah padaku.
Saya harap hari ni saya dah menjawab salah satu soalan soalan yang sering saya terima dari mereka yang pernah email saya bertanyakan bagaimana nak cari duit lebih. Saya faham sebab ramai juga pembaca blog ni yang teringin nak buat bisnes sendiri dan bantu suami .
Anak dah ramai , kos dah bertambah dan hanya mengharapkan gaji hujung bulan semata-mata memang tak cukup.Yang dah tension bekerja ( macam saya la ) dan rasa nak bekerja sendiri pun ramai cuma mereka tak tau cara yang betul.
Saya kadang-kadang rasa kesian bila baca suratkhabar atau majalah macammana kaum wanita yang kadang-kadang hilang punca bila ada masalah rumahtangga.
Ada yang di tinggalkan suami, ada yang suami dah meninggal dunia dan terpaksa menyara anak yang masih kecil . Jadi saya rasa kaum wanita patut menyediakan payung sebelum hujan. Kata orang langit tak selalu cerah. Jadikan kisah-kisah yang kita baca kat majalah , suratkhabar dan tv tu sebagai satu peringatan untuk kita berhati-hati.
Bukan apa jika terjadi apa-apa contohnya jika di buang kerja ke ( banyak kilang tutup sekarang ni ), VSS ke, atau apa-apa berlaku pada suami kita, tak la kita ni jadi tak keruan. Dan saya sebenarnya amat menyokong kalau ada saranan sekiranya kaum wanita tak perlu bekerja.Biarlah kaum adam menunaikan tanggungjawab menyara isteri sepenuhnya.
Banyak kelebihannya jika kita duduk di rumah dan melakukan apa yang kita suka di rumah seperti dalam post saya sebelum ni ( baca di sini jika anda terlepas post tu ).
Nasihat saya wanita mesti sentiasa bersiap sedia. Buat je part time dulu , nanti lama-lama boleh jadi fulltime terus
Jumpa lagi
Kak Rahimah




